Industri pelancongan dilihat semakin berkembang malah menjadi penyumbang dalam perkembangan ekonomi negara. Melihat akan prospek yang cerah dalam industri ini , Hervetia International Vacation Club (HVT) dilancarkan di Malaysia baru-baru ini.

HVT dinaungi oleh  Datuk Seri David Tan Tai Wee sebuah organisasi eksklusif yang menawarkan sistem ganjaran  unik untuk pelabur mereka. Ahli akan dapat menikmati penginapan percuma di mana-mana rangkaian hotel yang bekerjasama dengan HVT menggunakan mata yang terkumpul.

HVT kini berkembang dan menjadi salah satu kumpulan rangkaian hotel di Malaysia yang berkembang pantas. Hingga kini, HVT club memiliki Best Western di Genting Highland dan Face Suite yang berlokasi di tengah ibu kota. Dijangkakan pada masa hadapan, akan wujud lebih 30 butik hotel sebagai penambahan.

IKLAN

HVT mempunyai perancangan untuk memiliki lebih daripada 200 hotel butik yang terletak di seluruh Asia pada masa akan datang. Selain itu, HVT tidak hanya fokus kepada pengukuhan pasaran dalam negara sebaliknya akan meneroka peluang ke luar negara dengan menjalin kerjasama dengan hotel terbaik di luar negara menjelang 2018. Antara hotel-hotel yang telah bekerjasama hotel di Gold Coast, Australia, hotel-hotel lima bintang di seluruh Asia.

IKLAN

Melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh HVT ini, ahli dapat membuat tempahan penginapan melalui perkhidmatan HVT kerana ia lebih mudah berbanding dengan saluran yang sedia ada.

IKLAN

HVT Vacation Club memberikan tiga ganjaran unik untuk ahlinya iaitu dengan menggunakan mata ini, ahli akan dapat menikmati penginapan mereka di mana-mana hotel di bawah HVT Vacation Club  secara percuma. Penginapan ahli melalui perkhidmatan HVT Vacation Club  tanpa perlu melalui pelbagai saluran untuk mengelakkan kerumitan. Selain itu untuk mata yang tinggal, mereka juga boleh memilih untuk menukarkan kepada wang tunai. Jadi dengan menyertai HVT Vacation Club, ahli juga akan memiliki harta di bawah nama mereka sendiri.

Majlis pelancaran ini dihadiri seramai 300 delegasi dari Indonesia, China dan Filipina. Majlis ini juga turut dihadiri oleh wakil Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Muhammad Zaini Daud.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI