Kari Kepala Ikan Salmah dan Kuew Teow Goreng Pak Tam: Dua Hidangan Lokal Yang Popular Di Mambang Di Awan, Perak

Baru-baru ni Libur ke Kampar, Perak. Saja nak berjalan-jalan ke sana, nak tengok apa pembangunan terbaru yang ada di daerah Kampar. Alang-alang dah sampai sana tu, nak cari la spot makan orang-orang dekat Kampar.

Waktu hari kejadian Libur ke Kampar, Libur ditemani oleh rakan-rakan dari sana. Thank you Abang Sham dan Abang Pijoy sebab sudi melayan Libur ronda-ronda daerah Kampar. Ronda punya ronda punya ronda, Libur tanyalah pada diorang apa kedai makan yang best dekat Kampar ni?

Kedai makan orang lokal

Kalau pembaca nak tahu, ada banyak juga tempat makan yang best di Kampar ni. Tapi kriteria pemilihan kami untuk trip ini hanya satu: kedai makan yang special and famous di kalangan orang-orang lokal sahaja. Libur nak tahu la, spot makan mana yang orang Kampar ni suka makan?

Dah puas pusing, kami sampai ke satu kawasan kampung yang Libur rasa, nama kampung ni rare. Sebab apa rare? Nama kampung ni Kampung Mambang Di Awan! Haha ada nama kampung korang yang letak nama mambang? Tak ada kan? Libur yakin budak-budak muda luar negeri Perak mesti tak tahu nama kampung ni kan?

Kedai Makan Salmah Kari Kepala Ikan

Kedai makan pertama yang kami singgah adalah Kedai Makan Salmah Kari Kepala Ikan. Kedai makan ini kepunyaan Abdul Malik Hassan dan beliau menyediakan menu kari kepala ikan merah yang dimasak dengan menggunakan rempah yang diolah sendiri dan menjadi resipi rahsia sejak daripada zaman bapa beliau lagi.

Kari Kepala Ikan Salmah dan Kuew Teow Goreng Pak Tam: Dua Hidangan Lokal Yang Popular Di Mambang Di Awan, Perak
Ini signboard yang menandakan kedai kari kepala ikan Salmah tu. Kecil sahaja. So kena perhati betul-betul, kalau tak memang tak perasan.
Kari Kepala Ikan Salmah dan Kuew Teow Goreng Pak Tam: Dua Hidangan Lokal Yang Popular Di Mambang Di Awan, Perak
Kedai makan ni memang selalu dipenuhi orang tempatan di Mambang Di Awan.
Kari Kepala Ikan Salmah dan Kuew Teow Goreng Pak Tam: Dua Hidangan Lokal Yang Popular Di Mambang Di Awan, Perak
Simple kan kedai dia? Memang susah nak perasan di sini ada sediakan menu kari kepala ikan yang sedap bila lalu di Mambang Di Awan.

Kedai makan ni kalau tengok sekali imbas, macam tak ada apa-apa yang special pun. Kalau bawa kereta lalu jalan depan tu memang tak perasan kedai makan kari kepala ikan ni. Tapi jangan terpedaya dengan rupa, nak tahu kena singgah masuk ke dalam dulu.

IKLAN

Kepala ikan dah besar kepala orang

Nak tahu apa yang Libur rasa best pasal kari kepala ikan dia? Kepala ikan merah dia besar la weyhh. Lagi besar daripada kepala Libur! Korang rasa? Puas hati waktu Libur tengok Abang Malik masak kepala ikan tu. Penuh satu periuk. Itu pun Abang Malik masak kepala ikan je, kalau dia masak seekor ikan tu, Libur rasa boleh buat kenduri.

Kari Kepala Ikan Salmah dan Kuew Teow Goreng Pak Tam: Dua Hidangan Lokal Yang Popular Di Mambang Di Awan, Perak
Tu antara sebahagian kepala ikan yang Abang Malik masak. Tu baru sebahagian, belum full set kepala ikan lagi.
Kari Kepala Ikan Salmah dan Kuew Teow Goreng Pak Tam: Dua Hidangan Lokal Yang Popular Di Mambang Di Awan, Perak
Nah penuh satu besen kepala ikan. Sumpah besar. Boleh makan 5-6 orang, kenyang.
Kari Kepala Ikan Salmah dan Kuew Teow Goreng Pak Tam: Dua Hidangan Lokal Yang Popular Di Mambang Di Awan, Perak
Libur sempat la berbual dengan Abang Malik. Hitam manis orangnya. Terima kasih Abang Malik atas layanan yang diberikan kepada kami.

Waktu kari kepala ikan ni menjengah masuk je dalam mulut Libur, terasa kepekatan kari yang Abang Malik masak ni. Maklumlah, resipi turun temurun. Libur ada juga try hijack resipi daripada Abang Malik ni, tak dapat.. Hehehe.

Famous waktu masak kari kepala ikan guna dapur kayu

Ikut kisah daripada orang lokal di sini, kedai makan Abang Malik ni memang selalu orang kampung datang makan lebih-lebih lagi di zaman ayahnya, Pak Cik Hassan yang mengusahakan kedai makan ni. Sebabnya, ayah Abang Malik masak kari kepala ikan ini dengan menggunakan dapur kayu. Itu yang membuatkan aroma kari kepala ikan Pak Cik Hassan lebih menyengat.

Kari Kepala Ikan Salmah dan Kuew Teow Goreng Pak Tam: Dua Hidangan Lokal Yang Popular Di Mambang Di Awan, Perak
Memang terliur tengok kari kepala ikan dia.
Kari Kepala Ikan Salmah dan Kuew Teow Goreng Pak Tam: Dua Hidangan Lokal Yang Popular Di Mambang Di Awan, Perak
Hidangan dia datang sekali dengan set. Selain kepala ikan, Abang Malik ada juga sediakan menu makanan yang lain seperti kari kambing ni.
Kari Kepala Ikan Salmah dan Kuew Teow Goreng Pak Tam: Dua Hidangan Lokal Yang Popular Di Mambang Di Awan, Perak
Ayam goreng pun ada dalam set juga kalau ada sesiapa yang tak nak makan kasi kepala ikan.

Tapi kini Abang Malik yang mengusahakan kedai makan, beliau menggunakan teknik moden iaitu menggunakan dapur biasa sebab asap daripada dapur kayu takut mengganggu penduduk sekitar. Walaupun tidak lagi menggunakan dapur kayu, keenakkan dan keaslian resipi kari kepala ikan merah Abang Malik ini masih lagi asli daripada warisan bapanya.

IKLAN

Sesiapa yang nak singgah ke kedai Abang Malik ni Waze sahaja Kampung Baru Mambang Di Awam. Kedai makan beliau betul-betul terletak berhadapan jalan besar.

Warung Pak Tam Kuew Teow Goreng

Warung yang kedua Libur dan rakan-rakan singgah adalah Warung Pak Tam. Juga terletak di mukim Kampung Mambang Di Awan. Nama kampung mambang, tapi banyak kedai makan sedap dekat sini rupanya, hahaha.

Kari Kepala Ikan Salmah dan Kuew Teow Goreng Pak Tam: Dua Hidangan Lokal Yang Popular Di Mambang Di Awan, Perak
Signboard Warung Pak Tam. Ni sahaja satu-satunya signboard yang ada. Hahaha.

Di warung Pak Tam ni, menu special yang selalu orang lokal pesan adalah kuew teow goreng chinese style, nasi goreng sotong, char kuew teow (kuew teow basah la kalau orang Melayu faham sebab ‘char’ tu dalam bahasa mandarin, goreng), sup fishball dan mee kari. Air minuman specialnya pula adalah teh ais buih.

Daripada tukang kebun ke tukang masak

Pak Tam atau nama sebenarnya Abdul Latiff Iskandar, ni memang dikenali oleh masyarakat lokal di sekitar Kampung Mambang Di Awan dan beliau dah berniaga lebih 8 tahun di sini selepas bersara daripada menjadi tukang kebun di sebuah sekolah.

IKLAN
Kari Kepala Ikan Salmah dan Kuew Teow Goreng Pak Tam: Dua Hidangan Lokal Yang Popular Di Mambang Di Awan, Perak
Keletung keletang Pak Tam tengah menggoreng kuew teow.
Kari Kepala Ikan Salmah dan Kuew Teow Goreng Pak Tam: Dua Hidangan Lokal Yang Popular Di Mambang Di Awan, Perak
Ini menu char kuew toew, antara yang selalu pelanggan order di warung Pak Tam ni.

Menurut orang kampung, warung Pak Tam ni bukan sahaja dikunjungi masyarakat setempat tapi juga orang luar, cuma tidak la terkenal seperti kedai-kedai makan yang lain. Rata-rata yang singgah ke sini nak makan mee kari dan kuew teow goreng chinese style air tangan Pak Tam sendiri.

Kuew toew goreng chinese style terbaik

Secara peribadinya, Libur suka dengan kuew teow goreng chinese style Pak Tam. Libur bertanyakan kepada Pak Tam, apa ramuan yang beliau letak dalam masakannya. Jawab Pak Tam, sos kicap yang digunakan untuk menggoreng kuew teow itu tadi mempunyai ramuannya yang tersendiri berupa sos tiram, kicap dan dua lagi bahan yang beliau rahsiakan sebab bahan rahsia itulah yang menjadikan kuew teow goreng chinese style beliau cukup terkenal dikalangan orang kampung.

Kari Kepala Ikan Salmah dan Kuew Teow Goreng Pak Tam: Dua Hidangan Lokal Yang Popular Di Mambang Di Awan, Perak
Ini la kuew teow goreng chinese style yang selalu orang lokal di Mambang Di Awan pesan. Sedap sebab menggunakan resipi rahsia Pak Tam.
Kari Kepala Ikan Salmah dan Kuew Teow Goreng Pak Tam: Dua Hidangan Lokal Yang Popular Di Mambang Di Awan, Perak
Nasi goreng sotong. Highly recommended.
Kari Kepala Ikan Salmah dan Kuew Teow Goreng Pak Tam: Dua Hidangan Lokal Yang Popular Di Mambang Di Awan, Perak
Char kuew teow goreng Pak Tam. Layan ohh.
Kari Kepala Ikan Salmah dan Kuew Teow Goreng Pak Tam: Dua Hidangan Lokal Yang Popular Di Mambang Di Awan, Perak
Mee kari pun antara repeated order by customer di warung Pak Tam.
Kari Kepala Ikan Salmah dan Kuew Teow Goreng Pak Tam: Dua Hidangan Lokal Yang Popular Di Mambang Di Awan, Perak
Sup fishball.

Tapi Pak Tam tak kedekut ilmu. Beliau kata kepada Libur, sekiranya ada sesiapa yang nak belajar resipi rahsia tersebut, datang sahaja ke kedai beliau. Insha’Allah beliau akan turunkan semuanya kepada yang sudi belajar, dengan syarat, “jangan buka kedai sebelah kedai beliau sahaja,” ujar Pak Tam berseloroh.

Usaha tangga kejayaan pesan Pak Tam

Berborak pasal resipi rahsia itu tadi, Pak Tam bagitahu beliau sendiri menuntut daripada kawan beliau sejak tahun 1990. Pernah dalam pengalaman Pak Tam, masakan yang beliau masak tu dibuang keluar tingkap sebab tak sedap. Macam itu lah asam garam Pak Tam dalam menuntut ilmu untuk mendapatkan resipi masakan.

Kari Kepala Ikan Salmah dan Kuew Teow Goreng Pak Tam: Dua Hidangan Lokal Yang Popular Di Mambang Di Awan, Perak
Pak Tam bersama pekerja warung merangkap anak dan sanak-saudara beliau.

Selepas beberapa tahun baru beliau dapat resipi tersebut berserta teknik menggoreng kuew teow yang terbaik untuk menjadikan kuew toew goreng itu tadi lebih sedap berbanding biasa.

Pesan Pak Tam, selain daripada resipi, teknik memasak itu juga kena betul, barulah masakan kita itu tadi menjadi

Kepada sesiapa yang terasa nak singgah ke kedai Pak Tam, boleh sahaja Waze Kedai Koperasi Haji Dahlan, Mambang Di Awan, Perak dan waktu operasinya adalah dari pukul 4 petang sampai 10 malam. Hari Selasa sahaja kedai Pak Tam tutup.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI