Kapten Izham Ismail telah dilantik sebagai Pengarah eksekutif Malaysia Airlines Bhd dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan menggantikan Peter Bellew.

KAPTEN IZHAM ISMAIL CEO BARU MAS

Lembaga Pengarah Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG) dan Malaysia Airlines Berhad (MAB) berkata pelantikan Kapten Izham selari dengan pelan yang dibuat MAB sebagai sebahagian daripada 12 Pelan Pemulihan MAS.

IKLAN

“Untuk memastikan peralihan yang lancar, Jawatankuasa Eksekutif Lembaga akan diadakan sehingga enam bulan.

“Ia akan diketuai oleh Pengerusi Tan Sri Md Nor Yusof dan akan merangkumi anggota lembaga Tan Sri Krishnan Tan Boon Seng, Tan Sri Zamzamzairani Isa dan Sheranjiv Sammanthan,” kata mereka dalam satu kenyataan.

IKLAN

Kapten Izham miliki 38 tahun pengalaman dalam industri penerbangan, setelah memulakan kerjayanya dengan Malaysia Airlines sebagai juruterbang pada tahun 1979.

Dia memecahkan rekod penerbangan dunia dengan menerbangkan B777-200 Malaysia Airlines pertama ke timur dari Seattle ke Kuala Lumpur dan kembali.

IKLAN

Penerbangan itu menetapkan rekod dunia baru bagi penerbangan terpanjang dan penerbangan pusingan dunia terpantas oleh pesawat komersial, dengan jumlah masa penerbangan 41 jam 59 minit lebih kurang 23,310 batu.

 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI