Perkongsian oleh Kesuma Amar

Pulau Langkawi menjadi pilihan dua sahabat baik ini. Bagi mereka, kalau tidak dapat melihat laut biru bukanlah bercuti namanya.

Jadi jom kita ikuti apa perkongsian Kesuma dan kawannya sewaktu bercuti ke pulau lagenda itu baru-baru ini.

Nak tiket penerbangan murah ke Langkawi?

Itu perkara pertama yang terlintas di kepala otak kami sewaktu mula-mula nak plan trip ke Langkawi ni. Lepas diskusi anjakan paradigma cerita kedai kopi berlaku, kami dapat juga tiket dengan harga yang diidamkan, alhamdulillah.. Tip untuk korang yang nak tiket murah, ini post-mortem yang kami buat;

1) Rancang tarikh lebih awal
2) Kena korban hari kerja sebab time tu harga tiket lebih rendah
3) Jangan memilih waktu penerbangan ; biasanya harga tiket lebih murah pada waktu awal pagi atau malam
*Nota tambahan : check in awal kalau korang tanak kalut

Pemata Holidays ft. Toyota Avanza

Khidmat kereta sewa yang kami pilih di pulau lagenda ini adalah daripada Permata Holidays. Sampai je kat lapangan terbang, sebuah kereta Toyota Avanza telah siap menanti kami di situ.

Staf mereka ni semua peramah dan sudi membantu tak kira waktu terutama sekali bos mereka iaitu encik Firdaus. Keadaan kereta sangat tip top dan bersih. Kereta baru tauu.

‘Honeymoon’ Bersama BFF? Kenapa Tidak!
Kereta Toyota Avanza yang kami sewa di Langkawi.
‘Honeymoon’ Bersama BFF? Kenapa Tidak!
Kereta Proton Saga. Kereta ni kereta baru, milage masih rendah lagi dalam 4,000 km.

Permata Holidays menawarkan pelbagai servis termasuklah :

IKLAN

– Pakej Perlancongan ke Langkawi
– Kereta Sewa
– Flight Ticket
– Group Trip (Sekolah, Company, Family Day, etc)
– Homestay
– Suprise Delivery
– Room Deco
– Candle Light Dinner
– Aktiviti-aktiviti di Langkawi (Island Hoping, Mangrove, Sunset Dinner Cruise, Snorkeling, etc)

Harga kereta sewa di Langkawi

Waktu kami ke Langkawi tempoh hari, sempat juga kami recce harga kereta sewa di sana. Kereta yang kami sewa haritu kereta saga dan avanza.

So kami kongsikan sedikit info untuk anda supaya anda mudah nak survey harga kalau ke sana;

Perodua Viva – Normal Rm60/day | Peak Rm90/day
Perodua Axia – Normal Rm70/day | Peak Rm100/day
Saga FL – Normal Rm80/day | Peak Rm110/day
Saga Baru – Normal Rm100/day | Peak Rm130/day
Perodua Myvi – Normal Rm80/day | Peak Rm110/day
Perodua Bezza – Normal Rm100/day | Peak Rm130/day
Toyota Vios – Normal Rm100/day | Peak Rm130/day
Toyota Vios (Baru) – Normal Rm120/day | Peak Rm150/day
Honda Jazz – Normal Rm120/day | Peak Rm150/day
Perodua Alza – Normal Rm120/day | Peak Rm150/day
Toyota Avanza – Normal Rm120/day | Peak Rm150/day
Proton Exora – Normal Rm150/day | Peak Rm180/day
Toyota Innova – Normal Rm150/day | Peak Rm230/day
Nissan Urvan – Normal Rm180/day | Peak Rm300/day
Toyota Vellfire – Normal Rm450/day | Peak Rm550/day

Bagi yang nak menggunakan khidmat kereta sewa daripada Permata Holiday, anda boleh hubungi mereka di sini;

IKLAN

Alamat : No 96, Tingkat 2, Persiaran Bunga Raya, Mukim Kuah, 07000 Langkawi.
Telefon: 013-5977027 (Firdaus)
Instagram : Permata Holidays

Nadias Hotel Pantai Cenang

Okay kereta dah dapat, tunggu apa lagi?! Jom ronda! Tapi sebelum nak ronda-ronda tu, kami terfikir, kita nak stay kat mana? Haha so cari punya cari punya cari, akhirnya Nadias Hotel ada jawapannya.

Kami memilih Nadias Hotel yang terletak di Pantai Cenang. Puan Rahayu Ramli yang bertugas di situ sangat peramah dan sudi membantu kami tidak kira waktu.

FYI, Hotel tiga bintang ini menawarkan pelbagai jenis bilik antaranya Deluxe King/Twin, Deluxe Quad, Deluxe Family dan Junior Suite.

IKLAN
‘Honeymoon’ Bersama BFF? Kenapa Tidak!
Kami di hadapan Nadias Hotel.
‘Honeymoon’ Bersama BFF? Kenapa Tidak!
Di lobby nak check-in waktu ni.
‘Honeymoon’ Bersama BFF? Kenapa Tidak!
Cafe di Nadias Hotel.
‘Honeymoon’ Bersama BFF? Kenapa Tidak!
Dekat sini diorang sediakan makanan style buffet, tapi kalau nak makan steambot pun ada juga.
‘Honeymoon’ Bersama BFF? Kenapa Tidak!
Tadaaa…! Steambot yang disediakan di sini.
‘Honeymoon’ Bersama BFF? Kenapa Tidak!
Kolan renang indoor. So tak takut sunburn lagi.
‘Honeymoon’ Bersama BFF? Kenapa Tidak!
Sangat sesuai kalau nak bawa anak-anak kecil.
‘Honeymoon’ Bersama BFF? Kenapa Tidak!
View dari hotel menghadap Teluk Cenang.
‘Honeymoon’ Bersama BFF? Kenapa Tidak!
Seronok lepak-lepak santai atas ni layan cocktail, hehehe.
‘Honeymoon’ Bersama BFF? Kenapa Tidak!
View dari bilik hotel. Selesa siap ruang tamu kalau trip ada lebih dari 3 atau 4 orang. So boleh lepak dekat ruang tamu.
‘Honeymoon’ Bersama BFF? Kenapa Tidak!
Comfort and cozzy. Not bad la accommodation dekat sini.
‘Honeymoon’ Bersama BFF? Kenapa Tidak!
Nampak selesa kan?

Segala yang anda perlukan ada di sini ; Nadias Cafe, Echo Pool Bar, surau, kolam renang, servis jemput/hantar ke lapangan terbang, dewan, bilik mesyuarat dan ruang parkir yang banyak.

Sebelum keluar menikmati keindahan panorama Langkawi, kami memulakan hari dengan sarapan buffet di Nadias Kafe. Kafe ini juga menghidangkan menu hi tea pada waktu tengahari dan pada waktu petangnya mereka menawarkan hidangan stimbot serendah rm29.90 untuk dua orang. Seronokkkkkk!!!

Alamat : Nadias Hotel, Lot 977, Pantai Cenang, MUkim Kedawang, 07000 Langkawi
Telefon : 04-9551401

Huggin Hippo, siapa lapar angkat tangan!

Haaaa.. terletak betul-betul berhadapan Nadias Hotel, kami memilih untuk lepak santai-santai di Restoran Huggin Hippo. Jangan jeles hokey, sebab restoran ni betul-betul mengadap Pantai Cenang. Huggin Hippo juga terkenal dengan penyediaan kopi terbaik di Langkawi. Bak kata omputih ‘The Best Coffea in Langkawi’. Gituuuu.

Kat Huggin Hippo ni kami dihidangkan dulu dengan appetizer terkenal mereka yang dinamakan sebagai Stand Alone. Roti salad bersama salmon bruschetta dihias dengan tomato coulis dan ditabur keju parmesan. Saat mendebarkan bila hirisan smoked salmon terus mengejutkan deria rasa saat ianya masuk ke dalam mulut kami. Sedappnyaaaa!

‘Honeymoon’ Bersama BFF? Kenapa Tidak!
Pintu masuk ke Huggin Hippo.
‘Honeymoon’ Bersama BFF? Kenapa Tidak!
Ok jom kita lepak sini pulak, kita tengok apa ada dekat dalam.
‘Honeymoon’ Bersama BFF? Kenapa Tidak!
Pemandangan ruang dalam Huggin Hippo.
‘Honeymoon’ Bersama BFF? Kenapa Tidak!
Sekitar Huggin Hippo. Dekat sangat dengan pantai! Huhu..
‘Honeymoon’ Bersama BFF? Kenapa Tidak!
Ada live band kalau korang nak layan.
‘Honeymoon’ Bersama BFF? Kenapa Tidak!
Kebetulan pengurus restoran, Uncle Ethan ada, dia yang serve makanan untuk kami.
‘Honeymoon’ Bersama BFF? Kenapa Tidak!
Ini la menu popular yang kerap pelanggan order dekat sini – Nasi Goreng Blues.
‘Honeymoon’ Bersama BFF? Kenapa Tidak!
Antara menu lain yang dihidangkan di sini.
‘Honeymoon’ Bersama BFF? Kenapa Tidak!
Sambil makan, sambil menikmati pemandangan di Pulau Langkawi ni. Memang best. Sambil tu layang orang main aktiviti air sekali. Tu ada orang nak fly naik parasailing.
‘Honeymoon’ Bersama BFF? Kenapa Tidak!
Pemandangan waktu senja di Huggin Hippo.

Lepas tu kami cuba pula nasi goreng blues. Nama pun dah unik sudah tentu rasanya memikat perut nan berlagu. Nasi goreng blues pula merupakan nasi goreng yang dihidangkan bersama sate dan kuah kacang, acar jelatah dan papadom. Memang blues bila makan nasi goreng ni sambil menikmati live band dan menyaksikan matahari terbenam bertemankan ombak membiru.

Alamat : 27A, Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah
Facebook dan Intagram : Huggin Hippo
Waktu Operasi : 9.00am-9.00pm

BERSAMBUNG…

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI