Lagi dua minggu ni dah nak cuti panjang sempena tahun baru cina. Siapa yang ambil cuti hari Isnin, dapat cuti lima hari bermula dari hari Sabtu sampai hari Rabu.
Tapi jangan excited sangat nak bercuti tau. Sebelum anda keluar rumah untuk bercuti panjang, pastikan anda buat lima perkara ini dulu.
?? Pastikan semua plug elektrik dah dicabut dari socket (kecuali peti ais)
?? Pastikan kepala gas dicabut dari tong gas
?? Periksa dan tutup semua kepala paip air (Tutup maincock)
?? Hantar haiwan peliharaan anda ke pet hotel atau tumpangkan di rumah jiran/kawan/keluarga
?? Pasang lampu di kawasan rumah yang gelap
Lima perkara ini tak wajib anda ikut tapi sebagai peringatan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini seperti masalah litar pintas, rumah banjir, haiwan mati atau kediaman anda dikotori najis atau dimasuki perompak. Paling takut, berlaku kebocoran gas dalam rumah, kan?
Jadi, malang tak berbau. Sebelum terkena, sediakan payung sebelum hujan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Masuk ‘Bali Malaysia’, Patutlah Ramai Singgah Pantai Pasir Lanun
Pantai Pasir Lanun ini tempat viral ‘Bali Malaysia’ katanya, ramai orang pergi sini dek kerana pemandangannya yang cantik.
Geng kaki healing memang suka lah view macam ini. Salah satu tempat best di Mersing, hidden gems iaitu Pantai Pasir Lanun, Mersing Johor.
Buat pengetahuan anda, sebenarnya Pantai Pasir Lanun ini memang dah berkurun wujudnya. Yang sekarang ni viral adalah laluan jalannya.
Jalan baru ni telah diturap bagi memudahkan pengunjung singgah. Jalan baru ini melalui bahagian berbukit tinggi dan curam. Oleh kerana kedudukan jalan ini laluan berbukit dan di bahagian tepi laut, boleh anda bayangkan suasana pemandangannya tak?
Tip Masuk Pantai Pasir Lanun
1. Datang hari bekerja.
Kalau pergi hujung minggu, tak mampu nak
healing. Ramai betul orang menyinggah pun.
2. Pergi belah petang.
Kalau anda jenis suka tengok matahari terbenam, sila datang belah petang. Bonus anda akan nampak sunset dari bukit. Awesome!
3. Cuaca elok, bukan nak hujan.
Kaji cuaca sebelum datang, jangan datang waktu cuaca mendung. Tak feel lah, duduk kejap dah hujan.
4. Kenderaan tak semput.
Pasal bukitnya mencanak. Berjaga-jaga takut tetiba kenderaan ada masalah pula.
5. Pastikan bawa geng pandai ambil gambar/video.
Ini sangat penting. Tempat dah lawa, yang ambil gambar pula tak reti. Sedih kan?
Landmark:
Waze Pantai pasir lanun penyabung, bersebelahan dengan jeti penyabung. Dah sampai kawasan penyabungg, masuk ke kanan. Terus naik bukit. Hati-hati. (bukit curam)
Oleh kerana kawasan ni agak pedalaman, memang tiada pengangkutan awam disediakan. Jadi, kalau nak ke sini kena datang sendiri.
Dah alang-alang sampai sini, boleh lah singgah lokasi berdekatan.
Tempat best yang berdekatan:
1. Jeti penyabung.
2. Ikan Celup Tepung (|CT)
3. Resort, challet dan campsite.
3. Pantai penyabung, teluk gorek, pantai mawar, Teluk Arong.
Hah, sudah tahu tempat best di Mersing Johor, selepas ini boleh lah ajak keluarga datang bercuti di sini. Sesekali kena pulihkan emosi yang berat dengan suasana cantik begini. Barulah nikmat!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Trip Bajet 6H5M Ke Medan/Acheh RM659 Sahaja Untuk Dua Orang. Murah Betul!
Ramai risau kalau ke luar negara memerlukan bajet yang besar. Jika ada yang pernah melancong ke luar negara tetapi pada kadar sederhana atau murah, ada pula yang tidak percaya. Kononnya individu tersebut pasti travel cara ‘kedekut’, tidur di kaki lima atau perlu berlapar.
Tidak! tidak! Jika anda rajin mencari dan membuat sedikit ulangkaji berkenaan lokasi yang anda ingin travel, memang anda boleh dapatkan sebuah percutian yang murah dan bajet.
Seperti pasangan suami isteri ini mampu untuk bercuti ke luar negara dengan bajet yang sangat rendah. Ikuti perkongsian trip dan itinerarinya.
Ok guys mcm yang dijanjikan.. Hari tu aku cakap nak up itinerari sekali ticket flight murah kan.. Here we go oooo….itinerary perjalanan ada kat bawah tau… Kebanyakkan orang tergezut kos perjalanan kami betul-betul under bajet, sebab depa kata takut nak jalan-jalan luar negara sebab takut kos banyak… Takpa, jum tengok iitinerary bajet kami.
- Itinerari – Medan/ Aceh 6D5N( Kos kerugian 2,003,000rp) Rm659 x 2pax
- Rm330 1 pax (exclude ✈️ book AA promo rm39 kl-medan.. Aceh-KL rm31)
Okey guys saya nAk share sikit trip backpack + honeymoon kami.. Kos suma aku buat untuk 2 pax taw..
Hari Pertama
Star dari airport Kualanamu ke Permatang Siantar.. Keluar dari Airport supir ramai yg akan promot hampa suruh naik taxi depa.. So hampa pandai-pandai la tawar harga..so time tu ada 1 family dari Malaysia join sekali so kami dapat harga murah la .perjalanan makan masa 2 jam lebih ..harga yang aku buat semua x2 pax…140,000rp
Sampai Permatang Siantar kami naik Tuk, mcm mini van pegangkutan local nak ke Air Terjun Aek Manik / Sida Manek 20,000rp.
Sampai kat Simpang Kamai jalan masuk ke dalam dalam 5 minit bru smpai.. masuk 10,000rp pondok/case waterfrof 40,000rp toilet 4,000rp. Semua kt Sana berbayar ea.. Tak boleh duduk sesuka hati..
- Selesai mandi kami gerak nak ke Berastagi Hostel yang kami book guna booking.com dari Aek Manik ke Permatang Siantar 20,000rp
- Dari Petmatang Siantar ke Kabanjahe 40,000rp ( Pekan Berastagi )
- Kabanjahe ke Brastagi (hostel 30,000rp)
- Kami bermalam di hostel Tokyo losmen 120,000rp
Hari Kedua
Hari ke 2 check out hostel plan nAk ke Air Terjun Sipiso Piso.. So kena ke pekan Brastagi untuk cari taxi /gojek/ tuktuk 4,000rp
- Dr Pekan Brastagi ke Sipiso Piso kami nk ke Air Terjun Sipiso Piso tetapi kena ke Pekan Manek.. Supir/guide cakap susah nak Cari transport so over nak bawak tapi dia mintak 300k.. Ejas2 dpt 230,000rp, so kami dua la dok dalam taxi.. Xda org lain naik.. Sbb kami dah bayar..
- Masuk Sipiso Piso 10,000rp depa dah tunggu kt pintu gerbang dah.. Time nak turun nak amek gambo lebih dekat kami amek kat gmbo kat pondok.. Ada org datang cakap nak duduk kne bayar.. 10,000rp x2 pax.. Adeh terkena lg..hampehh..
- Lepas selfie kami gerak blek ke Terminal Kabanjahe untuk ke Medan. Take note jika uolss Tawar menawar transport kat supir… Anda masuk mana-mana kawasan kena bayar supir akan mintak dekat anda.. Contoh parking ticket masuk.. So kalau bole tanya lebih details…. Okey
- Dari terminal Kabanjahe ke Pekan Medan naik bus 30,000rp.. Perjalanan pun makan masa 2 3 jam. Semua masa banyak abes dkt perjalanan…
- Sampai kat Medan kami naik beca moto ke terminal bas yg nak ke Bandar Acheh 30,0000rp
- Dlm otw naik beca moto berhenti tunggu traffic light nmpak ada makcik dok tpi jln mintak sedekah.. So aku derma kt dia terus boh dlm cawan dia.. Sedih tengok dengan hujan dok mintak sedekah.
- So dari terminal bas express nak ke Acheh aku beli tiket 400,000rp
- Bas bertolak pukul 9pm.. Perjalan megambil masa 11 ke 12jam.. ( mcm aku kerja shif kilang da.. Tapi apa pun dalam bas dia bagi selimut dan bantal…
Hari Ketiga
Sampai terminal bas Bandar Acheh.. Jadi macam kat Airport orang mai kerumun tanya pi mana.. Aku pun jadi tak berapa syok sebab dia ikot smpai ke toilet tunggu..aku bukak grab ada yang cakap sini tak boleh masuk kana keluar jauh.. aku pun oke ja.. aku tgk grab 40k rp.. Dia letak 50krp aku ckp grab murah lg.. Dia ckp support la nk cari rezeki.. Wat muka kesian ckp oke la 40krp. So aku pn eccept la dari terminal ke Pelabuhan Ulee lheue.. Nak masuk ke pelabuhan kena bayar 3krp dia mintak.. (dalam hati ckp terkena lagi.. Baik book grab tak kena caj dah.. So total 43,000rp..
- Ssmpai pelabuhan Ulee lheue nak ke pelabuhan Balohan (Pulau Sabang)
Beli tiket ferry ke pelabuhan Balohan Sabang 54,000rp💲 one way oke… Booking guest house owners org France fasih berbahasa indon.. Aku book guna booking.com payment pakai bigpay - Sampai Pulau Sabang pun jadi benda sama mcm kt Airport n terminal Bandar Acheh.. Org datang promot sewa kereta moto…. So aku ckp nk sewa moto..dia ckp sehari 100k rp. Aku ckp sewa lebih 2 hari bole dpt 150,000rp.. Dia ckp bole so payment dia amek gambo passport takot aku curi moto dia.. bg no telepon aku.. Sbb nnti dia nk call or whatsapp..
- Untuk pegetahuan.. Line Internet aku pakai no Malaysia no aku sendri DIGI.. AKU punya plan untuk 10 buah negara Asia.. Sebulan 4GB cukup la aku dengan pasangan aku ja.. Bukan tiap bulan p overseas pun.. So jimat xyah beli sim.. Just aktif roaming ja…..
Hari Keempat
- Aku pusing 1 pulau jalan-jalan p kilometer zero 5,000rp. Jlan amek gmbo mandi laut la la smpai kulit burn…mkn nasi ayam penyet dia padu haha.. Sini banyak bakso Maggie sedap…
Hari Kelima
Check out sbb nak balik Malaysia dah.. So dari pelabuhan Balohan ke pelabuhan Ulee lheue ticket ferry 54,000rp. Perjlan ambil masa 2 jam lebih..
- Sampai kt Pelabuhan Ulee Ilheue ada lagi org datng tanya ak kemana.. Semak.. Kita ckp xpa klu kau kita Cri.. Smpai tgk fon aku bkak grab.. Ckp sni xbole amek grab.. So aku Jln kaki ke pantai ulee lheue.. Baru book grab ke Suzuya Mall 30,000rp.. Lepak makan amek angin ekon.. Hahaha.. Org pakat usaha kami galas bag msuk mall..
- So abes dh semua ambil grab dari mall ke Airport 70k rp.. Bye bye Medan Pulau Sabang, Achehc.. Nnti kita ketemu lagi….
- So semua kos aku 2,013,900 juta skali dengan booking hostel.. Untuk 2pax..
- Penukaran wang = 2,003,000 rp =Balance cash 65,500rp💲
- Yang mana rasa berbaloi.. Share la itinerari ni.. Tq
Sumber: Anyss Sopiea
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gadis Ini Kongsi Itinerari Trip Ke Dabong, Kos Hanya RM298 Saja
Memilih tempat percutian menarik adalah penting bagi memastikan trip tersebut diisi dengan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama rakan-rakan mahu pun kaum keluarga.
Dabong Kelantan mungkin bukanlah satu tempat percutian popular kerana ramai yang masih tidak tahu terdapat aktiviti-aktiviti yang menarik boleh dilakukan disana.
Namun, satu perkongsian telah dibuat oleh Busa Syafiqqah Shawal telah menarik perhatian kami untuk berkongsikan trip percutian mereka menaiki keretapi ke Dabong.
Gadis Ini Kongsi Itinerari Trip Ke Dabong, Kos Hanya RM298 Saja
Trip 3 hari 2 malam itu hanya memakan belanja sebanyak RM289 seorang tetapi tidak termasuk kos makan. Jom kita lihat antara itinerary yang telah dikongsi oleh Busa ini.
Pengangkutan
Guide (untuk dua hari bermula dari sampai stesen ktm sampai nak balik) : RM 40 per pax
Kereta Api Gemas-Dabong-Gemas (RM 32 lower berth + RM 27 upper berth sebab ada promo dari KTMB. So rajin rajinkan diri check FB mereka sebab KTMB akan update any promotion dekat platform Facebook mereka jugak): RM 59
Total: RM 99 per pax
Penginapan
Jelawang Pipe Resort: RM 30 per pax (Satu bilik RM 60 and boleh share dua orang)
An Nur Guesthouse (Dia macam homestay and dia kira harga ikut bilik. Satu bilik RM 50 and boleh muat 2-3 orang): RM 25 per pax
Total: RM 55 per pax
Aktiviti
- Flying Fox: RM 15 per pax
- Caving: RM 30 per pax
- Water Tubing: RM 60 per pax
- ATV ride (RM 60 satu jam untuk satu ATV dan boleh naik dua orang): RM 30 per pax
Total: RM 135 per pax
Makan
Ini agak subjektif, bergantung pada bajet korang jadi Busa tak masukkan dalam kiraan bajet. Tapi makanan kat Dabong tak mahal pun so untuk dua hari tu RM 50 pun cukup sebenarnya untuk bajet makan. Below RM 10 pun boleh dapat untuk complete meals sekali dengan air. Kalau mi udang harga RM 15 semangkuk tapi puas hati tau siap free teh o ais lagi.
Kalau nak makan set ikan siakap boleh pergi dekat Adam Café. Serious berbaloi sebab set 6 orang makan termasuk air cuma RM 65 je. Memang puas hati lagi lagi kalau korang travel dalam group besar. Untuk yang menginap dekat Jelawang Pipe Resort, sarapan disediakan sekali.
TOTAL TRIP EXPENSES: RM 289 per pax
Wah, rupanya banyak juga aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Dabong bersama rakan-rakan. Kalau nak cuba tempat baru, kami sarankan untuk korang bercuti di Dabong, Kelantan. Bolehlah mula merancang dari sekarang, lepas raya terus serbu. Hiks!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI