Ini merupakan destinasi ketiga Air Asia X di Korea Selatan; selepas Incheon dan Busan.
Sidang media untuk pengumuman rasmi akan diadakan dalam masa terdekat
Penerbangan dengan kekerapan empat kali seminggu dari KLIA2 ke Pulau Jeju akan dilakukan selepas jumlah permintaan yang tinggi dari pelancong Malaysia yang mahu ke pulau ini dan sebaliknya.
Pulau Jeju paling selatan di Korea, miliki banyak tempat cantik dan mendapat ulasan yang baik dari pelancong dunia. So, yang suka Kpop dan Korea boleh lah sedia!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Video Viral ‘Tioman Dilanggar Ikan Lumba-Lumba’, Wargamaya Terus Teruja Nak Bercuti Ke Pulau Tioman
Kalau di Malaysia, nak tengok ikan lumba-lumba ‘live’ depan mata memang jarang-jarang berlaku. Bukan tidak ada kelibat spesies ikan ini di perairan kita, ada! Cuma kesempatan untuk melihat secara langsung agak sukar.
Di Pulau Tioman, peluang menyaksikan sekawan ikan lumba-lumba ‘bermain’ di sekeliling bot menjadi pengalaman tidak dilupakan buat pengurus sebuah resort di Pulau Tioman, Rompin. Beberapa hari ini, tular di media sosial menerusi klip video yang dikongsikan Facebook Juara Mutiara Resort menunjukkan sekumpulan ikan lumba-lumba ‘bermain’ di perairan Pulau Tioman, Pahang.
Rakaman klip video ikan lumba-lumba itu yang tular dirakamkan sekitar jam 12 tengah hari 22 Julai 2020 lalu, semasa pengurus sebuah resort bersama isteri dan dua kru resort menaiki bot dari Kampung Tekek untuk pulang ke Kampung Juara di pulau tersebut. Mereka melihat ada kelibat ikan lumba-lumba dari jauh dan terus membuat keputusan untuk cuba menghampiri kumpulan ikan tersebut walaupun tahu kemungkinan besar ikan itu akan melarikan diri. Mereka tidak menyangka jumlah ikam lumba-lumba itu sangat banyak iaitu sekitar 20 ekor.
Kumpulan ikan itu juga dilihat tidak terganggu dengan kehadiran mereka, sebaliknya terus bermain di bawah bot selain turut mengikut pergerakan bot selama lebih lima minit sebelum kawanan ikan itu pergi. Air laut yang jernih di Pulau Tioman ketika itu juga menyebabkan rakaman ikan tersebut jelas kelihatan dan paling menarik ikan-ikan itu juga ‘bergurau’ dengan menyentuh jari mereka apabila diletakkan di permukaan air. Video tular tersebut mendapat reaksi positif daripada netizen yang turut teruja mengetahui kewujudan ikan lumba-lumba di Pulau Tioman.
Menurut pengurus resort tersebut kepada Bernama, dia tahu ikan lumba-lumba ada di perairan sekitar Pulau Tioman, namun sangat sukar untuk dijumpai. Malah, ini merupakan kali keempat beliau berpeluang jumpa ikan tersebut walaupun memang membesar di pulau itu.
“Tapi, kejadian semalam yang paling manis dan rezeki kerana selain jumlahnya yang banyak, ikan yang saya jumpa semasa memancing atau membawa bot semuanya dari jarak jauh dan pantas melarikan diri jika menyedari kehadiran bot,” katanya.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Macam Kembar Dua. Pesawat Terbesar Di Dunia Berjaya Lakukan Penerbangan Sulung
Pesawat terbesar di dunia, Stratolaunch yang mempunyai dua fiuslaj dan enam enjin Boeing 747 melakukan ujian penerbangan sulungnya merentasi Gurun Mojave di California kemarin.
Pesawat karbon-komposit pertama itu dibina oleh Stratolaunch Systems Corp yang dimulakan oleh mendiang pengasas bersama Microsoft, Paul Allen.
Pesawat putih dipanggil Roc itu mempunyai sayap yang sama panjang dengan ukuran padang bola sepak atau 1.5 kali ganda lebih panjang berbanding pesawat Airbus A380. Sayapnya berukuran 117 meter, manakala sayap pesawat Airbus A380 hanya berukuran di bawah 80 meter.
Roc berlepas kira-kira jam 7 pagi waktu Pasifik (waktu tempatan kemarin) dan berada di udara lebih dua jam sebelum mendarat semula di Mojave Air and Space Port.
Pesawat itu direka untuk mengangkut roket dan kenderaan angkasa lain dengan berat mencecah sehingga 226,796 kilogram pada ketinggian 10,668 meter. Difahamkan, Strarolaunch adalah alternatif yang lebih fleksibel untuk melancarkan satelit berbanding pelepasan menegak roket kerana cara ini hanya memerlukan landasan yang lebih panjang untuk berlepas.
Menurut Stratolaunch, pesawat itu mencapai kelajuan maksimum 304 kilometer sejam (km/j) pada ketinggian 5,181 meter, bertujuan untuk menguji prestasi dan kualiti pengendaliannya.
“Ia penerbangan sulung yang menakjubkan, Penerbangan ini melebarkan lagi misi kami untuk menyediakan alternatif fleksibel kepada sistem pelancaran darat,”kata CEO Stratolaunch, Jean Floyd dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke laman web syarikat itu.
Paul Allen, yang mengasaskan Microsoft bersama Bill Gates pada 1975, mengumumkan penubuhan Stratolaunch yang dibiayai sendiri pada 2011.
Namun Allen meninggal dunia pada Oktober 2018 akibat limfoma bukan Hodgkins, hanya beberapa bulan selepas perkembangan pesawat itu didedahkan. Dikatakan asa depan syarikat berkenaan masih samar.
Sumber: Dailymail Sinar Harian
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Stay Hotel Dengan Harga Lebih Murah? Resorts World Genting, Perkenal Pakej Kemas Bilik Sendiri Dapat Diskaun Penginapan!
Genting Highlands antara destinasi yang sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Disebabkan permintaan yang tinggi untuk penginapan yang terletak di pusat peranginan tersebut, memang sukar nak dapatkan deal dengan harga yang murah.
Tapi ada caranya untuk korang dapatkan harga diskaun bila menginap di Resorts Worlds Genting Highlands. Menerusi pakej F.W.H (Fix Your Own Bed, Waived Early Check-in Fee dan Hygienic Stays) korang berpeluang untuk stay kat atas sana tapi dengan harga yang lebih murah.
Dengan menempah pakej ini, pelanggan akan menerima:
- Penginapan di bilik standard MYB
- Satu kit kemudahan peralatan tempat tidur di dalam bilik termasuk cadar, sarung bantal, sarung duvet dan peralatan mandian.
Terma dan syarat adalah seperti berikut:
- Pengesahan pakej adalah tertakluk pada ketersediaan bilik.
- Kadar lazim harian akan dikenakan untuk permintaan menukar ke bilik berhias biasa
- RM60 akan dikenakan untuk permintaan mengemas katil
- Tawaran ini hanya sah untuk menginap pada tarikh yang dinyatakan dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
- Tiada bayaran balik akan dikeluarkan jika pakej dibatalkan atau tidak digunakan.
- Pihak pengurusan berhak untuk mengubah, meminda, memadam atau menambah syarat ini atau menarik balik pakej pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
Namun tak perlu risau kerana pihak hotel akan melakukan tahap pemeriksaan kebersihan selepas korang mengemas bilik dan menginap dengan selesa. Tawaran untuk pakej ini sah sehingga 31 Disember tahun ini.
So korang yang nak menginap dengan harga yang murah bolehlah pilih pakej ini!
Sumber: Resorts World Genting
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI