Resort ski at mount Davras in Isparta

Turki tak disangkal lagi sebagai destinasi pelancongan yang popular dikalangan rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi apabila tular di media sosial yang Istanbul kini memiliki masjid terbesar iaitu Masjid Camlica.

Entri ni kita tak cerita berkenaan Masjid Camlica tapi nak cerita berkenaan itinerary, tips dan info untuk anda yang nak melancong ke Turki kelak. Perkongsian ini adalah daripada Amira Yusof yang telah menetap di sana selama 5 bulan dan merasai sendiri pengalaman musim sejuk, musim luruh dan musim panas di sana.

Jadi, InshaAllah intisari daripada Amira ni dapat membantu anda untuk merancang sendiri trip DIY ke Turki nanti. Menurut Amira, Turki adalah negara yang perlu anda lawati kerana negara ini mencakupi semua perkara yang anda inginkan dalam percutian: murah, halal, selamat dan indah!

Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!
Resort ski at mount Davras in Isparta

Cukup lengkap kan pakej yang ada di Turki untuk percutian terbaik anda? Kepada yang tidak tahu, Turki ada 81 buah negeri dan kalau anda bercuti selama sebulan pun belum tentu dapat mengkhatamkan kesemua 81 negeri di sana.

Oleh itu, Amira memberikan senarai tempat yang beliau sempat menjelajah berserta dengan tips dan info berkenaan tempat-tempat tersebut selama beliau berada di sana. Mari kita lihat tempat yang pertama;

Lokasi

ISTANBUL (EROPAH DAN ASIA)
Di sini paling banyak tempat yang harus dilawati, satu hari tak cukup wei! Serius! Anda perlu berkunjung ke Aya Sofya, Basilica Cistern, Blue Mosque, Grand Bazaar, Spice Bazaar, Topkapi Palace, Bosphorus Cruise ke Asia Side(Uskudar, Buyukada etc), Taksim Square, Galata Tower, Dolmabahce Palace, Golden Horn (ada cable car), Istiklal Street, Suleymaniye Mosque, Maiden’s Tower (lalu je), Beylerberi, Besiktas Stadium, Galata Bridge, Buyukada, Ortakoy, Miniaturk, Eyup Sultan Mosque (berdekatan pusara Ahmad Ammar), dan Gulhane Park.

IZMIR (SELCUK)
Ephesus (Library of Celsus), Izmir Clock Tower, Asansor (Lif Nostalgia), Temple of Artemis, dan Isa Bey Mosque.

DENIZLI (PAMUKKALE, KARAHAYIT)
Cotton Castle, Cable Car Denizli, dan Red Water (Karahayit).

BURSA
Green Mosque, Uludag National Park, Kozahan, dan Nusriye Clock Tower.

ANTALYA
Duden Waterfalls, Hadrian’s Gate, Yivliminare Mosque, Antalya Museum, dan Murat Pasya Mosque.

MERSIN
Makan Tantuni Mersin Jer, dan Japanese Street.

ADANA
Azim Bufe, dan Sabanci Central Mosque – Wajib cuba kebab adana dan muzlu sut (susu pisang) di sini.

KAYSERI (GOREME/CAPPADOCIA)
Derinkuyu Undergound City.

ANKARA
Anitkabir (kubur Ataturk), Ankara Castle (kena hiking sikit), Kocatepe Mosque, Haci Bayram Mosque, Mehmet Akif Ersoy House.

ESKISEHIR
Eskişehir Büyükşehir Belediyesi Masal Şatosu (bangungan di sini ala-ala disneyland).

KONYA
Mevlana Museum, Sille, Syaitan Bridge – Anda perlu cuba makan etli ekmek dan tengok tarian mevlana (kat Istanbul pun ada sebenarnya, kat restoran Mevlana hihi)

ISPARTA
Isparta City, Rose Garden, Lavender Garden, dan Rumah Said Nursi Badiuzzaman.

Itu antara senarai lokasi cadangan Amira yang perlu anda lawati apabila ke Turki kelak. Selain daripada 12 daerah diatas ni, ada daerah lain yang sangat menarik untuk dilawati seperti Trabzone, Alacati, Bodrum, Fethiye, Canakkale, Gazientep, Sanliurfa.

Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!
Ini di Ihara Valley

Tips

Ada 39 tips daripada Amira untuk anda yang nak ke Turki:

1. Install apps TRAFI untuk memudahkan anda menggunakan kenderaan awam di Istanbul. Setiap province ada appsnya sendiri, tapi tak semua province ada, biasanya bandar-bandar besar sahaja, contohnya Ankara, boleh install EGO CEP’te.

2. Setiap province ada kad ‘TnG’ sendiri. Contohnya di Istanbul-Istanbulkart, Antalya-Ankarakart, mersin-Mersin Kentkart.

IKLAN

3. Setiap province ada signature food tersendiri, contohnya Mersin ada tantuni kebab, Adana ada adana kebab, Bursa ada iskender kebab dan sebagainya. Bukan makanan je, setiap province jugak ada satu simbolik mereka, contohnya Denizli ada ayam jantan manakala Isparta ada bunga ros.

4. Mesti cuba food street Turki seperti gozleme, tantuni, pide, lahmacun, kofte, kumpir, cig kofte, balik ekmek, islak hamburger, kestane, kokorec, midye dolma, simit, borek. Manisan pula, kunefe, baklava, lokum, Turkish coffee dan dondurma, sahlep. Kegemaran Amira ialah kunefe, gozleme and lahmacun – highly recommended!

5. Couchsurfing di Turki highly recommended! Boleh mendalami cara hidup masyarakat Turki. Best sangat. Wajib cuba!

6. Turki antara negara yang mesra hitchhike. Tapi, pastikan ada lelaki sekurang-kurangnya seorang. Mira tak try lagi hitchhike di Turki, tapi kalau nak yang legit, boleh hitchhike via blablacar.

7. Majoriti rakyat Turki tak boleh berbahasa Inggeris walaupun di tourist area.

8. Mesti tahu basic Bahasa Turki bagi memudahkan urusniaga. Sekurangnya greetings seperti merhaba (hello), teshekkurlar (thank you), indirim (diskaun), bedava (free), kac lira (berapa lira?) manakala nombor 1-10, 20,30,40 dan seterusnya.

9. Wajib berhati-hati dengan pickpockets di dalam tram, metro dan dimana-mana je lah kawasan tumpuan pelancong.

10. Kalau nak shopping pouch Turki kecil 1lira tu, ada kedai kat tengah antara Aya Sofya dan Bluemosque. Paling murah dah tu 1lira. Pilihan pun banyak.

11. Elakkan shopping kat Grand Bazaar sebab mahal nak mati. Ada je kedai yang murah tapi sangat sukar dijumpai. Kalau nak tengok-tengok boleh la. Disarankan shopping kat tempat lain seperti di Taksim, Eminonu, Bursa (kalau nak cari tudung) dan Cappadocia, Isparta.

Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!
Hierapolis

12. Istanbul ni ada 3 airport, recommended airport: IST-Ataturk. Sebabnya ada metro ke pusat bandar, turun ke Zeytinburnu dan naik tram ke pusat bandar. Airport SAW pula amatlah jauh kerana terletak di Asia Istanbul. Jika anda turun disini dan ingin ke bahagian Eropah Istanbul, jangan risau, ada shuttle bas ke Taksim Square. Tambang pun murah.

13. Untuk pencinta bunga-bungaan, boleh singgah ke Isparta kerana bunga ros ada pada hujung April hingga May, siap boleh berenang dalam lautan kelopak bunga ros di Guneykent manakala bunga lavender ada pada bulan Julai sahaja – pencinta bunga lavender boleh bergambar di ‘lautan lavender’, wow sangatt! . Ini serius! Saya sudah, anda bila lagi? Jika travel time winter, boleh exclude Isparta dalam list sebab bunga tak ada.

14. Recommended route untuk berjalan-jalan adalah Istanbul-Cappadocia-Konya-Isparta dan Pamukkale-Selcuk-Bursa-Istanbul. Kalau suka nature, boleh tambah Trabzon dalam list. Trabzon ni belah utara, naik flight jer dari istanbul. Isparta tak perlu pergi waktu winter dan Cappadocia tu anda boleh pergi naik flight dah memadai.

15. Bajet? Turki sangatlah murah bagi Amira berbanding negara eropah yang lain. Bawak seribu lira seorang untuk seminggu, InshaAllah cukup jer kalau jimat-jimat, tak termasuk hot air ballon kat Cappadocia ya.

IKLAN

16. Kalau pergi sendiri tanpa agen, digalakkan study dulu sikit-sikit pasal Turki. Sebabnya bila dah sampai kat sana, dijamin akan ada masalah komunikasi dan salah faham kalau anda tak jelas mana anda nak pergi dan risiko ditipu memang ada terutama di Pamukkale dan Cappadocia. Survey flight jugak sebab kadang-kala naik flight lagi murah dan jimat masa daripada naik bas.

17. Servis bas ekspress kat Turki amatlah best, rasa seperti naik flight pun ada. Sebabnya ada bus attendant yang akan serve snacks, dan minuman dalam bas. Ada TV yang functional dan paling best ada wifi.

18. Kat Turki ada banyak museum. Kalau nak jimat, beli kad muzium. Ada dijual di website atau kat kaunter tiket muzium.

19. Semasa di Cappadocia, Amira stay di Hotel Terra Vista, hanya 25lira/seorang termasuk breakfast!

20. Kedai pakaian yang famous kat Turki ialah LC Waikiki (cheapest) dan De Facto.

Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!
eyup sultan camii. belakang tu kawasan kubur yang sangatttt luas. dan disitulah terletaknya pusara ahmad ammar

21. Jika anda ingin main salji, tak yah lah pergi main kat Uludag(Bursa) tu sebab ianya OVERRATED dan mahal. So, main salji kat province lain jer yer. Lagi murah dan best jugak. Setiap province ada ski resort sendiri.

22. Tandas kat turki kebanyakkannya kena bayar, kat Konya je tandas free kut. Paling murah 50sen lira (sangat rare untuk dijumpai), standard 1lira. Paling mahal rasanya 2lira kot.

23. Musolla kat Turki ni merata, selang 100meter jer ada surau (ini di Isparta). Ada sesetengah surau, tak ada tempat wudhu wanita. Kalau ada pun, tempat wudhunya didalam tandas, nak masuk tandas plak kena bayar. So, better bawak botol spray je kalau nak jimat.

24. Antara taktik scam yang famous di Turki ialah, orang ajak minum cay(teh), rompak di lorong tersembunyi, paksa bayar dua kali ganda(bila gilap kasut), menyamar as polis/askar, sedekah, beri dedak kat burung.

25. Lepas ambil wudhu, pastikan anda lap-lap tangan dan kaki tu dengan tisu. Rakyat turki dan tisu berpisah tiada.

26. Disarankan try semua jenis sup(corba) yang ada di Turki seperti mercimek, yayla, ozegelin, tarhana, iskembe, isirgan, badem, sultan, hamsi, mantar, lebeniye

27. Wajib try ayran(yogurt+air+garam)! Bagi Amira, ayran kat Isparta yang warna hijau tu yang paling sedapppp!!!

28. Tak perlu tukar duit lira banyak-banyak di Malaysia. Tukar sekadarnya dulu je pun boleh. Nanti cocok je kat atm sana. Recommended bank adalah Ziraat Bankasi-lowest charge berbanding bank lain. Kat sana, dorang memang prefer cashless transaction. So.. sila bawak kad bigpay/debit anda.

IKLAN

29. Tour di Cappadocia ada tiga:
A. Green Tour – Goreme Panorama, Derinkuyu Underground City, Ihlara Valley, Selime Monastery – 33euro.
B. Red Tour – Red valley, Famous Rock-cut Churches, Güllüdere Valley, Çavuşin Village, Pigeon Valley, Kaymaklı Underground city – 25 euro.
C. Devrent Valley, Paşabağ (Monk’s Valley), Avanos, Open Air Museum, Natural Castles at Uçhisar – 28euro.
Antara tiga ni, Green Tour recommended sebab jauh dan berbaloi. Red tour tu, pergi sendiri jalan kaki pun boleh, dekat je dengan City Centre Goreme.

30. Belon udara panas – jika musim bunga harganya 130euro. Tapi ada pakej kalau bersekali dgn tour. Jadi dapatlah diskaun sikit.

31. Anjing di Turki sangat-sangat jinak. Siap nak bermanja-manja dengan kita. Jauh berbeza dengan anjing di Malaysia.

32. Jika travel time Ramadhan, pastikan anda merasa Ramazan Pide. Hanya ada pada bulan ramadhan. Try la join teraweh kat Turki, lain benor dgn kat Malaysia, setengah jam boleh habis 20 rakaat. Oh ye, depa solat 4 rakaat 1 salam. depa pun ada moreh macam kita tapi cuma minum cay9teh) je lah. hehe.

Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!
Ini di Ihara Valley

33. Rakyat Turki dan teh berpisah tiada tak kira musim ape pun.

34. Antara makanan traditional Turki adalah sarma(nasi yang dibalut dengan daun anggur), manti, menemen(telur+tomato dan dihancurkan), gullac(manisan), dolma(nasi dan daging yang diletak dalam cili benggala). Semua makanan ni jarang dijual di restoran especially sarma dan dolma. Kena menginap di rumah org turki, dan requestlah kat dorang untuk buatkan. hehe.

35. Sejujurnya, seminggu tak cukup wei travel ke Turki sebab jarak dari 1 tempat ke 1 tempat amat jauh. So, jika anda ada masa semingu je dan ingin trip yang santai, Amira cadangkan cover Istanbul-Cappadocia-Pamukkale je. Naik flight ye, jimat masa.

36. Jika di Malaysia, kedai runcit pilihan ialah 99speedmart, Mydin tapi di Turki pula, kedai runcit pilihan ramai ialah Sok Market, BIM, Migrosa dan A.101.

37. Fresh milk di Turki murah amat – 1litre, cheapest 2.5lira je wei.

38. Shawl di Turki amatlah lawa dan memang rambang mata, serendah 5lira je anda boleh dapat shawl cantik gila! Amira shopping tudung kat Isparta je sebab murah. Kalau kat Bursa, boleh shopping kat Kozahan-tingkat atas.

39. Isparta ni dikenali as city of roses dan supplier ros kedua terbesar di dunia. Yang 1st Bulgaria. Untuk yang nak shopping cosmetic and beauty product dari ros, memang inilah syurganya. First timer memang akan excited sangat bila lalu kat City Isparta tu sebab pink je majoriti kedainya.

Itulah kesemua lokasi dan tips hasil perkongsian Amira Yusof kepada anda. Macam mana? Banyakkan tips yang beliau kongsikan? Semuanya adalah untuk anda gunakan sekiranya hendak ke Turki nanti. Jadi, sebelum ke sana nanti, pastikan lokasi dan tips ini semua ada dalam perancangan anda sekali ya!

Semoga bermanfaat dan selamat bercuti!

Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!
Inilah dia Anitkabir, pusara Ataturk
Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!
Ini kazim bufe. tu muzlu sut(banana milk)
Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!
inilah Ayran, yogurt+air+garam. berani, cubalah

Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!

Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!
Bunga ros bandung hybrid
Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!
Ini pula Kunefe. phew sedappp
Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!
Duden waterfall di Antalya
Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!
Tak ingat namanya. rasanya ala2 apam balik kita
Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!
library of celcus
Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!
Denizli’s cable car.
Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!
Ini masa otw ke Open Air museumm. sebelum tu ada lalu kat batu bentuk cendawan
Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!
Bas express di Turki. sama seperti naik flight

Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!

Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!
Hierapolis

Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!

Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!
eyup sultan camii. belakang tu kawasan kubur yang sangatttt luas. dan disitulah terletaknya pusara ahmad ammar
Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!
Lahmacun, cheapest 4lira
Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!
Persembahan Mevlana di Cutlrure centre Mevlana
Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!
Ini di Ihara Valley

Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!

Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!
corba. tak ingat nama ape. sedap
Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!
Red water. celah mana rednya pun tak tahulah

Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!

Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!
rumah Syed Nursi Badiuzzaman di Isparta
Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!
hadrian’s gate
Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!
Cotton castle.

Tulips garden
Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!
Inilah dia tantuni original
Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!
Sabanci camii. besar gilos masjid ni
Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!
Inilah dia adana kebab
Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!
iskender kebab- bursa
Itinerari, Tips, Panduan Dan Info Lengkap Untuk Anda Yang Nak Menjelajah Ke Turki Sepuas-puasnya!
Resort ski at mount Davras in Isparta
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI