Usaha mencari tawaran terbaik, menyelaraskan pilihan dan menilai begitu banyak maklumat adalah antara cabaran yang menimbulkan tekanan kepada golongan milenial Malaysia apabila merancang perjalanan mereka, menurut satu tinjau selidik yang dikendalikan oleh Hotels.com. Kajian tersebut dijalankan sempena pelancaran kempen terbaru Hotels.com “Half the Fun of Travel” (Separuh Daripada Keseronokan Melancong), yang bertujuan mengajak rakyat Malaysia merancang perjalanan mereka dengan cara yang menyeronokkan menerusi kisah peribadi golongan selebriti dan blogger-blogger berpengaruh Asia Tenggara yang memang gemar melancong. Elfira Loy, Audrey Ooi dan Shahril Fawzy telah dipilih sebagai jurucakap program ini di Malaysia.

Hotels.com Lancar Kempen “Half the Fun of Travel”

Tiga punca tekanan utama bagi golongan milenial  Malaysia semasa merancang perjalanan:

  1. Tidak pasti sama ada saya mendapat harga terbaik(55%)
  2. Perlu mengambil kira pilihan orang lain (54%)
  3. Terlalu banyak maklumat, tidak tahu apa yang terbaik (48%)

“Pelancong Malaysia mengutamakan nilai. Menerusi rangkaian global dan program Ganjaran kami (Hotels.com’s Rewards), kami dapat menawarkan hotel hebat yang disesuaikan dengan bajet berbeza dan memberikan  nilai terbaik untuk wang menerusi laman web dan aplikasi mudah alih kami,”kata Jessica Chuang, Pengarah Serantau bagi China Raya, Asia Tenggara & India bagi Jenama Hotels.com.

Pelancongan berkumpulan adalah sangat popular dalam kalangan 1,000 penduduk milenial Malaysia (lahir 1982 dan selepas itu) yang ditinjau selidik, dengan 91 peratus daripada responden memilih untuk melancong bersama rakan dan keluarga mereka setiap kali. Hanya lapan peratus yang meluangkan sebahagian besar masa untuk melancong secara solo. Mereka juga membuat perancangan awal, 66% daripada responden melaporkan bahawa mereka merancang berminggu-minggu lebih awal, dan hanya 5% daripada responden merancang percutian mereka beberapa hari lebih awal.

Ini bermakna keseronokan bercuti bermula sebelum kita menjejakkan kaki di destinasi kita atau membuat tempahan tiket penerbangan. Keseronokan bermula dari detik kita mula membayangkan percutian kita, dengan mencari tempat penginapan, tempat menarik untuk dilawat, aktiviti untuk dilakukan dan sajian menarik untuk dinikmati.Tidak hairanlah bahawa walaupun dengan cabaran yang dihadapi, seramai 94 peratus daripada responden berkata mereka seronok dengan proses perancangan percutian.

Tiga keseronokan utama merancang perjalanan adalah:

  1. Menerokai pengalaman baharu(23%)
  2. Menerokai destinasi baharu(21%)
  3. Pengalaman merancang perjalanan bersama rakan dan keluarga(19%)

Bagaimana pelancong Malaysia memilih destinasi mereka yang seterusnya?

IKLAN

Untuk membolehkan sesuatu destinasi menarik kunjungan rakyat Malaysia, factor ketermampuan merupakan penentu utama, dengan 86% daripada responden menganggap factor ini sebagai salah satu pertimbangan utama mereka. Seramai 45% daripada responden lebih suka menuju ke destinasi yang kelihatan cantik di dalam gambar atau dengan kata lain, Instagrammable.

Rakyat Malaysia adalah pengguna Instagram paling aktif di Asia Pasifik(Kantar TNS, 2016),dan mereka suka berkongsi gambar percutian mereka dengan rakan-rakan dan keluarga menerusi platform media sosial. Sudah pasti cara terbaik untuk berbuat demikian ialah mengunjungi destinasi terindah di mana mereka boleh mengambil gambar dan memuat naik gambar terbaik untuk Instagram, tanpa sebarang filter (penapis).

Tiga Pertimbangan Utama Apabila Memilih Destinasi Seterusnya:

  1. Ketermampuan destinasi(86%)
  2. Menimba pengalaman baharu(63%)
  3. Keindahan untuk bergambar(45%)

Rakyat Malaysia suka bersosial–dari saat merancang hinggalah semasa melancong

IKLAN

Sebahagian besar daripada perancangan perjalanan pelancong milenial Malaysia merupakan aktiviti menyeronokkan yang dikongsi bersama orang lain. Kajian menunjukkan bahawa perancangan perjalanan ialah aktiviti sosial dengan 74 peratus daripada responden menyatakan bahawa mereka merancang percutian bersama rakan dan keluarga.

Golongan milenial Malaysia juga bergantung kepada rakan dan keluarga untuk memberikan maklumat terbaik tentang destinasi mereka, dengan 50 peratus berkata maklumat dari mulut ke mulut sebagai sumber terbaik. Aspek sosial diluaskan lagi kepada ulasan dalam talian oleh pelancong lain, dengan 82 peratus daripada golongan milenial yang ditinjau selidik menyatakan bahawa mereka dipengaruhi oleh ulasan dalam talian semasa merancang perjalanan.

Jessica menambah, “Kami memahami kuasa ulasan umum dalam mempengaruhi keputusan kembara masa kini, dan Hotels.com sukacita untuk menyediakan lebih 25 juta ulasan tetamu sebenar yang ditentu sahkan di laman kami.”

IKLAN

Penginapan ialah perkara pertama yang dirancang dan sebahagian besar masa diluangkan untuknya

 86% daripada golongan milenial  akan mula merancang penginapan mereka selepas menentukan destinasi, berbanding 80% bagi pengangkutan (penerbangan, bas, keretapi, dll.) dan 50% bagi jadual kembara. Dalam kalangan mereka yang berbuat demikian, sebahagian besar meluangkan masa berjam-jam setiap hari mencari penginapan terbaik– 54% meluangkan masa antara dua hingga 10 jam, 35% menghabiskan masa sehingga sejam dan 11% meluangkan masa lebih 10 jam.

Selera pelancong Malaysia tidak berubah di luar negara– 98% meluangkan lebih banyak masa untuk mencari restoran Asia, dengan 48% daripada mereka mengambil masa lebih sejam berbuat demikian. Ternyata, rakyat Malaysia dan mi goreng, nasi lemak dan nasi ayam, memang berpisah tiada.

Percutian halal juga popular di kalangan rakyat Malaysia, dengan 97% daripada pelancong Melayu dalam kaji selidik ini meluangkan masa untuk menyelidik pilihan menjamu selera halal sebelum membuat keputusan kembara masing-masing. Sebanyak 51% meluangkan masa lebih daripada sejam berbuatdemikian.

“Di Hotels.com, kami percaya perancangan adalah separuh daripada keseronokan melancong– dan golongan milenial Malaysia nampaknya bersetuju dengan kami. Kami faham bahawaramai di antara mereka menggunakan perancangan percutian sebagai peluang untuk mengeratkan hubungan dengan rakan dan keluarga dan banyak masa dihabiskan menyelidiki tempat terbaik untuk penginapan paling sesuai.

Kempen terbaru kami ‘Half the Fun of Travel’ bertujuan memberikan kemudahan perancangan perjalanan terbaik kepada pengguna dan memanfaatkan pengalaman Hotels.com dalam bidang ini supaya proses tersebut lebih lancar dan menyeronokkan,” kata Jessica.

Kempen ‘Half the Fun of Travel’, yang berlandaskan blog pelancongan(www.blogshotels.com/ms), memaparkan kisah peribadi, tip dan petua untuk memanfaatkan pelbagai tawaran Hotels.com oleh tokoh-tokoh berpengaruh dan kaki kembara Asia Tenggara seperti pelakonElfira Loy, penulis blog gaya hidup yang juga seorang ibu, Fourfeetnine, penulis pelancongan Pojiegraphy dan banyak lagi.

Sempena pelancaran ‘Half the Fun of Travel’, Hotels.com menawarkan potongan 8% daripada tempahan sehingga15 September 2017, untuk tarikh perjalanan dari 15 Ogos 2017 – 31 Mac 2018, dengan kod promo8OFFHTFOTMY.

Hasil tinjauselidik Hotels.com

  • Rakyat Malaysia utamakan kemampuan, pengalaman baharu dan kecantikan bergambar berbanding faktor pengembaraan lain dalam memilih destinasi percutian

  • Rakyat Malaysia meyakini ulasan dalam talian– 82 peratus rakyat Malaysia dipengaruhi sedikit sebanyak oleh ulasan dalam talian apabila membuat keputusan melancong

  • 65 peratus pelancong milenial meluangkan masa lebih dua jam untuk meninjau pilihan penginapan– 11 peratus meluangkan masa lebih10 jam

  • Selera orang Malaysia tidak berubah di luar negara – 98 peratus pelancong meluangkan masa mencari restoran Asia

  • Pelancongan halal – 97 peratus pelancong Muslim meluangkan masa mencari pilihan menjamu selera yang halal sebelum perjalanan mereka

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI