“Kedah Best Street Food 3.0” adalah karnival yang diadakan dengan tujuan untuk mengumpulkan pengiat industri makanan jalanan terbaik negeri Kedah dan bakal berlangsung pada 26 Oktober sehingga 29 Oktober 2017 bertempat di perkarangan Stadium Darul Aman.   

Memasuki siri ke-3, program ini ialah initiatif FORWARD KEDAH (Persatuan Pembangunan dan Kemajuan Masyarakat) yang bergiat aktif di dalam usaha mempromosikan industri pelancongan di Kedah dan mendapat sokongan penuh dari kerajaan Negeri Kedah.

Karnival ini menyajikan hampir 500 pilihan makanan dari 100 pengusaha makanan jalanan yang mengambil bahagian dan didatangkan dari ke semua 12 daerah di dalam negeri Kedah. Kategori makanan yang akandisediakan termasuklah, makanan tradisi negeri Kedah, makanan barat, hybrid dan fusion yang mana sudah pasti mampu menarik minat setiap pengunjung yang hadir. Antara makananyang disajikan ialah Cucur Udang Dua beradik, Teh Ais Gajah, Pisang Goreng Sarung, Cendol Raja, Gulai Batang Pisang, Kerabu Daging Mentah, Satay Semeling dan Nasi Lemak Lan.

Karnival yang ditaja oleh Millennial Gen SdnBhd –sebuah syarikat pengeluar makanan tambahan turut akan dimeriahkan dengan pelbagai acara sampingan seperti persembahan kesenian negeri Kedah, Charity Ride oleh beberapa kelab permotoran untuk membantu beberapa buah Sekolah Tahfiz dan Rumah Orang Tua di sekitar negeri Kedah.

IKLAN

Di karnival ini juga, majlis pelancaran produk Millennial Gen Sdn Bhd iaitu “HarumMalam, Moeder dan yang terbaru Jolie” bakal diadakan.Syarikat millennial Gen Sdn Bhd juga sedang rancak mencari agen dan stokis di seluruh Malaysia.Selain itu ruang ilmiah seperti Forum Perdana, Bual Bisnes oleh Amanah Ikhtiar dan tip kawalan penggunaan media sosial pada kanak-kanak juga disediakan oleh Pusat Internet 1 Malaysia.

YB Dato Hj Mohd Rawi Abd Hamid selaku Exco PelanconganNegeri Kedah berkata “Kerajaan negeri yakin dengan adanya program seperti ‘Food Trail’ ini pasti mampu menarik minat lebih ramai pelancong tempatan untuk berkunjung ke negeri Kedah serta dapat mencuba dan merasai sendiri makanan yang terdapat di negeri Kedah ini”

IKLAN

Menurut beliau lagi, kerajaan negeri sangat komited dalam membangunkan industri pelancongan di negeri Kedah dan yakin program seperti ‘Karnival Best Street Food 3.0’ adalah satu usaha bertepatan bagi membantu merancakkan lagi industri pelancongan, sekaligus dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

Pengerusi FORWARD KEDAH,Encik Khairil Hanafi berkata, ‘Kami yakin Karnival Best Street Food 3.0’ini bertepatan dengan usaha Kementerian Pelancongan Malaysia dalam mempromosikan pelancongan dalam negara melalui kempen #dekatje. Karnival ini juga bersesuaian buat mereka yang ingin mengetahui dengan lebih dekat lagi sejarah makanan di dalam negara terutamanya negeri Kedah. Berdasar kepada penganjuran sebelum ini, kami di pihak FORWARD KEDAH percaya program pada kali ini dapat menarik lebih dari 30,000 pengunjung sepanjang empat hari karnival ini dijalankan”

IKLAN

Selainitu, pihak FORWARD Kedah juga telah bekerjasama dengan Hotel Fuller dan Hotel Holiday Villa dengan menyediakan pakej cuti sambil makandi Kedah dengan kadardari RM 150 semalam untuk seisi keluarga yang diuruskan oleh Ikhlas Holiday sempena Karnival Best Street Food 3.0.

 

 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI