Oleh: Putri Adila Mirza Saari

Biarpun baru setahun beroperasi, Hotel Tenera menjanjikan fasiliti yang terbaik buat tetamunya. Hotel Tenera yang diurus oleh KPF Hotel Management Sdn Bhd merupakan 100% milik penuh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad dan pernah diberi pengiktirafan sebagai Best Outstanding 4-Star Hotel 2018 oleh Hospitality Asia Platinum Awards (HAPA).

Dalam tempoh kurang setahun beroperasi, hotel ini telah menyediakan pelbagai kemudahan asas dan kemudahan tambahan kepada tetamu dan pihak pengurusan hotel mengambil peluang kemenangan ini untuk memasarkan hotel serta meningkatkan jualan dengan lebih tinggi.

Hotel Tenera Tawar Fasiliti Yang Memenuhi Citarasa Pelanggan Hotel Tenera Tawar Fasiliti Yang Memenuhi Citarasa Pelanggan Hotel Tenera Tawar Fasiliti Yang Memenuhi Citarasa Pelanggan

Kemudahan tambahan juga ditambah dengan pelbagai variasi yang menarik, seperti 302 bilik mewah di hotel dan 200 bilik apartmen. Apartmen terbahagi kepada tiga stail yang berbeza. Terdapat juga 3 kolam renang, gimnasium, bilik permainan, bilik mesyuarat, dewan besar kapasiti 1000 orang.

Terdapat tujuh jenis restoran yang mempunyai konsep pelbagai – restoran mewah, makanan laut restoran terbuka dengan harga berbaloi iaitu Selasih Restoran, dan pelbagai lagi. Selain menampilkan menu yang menarik dengan harga mampu milik, restoran di Hotel Tenera ini turut tampil dengan ilham citarasa muda mahupun berusia.

IKLAN

Hotel Tenera Tawar Fasiliti Yang Memenuhi Citarasa Pelanggan Hotel Tenera Tawar Fasiliti Yang Memenuhi Citarasa Pelanggan Hotel Tenera Tawar Fasiliti Yang Memenuhi Citarasa Pelanggan Hotel Tenera Tawar Fasiliti Yang Memenuhi Citarasa Pelanggan

Untuk keselesaan tetamu, 600 unit kawasan letak kenderaan juga disediakan. Perkhidmatan buggy, live band setiap hari kecuali Isnin serta pelbagai kemudahan mesra pelanggan yang lain.

IKLAN

Lagi kemudahan yang baru beroperasi ialah Serai Pool yang menampilkan dua jenis kolam renang iaitu kolam renang terbuka dan kolam renang khas untuk wanita, hijab pool, bilik penyusuan, bilik permainan dan kafe. Serai Pool mula operasi dari jam 7 pagi hingga 7 malam.

Hotel Tenera Tawar Fasiliti Yang Memenuhi Citarasa Pelanggan Hotel Tenera Tawar Fasiliti Yang Memenuhi Citarasa Pelanggan Hotel Tenera Tawar Fasiliti Yang Memenuhi Citarasa Pelanggan Hotel Tenera Tawar Fasiliti Yang Memenuhi Citarasa Pelanggan

IKLAN

“Menampilkan hotel berteraskan muslim friendly, hotel ini mempamerkan kakitangan wanita yang berhijab selain kebersihan adalah identiti utama hotel dalam mengekalkan konsep itu”, kata Encik Fadzly Hamzah, Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Tenera.

Bukan hanya bilik hotel dan apartmen mewah, hotel ini juga menjanjikan pengalaman berbeza, yang lain daripada hotel lain. Hotel ini memberikan servis mesra pelanggan dari pintu masuk hotel disambut mesra oleh bellman dan penyambut tetamu sehinggalah tetamu hotel daftar keluar dari hotel, layanan mesra dari kakitangan hotel ini merupakan salah satu faktor kemenangan mereka di HAPA.

Terletak di kawasan strategik iaitu lima minit dari laluan keluar ke lebuhraya KLIA dan ibu kota negara, Kuala Lumpur, Hotel Tenera berdekatan dengan kawasan membeli-belah dan kawasan makanan pilihan umum.

Hotel Tenera Tawar Fasiliti Yang Memenuhi Citarasa Pelanggan Hotel Tenera Tawar Fasiliti Yang Memenuhi Citarasa Pelanggan Hotel Tenera Tawar Fasiliti Yang Memenuhi Citarasa Pelanggan Hotel Tenera Tawar Fasiliti Yang Memenuhi Citarasa Pelanggan

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI