Libur tahu mesti ramai kan yang nak ke Pulau Semporna, Sabah? Lagi-lagi kalau pergi berkumpulan, mesti havoc! Yela, kalau pergi sorang-sorang, tak ke tepu nanti. Lain la kalau anda betul-betul seseorang yang berjiwa kental. Itu cerita lain.

Perkongsian oleh Sirhan Ghazali ini adalah untuk anda yang nak plan trip ke Pulau Semporna secara berkumpulan. Kumpulan sebesar lebih kurang 9-10 orang selama 5 hari 4 malam sesuai untuk menggunakan tip dan itinerari daripada Sirhan Ghazali ini.

Menurut Sirhan, kos pengangkutan menggunakan van dari Tawau ke Semporna adalah RM25/kepala dan dari Semporna ke Tawau adalah RM15/kepala. Jadi kos perjalanan Tawau – Sandakan – Tawau akan menelan belanja sebanyak RM40 seorang. Hubungi tuan empunya van, Bro Sap (0198937491) untuk menempah van dari Tawau ke Semporna.

Apabila sampai di Tawau dari Kuala Lumpur, anda boleh menginap semalam di Hotel Marco Polo, Tawau. Belanja hotel di sini adalah sebanyak RM63/kepala dan satu bilik hanya dapat satu voucher sarapan percuma untuk seorang sahaja dan RM5 dikenakan sekiranya ada pertambahan yang ingin sarapan pagi.

Itinerari Dan Tip Awesome 5H4M Ke Pulau Semporna Bersama Grup 9-10 Orang!

Itinerari Dan Tip Awesome 5H4M Ke Pulau Semporna Bersama Grup 9-10 Orang!

Keesokkannya boleh bertolak ke Semporna dan apabila tiba, boleh check-in semalam di LatoLato Resort. Kos di sini agak tinggi sebanyak RM150/kepala, tetapi anda tidak perlu risau soal makan kerana bermula daripada sarapan pagi, makan tengah hari hingga ke makam malam adalah disediakan kepada anda.

Sekiranya anda ingin mencari pilihan lain, Sirhan mencadangkan untuk bermalam di Homestay Semporna yang menelan belanja sebanyak RM250/bilik untuk bilik yang dilengkapi dengan penghawa dingin dan boleh berjalan kaki ke jeti bot kerana jeti terletak berhampiran dengan homestay.

Sewaktu Sirhan ke sana, beliau berkongsi harga bilik dengan teman seperjalanan untuk menjimatkan kos sewa bilik. Sekiranya anda ingin mendapatkan penjimatan seperti itu, anda juga boleh duduk kongsi bersama kawan-kawan yang lain, lebih jimat!

IKLAN

Untuk ke Homestay Semporna ini, anda boleh hubungi Cikgu Azmi di talian 0109528315.

Itinerari Dan Tip Awesome 5H4M Ke Pulau Semporna Bersama Grup 9-10 Orang!

Itinerari Dan Tip Awesome 5H4M Ke Pulau Semporna Bersama Grup 9-10 Orang!

Sightseeing dan snorkeling aktiviti wajib!

Aktiviti yang dicadangkan oleh Sirhan pula adalah aktiviti island hopping ke sekitar pulau-pulau yang cantik di kawasan Semporna ini. Ada lapan pulau yang anda boleh jelajahi iaitu Pulau Boheng Dulang, Pulau Tatagan, Pulau Mantabuan, Pulau Sibuan, Pulau Mataking, Pulau Pandanan, Pulau PomPom, dan Pulau Timba Timba.

Sekiranya anda ingin membuat aktiviti ini bersama kumpulan anda, kosnya berharga RM195/kepala. Tapi nanti dulu! Walaupun harganya kedengaran tinggi, tapi nilai yang anda akan dapat adalah island hopping selama dua hari (4 pulau sehari) dan aktiviti itu termasuk sekali dengan sightseeing dan snorkeling. Bukan itu sahaja, makan tengah hari dan minuman sepanjang aktiviti turut disediakan kepada anda.

IKLAN

Aktiviti lain yang dicadangkan kepada anda adalah tour Pulau Gusungan, Pulau Mabul dan Pulau Kapalai yang mengambil masa sehari dengan bayaran RM80/kepala. Berbaloi untuk anda pergi kerana Pulau Mabul cukup terkenal dengan keindahan pulaunya yang cukup mempersonakan.

Untuk aktiviti ini, dengan harga RM80/kepala itu anda turut disajikan dengan aktiviti sightseeing dan snorkeling termasuk makan tengah hari dan minuman.

Bagi tiket penerbangan pula, Sirhan mengambil tiket dua hala dari Kuala Lumpur ke Tawau dan kembali ke Kuala Lumpur pada harga RM278 + RM55 (makan + luggage balik 20kg dikongsi berdua) yang dibeli semasa tempoh promosi.

Itinerari Dan Tip Awesome 5H4M Ke Pulau Semporna Bersama Grup 9-10 Orang!

Itinerari Dan Tip Awesome 5H4M Ke Pulau Semporna Bersama Grup 9-10 Orang!

IKLAN

Total kos lebih kurang RM926 per kepala

Dengan segala aktiviti yang dilakukan bermula hari pertama sehingga hari terakhir Sirhan dan rakan-rakan di sana, beliau menghabiskan peruntukan sebanyak RM926+/- termasuk tiket penerbangan.

Secara jujurnya, Sirhan memuji keindahan yang ada di Semporna. Bermula dari pantainya sehingga air lautnya, cukup membuatkan sesiapa yang datang terpana dengan keindahan yang ada di sana berbanding dengan apa yang ada di Krabi dan Phuket.

Masyarakat yang tinggal di Semporna juga cukup baik dan ramah dengan kehadiran pelancong dan makanan laut yang ada dijual di sana juga cukup murah terutamanya makanan laut yang ada di Pasar Ikan Tawau.

Cuma, ada satu sahaja yang perlu diperbaiki adalah adanya pulau-pulau yang disebut tadi dicemari dengan sampah sarap. Yang lain, semua perfect!

Jadi untuk anda yang ingin ke Pulau Semporna secara berkumpulan ramai, anda boleh share tip dan itinerari daripada Sirhan Ghazali ini.

Selamat Bercuti!

Itinerari Dan Tip Awesome 5H4M Ke Pulau Semporna Bersama Grup 9-10 Orang! Itinerari Dan Tip Awesome 5H4M Ke Pulau Semporna Bersama Grup 9-10 Orang! Itinerari Dan Tip Awesome 5H4M Ke Pulau Semporna Bersama Grup 9-10 Orang! Itinerari Dan Tip Awesome 5H4M Ke Pulau Semporna Bersama Grup 9-10 Orang! Itinerari Dan Tip Awesome 5H4M Ke Pulau Semporna Bersama Grup 9-10 Orang! Itinerari Dan Tip Awesome 5H4M Ke Pulau Semporna Bersama Grup 9-10 Orang! Itinerari Dan Tip Awesome 5H4M Ke Pulau Semporna Bersama Grup 9-10 Orang! Itinerari Dan Tip Awesome 5H4M Ke Pulau Semporna Bersama Grup 9-10 Orang! Itinerari Dan Tip Awesome 5H4M Ke Pulau Semporna Bersama Grup 9-10 Orang!

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI