Hasil kajian daripada Tune Protect mendapati 80% rakyat Malaysia yang tahu mengenai perlindungan insurance tapi hanya 34.8% sahaja yang mempunyai pelindungan. Mengapa angka ini berlaku?

Jawapannya adalah SIKAP. Rata-rata rakyat Malaysia hanya mementingkan keseronokkan berbanding keselamatan diri. Sikap yang sering menganggap menganggap bahawa kemalangan tidak akan berlaku kepada diri mereka.

Rata-rata pelancong Malaysia lebih mendahulukan bayaran untuk tiket kapal terbang, penginapan hotel, itinerary jalan-jalan dan shopping. Malah sanggup melayari laman sesawang dan aplikasi travel berjam-jam lamanya, semata-mata untuk mencari tiket dan hotel murah.

Sebelum berlepas ke destinasi percutian, mereka akan bagi kunci rumah kepada jiran tetangga. Mereka turut memaklum ahli keluarga mengenai jadual perjalanan mereka dari mana ke mana. Mereka akan whatsapp kenalan terdekat untuk memaklumkan ketiadaan mereka sekian-sekian masa. Jika ada apa-apa, mereka ada di sini dan di sini pada sekian-sekian tarikh.

Tindakan itu tidak salah, betul apa yang mereka buat tetapi sekiranya terjadi apa-apa kemalangan, siapa yang boleh bagi cash money dalam sekian jumlah yang banyak dan dalam masa yang singkat? Ada banyak kes kemalangan dan kesihatan yang berlaku kepada pelancong Malaysia tidak kira melancong dalam atau di luar negara. Berapa ramai yang kesempitan kerana ketiadaan perlindungan insurance? Cukup ramai!

Apa salah luangkan sedikit masa untuk ambil tahu mengenai travel insurance. Berapa ramai yang pernah melayari laman sesawang syarikat takaful yang offer travel insurance dan membeli perlindungan diri? Jawapannya sudah ada dalam kajian, hanya 3 daripada 10 orang sahaja.

Jadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berpesan kepada semua rakyat Malaysia yang kaki travel, ambillah perlindungan insurance tidak kira sama ada anda bercuti luar negara atau dalam negara sahaja. Jangan memperjudikan percutian anda tanpa insurance, itu kerja gila namanya!

Sesungguhnya malang tidak berbau. Risiko kemalangan dan kesihatan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Mungkin kali ini kita selamat, tetapi akan datang jika terkena, tidak guna menyesal lagi. Saya akan kongsikan lagi maklumat mengenai travel insurance, so stay tune bersama Libur.

Tinggalkan Komen