•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Ridel Hotel Kota Bharu (RHKB) terletak di tepian Sungai Kelantan dan menghadap aliran sungai yang mendamaikan mata dan jiwa. Mempunyai 85 bilik tamu, dewan seminar dan satu premis makanan dan minuman (Warung Dimsum Haji Loh)  yang menawarkan harga mampu untuk semua, RHKB dikelaskan sebagai hotel kelas dua bintang.

Secara fizikal RHKB merupakan sebahagian daripada blok A, Pelangi Kondominium yang terletak di tepi Sungai Kelantan. RHKB menawarkan pelbagai kategori bilik tamu bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan. Setiap bilik dilengkapi penghawa dingin, TV satelit, pancuran air panas, WI-FI percuma, telefon dalaman & kemudahan membancuh minuman. Turut disediakan mesin air minuman Coway di lobi & kawasan lapang kawasan bilik.

Harga bilik bermula dari RM99 sehingga RM199 bagi tahun 2017. RHKB turut menyediakan empat dewan untuk ditempah samada majlis keraian ataupun seminar. Dewan ini boleh memuatkan sehingga 170 orang tetamu. 

Pelancong yang menginap di  RHKB berpeluang melihat suasana yang tenang Sungai Kelantan yang menjadi laluan utama bot penambang dari hotel ke Kampung Laut yang terkenal dengan industri pembuatan makanan tradisional seperti serunding, dodol dan lain-lain. Perjalanan bot ke Kampung laut mengambil masa 15-20 minit dengan harga tambang RM 1 adalah amat berbaloi & menjadi antara tarikan pelancong ke sini.

Selain itu, pelancong yang menginap disini berpeluang untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang sungguh mengasyikkan. Terdapat deretan kerusi dan meja disediakan bagi pelancong beristirehat sambil menjamu selera disini. Terdapat empah buah restoran yang menawarkan menu-menu istimewa untuk dipilih oleh pelancong iaitu Warung Dimsum Hj Loh, River View Steak, Ali Baba Roti Tempayan & Oriental Kopitiam.

Pelancong juga sering memilih RHKB sebagai pilihan memandangkan lokasinya berdekatan dengan tempat-tempat menarik dengan jarak 10-15 minit berjalan kaki. Antaranya adalah Menara Tinjau, Masjid Negeri atau Masjid Muhammadi , Pasar Siti Khatijah, Muzium Perang, Muzium Islam, Istana Batu, Kampung Kraftangan dan lain-lain.

Jarak kurang dari 15 minit dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra turut menjadi faktor utama RHKB menjadi pilihan utama hotel bajet di sini. Kawasan parkir kenderaan turut disediakan disekeliling hotel yang mana  boleh memuatkan dua buah bas pada satu masa memberi kelebihan kepada RHKB untuk menerima tempahan secara berkumpulan dari agensi pelancongan Malaysia, Thailand & Singapura.  

Kelainan RHKB pastinya tidak akan menghampakan pelancong yang menginap disini dan kebanyakan pelancong yang menginap disini akan datang kembali setiap kali bercuti di Negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Sesiapa yang berminat untuk menginap di RHKB, bolehlah membuat tempahan awal bagi mendapatkan harga Promosi di talian 09-747 7000 atau melalui whatsapp 019-917 9773. www.ridelhotel.com.my 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: