Tinggal lagi tujuh hari sahaja lagi sebelum penguatkuasaan larangan merokok di premis restoran akan dikuatkuasakan bermula Januari 2019.

Walau bagaimanapun, menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, perokok masih dibenarkan merokok 3 meter atau 10 kaki dari kawasan restoran.

Peraturan baharu itu juga menetapkan pengusaha dan pemilik kedai makan dan restoran perlu menaikkan tanda larangan merokok selain tidak menyediakan kemudahan untuk merokok seperti bilik khas merokok dan bekas membuang puntung rokok.

IKLAN

Kepada yang ingkar dengan larangan ini, Peraturan-Peraturan kawalan Hasil Tembakau 2004 (Pindaan 2005) menyatakan bagi kesalahan merokok di suatu tempat yang di larang (subperaturan 11(1) denda minimum yang boleh dikenakan ialah RM250.00 dan denda maksimum ialah RM500.00. Sabit kesalahan oleh mahkamah, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun.

Jadi untuk memudahkan orang awam faham mengenai kawasan larangan 3 meter atau 10 kaki ini, Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan infografik bagi rujukan kepada semua perokok-perokok tegar.

Jom kita tengok.

IKLAN
  1. Restoran di rumah kedai. Perhatikan jarak 3 meter dari meja di muka pintu kedai tersebut, itu adalah kawasan larangan merokok.
    Infografik KKM Mengenai Kawasan Larangan Merokok Bermula Januari 2019
  2. Tempat makan terbuka. Kawasan ini selalunya wujud di kedai mamak. So kalau lepak mamak yang ada kawasan terbuka, kawasan tersebut adalah kawasan larangan merokok.
    Infografik KKM Mengenai Kawasan Larangan Merokok Bermula Januari 2019
  3. Gerai makan. Sama juga macam kawasan terbuka tadi, tetapi ini melibatkan kawasan gerai dan yang sama waktu dengannya. Kawasan berkelompok meja dan 3 meter dari situ adalah kawasan larangan merokok.
    Infografik KKM Mengenai Kawasan Larangan Merokok Bermula Januari 2019
  4. Trak makan / Food truck – 3 meter dari food truck adalah kawasan larangan merokok.
    Infografik KKM Mengenai Kawasan Larangan Merokok Bermula Januari 2019
  5. Kedai makan dalam sungai. Ha tu dia kedai makan dalam sungai pun adalah kawasan merokok dalam jarak 3 meter daripada sungai.
    Infografik KKM Mengenai Kawasan Larangan Merokok Bermula Januari 2019
  6. Makan atas awan. Yang ini tak boleh buat apa la. Kalau nak merokok jugak awak gantung diri 3 meter dari atas tu, boleh la merokok, hehehe.
    Infografik KKM Mengenai Kawasan Larangan Merokok Bermula Januari 2019Selain daripada kawasan premis restoran di atas, sebenarnya ada beberapa lagi kawasan larangan merokok seperti yang terkandung dalam buku Peraturan 11(1) PPKHT 2004 seperti:

    1. Di dalam pusat hiburan atau teater, kecuali pub, disko, kelab malam atau kasino, pada bila-bila masa apabila tempat itu dibuka kepada orang awam.
    2. Di mana-mana kawasan hospital atau klinik.
    3. Di dalam lif atau tandas awam.
    4. Di dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin.
    5. Di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam.
    6. Di dalam mana-mana bangunan yang dinyatakan oleh menteri melalui pemberitahuan dalam warta bawah peraturan 22.
    7. Di dalam mana-mana lapangan terbang.
    8. Di dalam mana-mana premis kerajaan.
    9. Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian.
    10. Di mana-mana kawasan di dalam suatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi.
    11. Di mana-mana kawasan di dalam suatu taman asuhan kanak-kanak.
    12. Di dalam mana-mana bas sekolah.
    13. Di mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam bangunan bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia Bhd, Tenaga Nasional Bhd. dan Pos Malaysia Bhd.
    14. Di dalam mana-mana kawasan di dalam kompleks membeli-belah.
    15. Di mana-mana kawasan di dalam suatu stesyen minyak.
    16. Di mana-mana kawasan di dalam suatu stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium.
    17. Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan.
    18. Di mana-mana kawasan di dalam suatu perpustakaan.
    19. Di mana-mana kawasan di dalam kafe internet.
    20. Di mana-mana kawasan di dalam suatu tempat latihan khidmat negara.
    21. Di dalam mana-mana tempat kerja berhawa dingin dengan suatu sistem hawa dingin berpusat.
    22. Seluruh Hentian Rawat Dan Rehat (RnR) di seluruh Lebuhraya Malaysia.

Jadi kepada perokok tegar di luar sana, ambil perhatian ya. Jangan kerana sebatang merokok, duit melayang bayar denda. RM10,000 tau. Ingatlah orang yang tersayang. Selamat beramal.

IKLAN

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI