Di sini Libur kongsikan kepada anda kalendar cuti umum dan perayaan Kemboja tahun 2019. Mungkin ada perubahan daripada segi tarikh dan perayaan, jadi dinasihatkan untuk semua supaya terus semak tarikh-tarikh penting dari semasa ke semasa.
Bulan Januari
Tarikh | Hari | Cuti |
1 Jan | Selasa | New Year’s Day |
7 Jan | Isnin | Victory Day |
Bulan Februari
Tarikh | Hari | Cuti |
19 Feb | Selasa | Meak Bochea Day |
Bulan Mac
Tarikh | Hari | Cuti |
8 Mac | Jumaat | International Women’s Day |
Bulan April
Tarikh | Hari | Cuti |
14 April | Ahad | Khmer New Year |
15 April | Isnin | Khmer New Year (Day 2) |
16 April | Selasa | Khmer New Year (Day 3) |
Bulan Mei
Tarikh | Hari | Cuti |
1 Mei | Rabu | Labour Day |
13 Mei | Isnin | King Norodom Sihamoni’s Birthday |
14 Mei | Selasa | King Norodom Sihamoni’s Birthday |
15 Mei | Rabu | King Norodom Sihamoni’s Birthday |
18 Mei | Sabtu | Visak Bochea Day |
20 Mei | Isnin | National Day of Remembrance |
22 Mei | Rabu | Royal Ploughing Ceremony |
Bulan Jun
Tarikh | Hari | Cuti |
1 Jun | Sabtu | Children’s Day |
18 Jun | Selasa | Queen Mother’s Birthday |
Bulan September
Tarikh | Hari | Cuti |
24 Sept | Selasa | Constitution Day |
27 Sept | Jumaat | Pchum Ben |
28 Sept | Sabtu | Pchum Ben |
29 Sept | Ahad | Pchum Ben |
Bulan Oktober
Tarikh | Hari | Cuti |
15 Okt | Selasa | Commemoration of Late King Father |
23 Okt | Rabu | Paris Peace Agreements Day |
29 Okt | Selasa | King Norodom Sihamoni’s Coronation Day |
Bulan November
Tarikh | Hari | Cuti |
9 Nov | Sabtu | Independence Day |
10 Nov | Ahad | Bon Om Touk |
11 Nov | Isnin | Bon Om Touk |
12 Nov | Selasa | Bon Om Touk |
Bulan Disember
Tarikh | Hari | Cuti |
10 Dis | Selasa | Human Rights Day |
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Menyelamatkan Diri Jika Lemas Di Sungai Atau Air Terjun
Di negara kita terdapat pelbagai aktiviti atau sukan air yang menyeronokkan untuk dilakukan seperti berenang, mandi sungai, water rafting, jet ski, atau luncur air.
Apa jua aktiviti air yang anda lakukan, jangan lupa untuk mematuhi peraturan dan prosedur keselamatan samada anda pandai berenang atau pun tidak. Sentiasa pakai jaket keselamatan. Kegagalan mematuhi peraturan dan prosedur boleh menimbulkan masalah dan bukan sahaja membahayakan keselamatan diri sendiri malah orang lain.
Menurut sumber portal Kementerian Kesihatan Malaysia, jika berada dalam kes kecemasan ketika melakukan aktiviti air pastikan anda:
- Jangan panik. Jika rakan anda menghadapi masalah di dalam air dan anda tidak mahir berenang, dapatkan bantuan.
- Jangan cuba menyelamatkan rakan. Utamakan keselamatan diri anda terlebih dahulu. Mangsa lemas mudah panik dan akan berpaut kepada anda sehingga menyukarkan anda berenang.
- Jika ingin menyelematkan mangsa yang tenggelam, hulurkan kayu atau lemparkan tali kepada mangsa dan tariknya ke daratan. Selain itu, campakkan objek yang boleh berfungsi sebagai pelampung untuk mangsa berpaut hingga bantuan tiba.
- Jika terperangkap dalam arus yang deras, berenang mengikut arus sehingga ke tepi pantai.
Jika tidak boleh atau terlalu letih berenang, apungkan badan sehingga arus kembali tenang.
Ini pula sumber perkongsian daripada saudara Anwar Uitemate Swrsr via Family Camping Malaysia cara menyelamatkan diri sendiri ketika hampir lemas di sungai atau air terjun.
Sekadar perkongsian secebis ilmu berkenaan SELF RESCUE WATER SURVIVAL. Amat penting dek kerana kebanyakan situasi survival berlaku di hutan. Andai anda tergelincir ke dalam aliran sungai.
Pun begitu,ianya nampak mudah difahami dengan hanya melihat. Namun,hanya yang telah mempelajari n merasai latihan teori n amalinya sahaja yang benar-benar faham akan risiko, kemahiran, kefahaman, ilmu n nikmat mempelajarinya.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Trip Jungle Train Bawa Family Explore Dabong. Wanita Kongsi Tip Beli Tiket & Tempat Menarik. Traveler Wajib Cuba!
Dah makin ramai yang explore Dabong, Kelantan dengan menaiki train untuk sampai ke sana. Pendek kata setiap pengembara wajib cuba trip ini untuk rasai dan lihat sendiri pengalaman menerokai destinasi tersebut.
Berkesempatan ke Dabong menaiki keretapi yang dikenali sebagai Jungle Train dari Gemas meninggalkan kenangan manis buat Felicia Ramzi sekeluarga. Meskipun membawa anak yang masih lagi kecil, anak-anak Felicia juga nampaknya enjoy dan seronok dengan pengembaraan mereka kali ini.
Siap dengan tip dan trick untuk dapatkan tiket dan tempat duduk yang strategik dalam keretapi, ikuti perkongsian wanita ini disamping gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang percutian mereka.
DARI KAJANG KE DABONG
Hai warga BBM. Kali ini saya nak kongsikan trip kami 5 sekeluarga menaiki “Jungle Train” aka Ekspress Rakyat Timuran koc berkatil ke Dabong musim cuti sekolah lepas. Izinkan saya kongsi beberapa tips dan tricks tentang jungle train ni dan juga info tempat-tempat menarik di Dabong.
Laluan kami adalah dari stesen Kajang 1 menaiki ETS ke Gemas. Dari Gemas, naik Jungle Train menuju ke Dabong.
Tips and tricks beli tiket:
- Pembelian online: KTMB banyak beri diskaun berbentuk kod promo.
- Pembelian online: Kalau ada warga emas, beli tiket di bawah penama warga emas tersebut. Sebab kalau beli atas nama penama dewasa, kategori warga emas takkan muncul dalam pilihan check box, kena bayar harga dewasa. Rugi.
- Kalau beli di kaunter, minta bantuan staff KTMB. Bagitau lah minta letakkan kod promo. Juga beli di bawah penama warga emas jika ada warga emas. Staff KTMB pasti lebih arif. Kami tempoh hari, kalau tak pakai kod promo, Kajang-Gemas saja pun dah RM250. Tapi sebab masukkan kod promo (CUTIKERETAPI2) & (MKTMB22) – total tiket kami jadi RM148 pergi balik. Jauh kan bezanya. Jimat banyak.
- Sama juga pembelian tiket Gemas-Dabong. Harga asal dapat sekitar RM400. Tapi sebab masukkan kod promo yang KTMB bagi, total pergi balik dapat RM268 koc berkatil.
- Koc berkatil : Koc T6-T8. Tips saya, belilah katil tengah-tengah di Koc 8. Satu sebabnya, penumpang lain tak lalu-lalang ke cafe di Koc 5. DAN, koc 8 paling dekat dengan kepala keretapi. Nak bergambar di stesen Gua Musang, Koc 8 paling depan sekali. Cuba elakkan ambik katil depan sekali jugak sebab besi ‘connecting’ koc tu bising gedegung gedegang.
- Untuk pilihan katil, nombor genap ialah katil bawah. Nombor ganjil ialah katil atas.
- Untuk pemandangan bukit di Gua Musang, pilih katil sebelah kanan bermula dengan nombor 3,4,7,8,11,12,15,16 dan seterusnya sehingga 39,40.
- Bawa sarung extra untuk balut tilam dan bantal. Sebab tak tahu berapa ramai yang dah baring kat tempat kita tu kan.
- Bawa extra makanan. Jangkakan servis penyediaan makanan sedikit lewat kalau penumpang ramai.
- Toilet ngeri. Buang siap-siap di stesen.
Tempat makan best di Dabong. WAJIB cuba.
- Mee Udang Che Da – depan stesen. sedap namatey.
- Mee Udang Harimau Kak Nah – menjilat jarey.
- Nasi Kerabu Kak Tiey – di Jambatan Kemubu – menanges.
- Ikan Bakar Adam’s Cafe – terkenang-kenang.
- Dodol lemak – sebagai souvenir
Tempat penginapan:
1 malam kami di – Resthouse MDD – 1 unit berkonsepkan rumah. 2 bilik tidur beraircond, 2 katil queen, ruang tamu bersofa dan berkarpet, dapur basic, bilik mandi – RM150/malam.
2 malam seterusnya di – Rose House Dabong – 1 bilik. 1 katil queen, 1 katil single, 1 toto – RM80/malam + RM50 extend sehingga malam sementara tunggu train balik Gemas 11.32 malam.
Kedua-dua penginapan ini tidak disediakan TV, peti ais atau tempat masak tapi sangat berdekatan dengan stesen keretapi. Kami memang pilih lokasi di pekan sebab takda transport. Kot-kot apa jadi, kami masih boleh jalan kaki ke stesen.
Tak menyesal trip kali ni. Pergilah warga BBM walaupun sekali, kena cuba. Sungguhpun tidur tak lena dalam train, line telefon SOS, objektif utama telah tercapai – makan, nature dan merasa naik jungle train Malaysia. Priceless!
Nak travel kena ada luggage tahan lasak baru senang hati nak bercuti!
Kredit: Felicia Ramzi
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cystal Resort Penginapan Atas Air Di Semporna, Sabah. Mandi Laut & Berkayak Sekitar Resort Je, Momen Indah Bila Bercuti Dengan Keluarga!
Resort di tengah lautan menjadi pilihan jika bercuti Semporna, Sabah. Kebanyakkannya cukup cantik dan selesa. Paling best boleh mandi laut dan berkayak di sekitar resort sahaja.
Baru sahaja dibuka beberapa bulan yang lalu, Crystal Resort Semporna menjadi pilihan Nana Sarina Abu Bakar dan keluarga untuk percutian mereka.
Pakej yang diambil termasuklah makan dan minum serta snorkeling di 8 buah pulau ternyata meninggalkan kenangan manis buat mereka sekeluarga. Ikuti perkongsia wanita ini tentang pengalaman menginap di sini!
Crystal Resort Semporna, Penginapan Atas Air Yang Cantik & Selesa
Malaysia, Bukan Maldives – Crystal Resort Semporna, Sabah
First time sampai Semporna, Sabah. Cantik sangat- sangat ye Pulau-pulau di Semporna ni…Setelah saya survey beberapa resort akhirnya saya memilih Crystal Resort Semporna untuk destinasi percutian kali ni.. saya book melalui Blue Star – Pakej Semporna Sabah…Agent bernama Sen sangat ramah dan melayan segala pertanyaan saya.
Agent akan memberikan senarai hotel, pakej, kelebihan dan harga setiap hotel…jadi, boleh pilih ikut budget dan keinginan masing- masing..untuk kesini saya ambil flight
KL- Tawau ( lebih kurang 2 jam 50 minit) dan seterusnya naik van yang agent uruskan ke Pekan Semporna ( lebih kurang 1 jam 30 minit perjalanan)
Crystal Resort ni baru siap dalam 4 bulan lepas.. jadi condition resort sangat ok….owner pun baik dan ramah tamah…
Tarikh: 11-14 August 2022 ( 4 hari 3 malam)
Jenis Bilik: Standard Room
Booking platform: Agent
Rate: RM1899/ pax ( termasuk airport transfer, Resort, Makan ( sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam), boat transfer, island tour ( snorkeling 8 pulau) , snorkeling equipment, guide semasa snorkeling dan permit. Tiket MAS ke Tawau dalam RM 700 return untuk seorang.
CHECK IN:
Agent dahh uruskan. So tinggal check-in dan bayar refundable deposit RM 50
BILIK:
Bilik sangat luas dan selesa. Sea view. Toilet pun okay.. air laju.. electric 24/7.. ( ada juga resort yang siang hari tak ada elektrik ya).. memang tenang sangat resort ni sebab hanya ada 14 bilik sahaja
LOKASI:
Lokasi tengah-tengah laut. 40 minit dari Semporna Jetty..
KEMUDAHAN:
Boleh swimming di area resort, kayak, snorkeling (boleh sewa alat).. ada lounge yang luas untuk lepak2…
MAKAN
Makanan sangat sedap. Saya ambil full board so tak perlu pikir dah pasal makan.. tapi bawak jugak meggi cup sebab lepas snorkeling lapar heheh…
CHECK OUT:
Rata- rata resort di Semporna check out jam 10 pagi…Lepas check out tunggu boat terus ke Pekan Semporna…
KESIMPULAN:
Pulau- pulau di Semporna ni cantik sangat dari Pulau-pulau yang saya pernah pergi sebelum ini.. dalam pakage 4 hari 3 malam, agent akan bawa snorkeling dan tour ke pulau seperti Bohey Dulang, Mantabuan, Sibuan, Timba- Timba, Mataking, Pom Pom, Mabul dan Kapalai. Paling cantik ialah snorkeling dekat Pulau Mataking .. sangat sangat cantik…
Recommended sangat untuk pergi dan menginap di Crystal Resort.
Kredit: Nana Sarina Abu Bakar
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI