•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Jerman meliputi kawasan seluas 357,021 kilometer persegi dan mempunyai iklim bermusim yang agak sederhana. Dengan kira-kira 82 juta penduduk, Jerman adalah negara Eropah paling ramai penduduk.

Selepas Amerika Syarikat, Jerman adalah destinasi imigresen kedua paling popular di dunia. serta memiliki ekonomi ke-4 terbesar di dunia. Sebagai peneraju global dalam beberapa sektor perindustrian dan teknologi, ia adalah pengeksport dan pengimport barangan ketiga terbesar di dunia.

Pengarah Pemasaran & Jualan Pelancongan Nasional Jerman sektor ASEAN, Chun Hoy Yuen berkata, “Sepanjang 2010 hingga 2016, pelancong dari Malaysia ke Jerman meningkat dari 4.6 juta ke 6.1 juta. 9% kedatangan ke Eropah dan 14% ke Jerman menjadikan Jerman negara Eropah ketiga popular bagi pelancong Malaysia.”


Chun Hoy Yuen

“Pada 2015, lebih 2.8 juta perjalanan ke Eropah datangnya dari empat negara utama Asia Tenggara; Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand. 478,000 daripada jumlah tersebut melawat Jerman,” ujar beliau lagi.

 

Budaya & alam semulajadi
Seni kebudayaan dan alam semulajadi adalah dua tarikan utama pelancong ke Jerman. Jerman miliki 42 tapak warisan dunia, 113 muzium seni, 6710 muzium dengan 115 juta pelawat setahun, dan lebih satu pertiga persembahan opera dunia dipentaskan di Jerman.

Elbe Riverbank, Dresden, Germany

Bandar utama Jerman, Berlin antara tumpuan utama pelancong dengan senireka bangunan moden dan tradisional yang juga boleh dilihat di Hamburg, Cologne,Bavaria, Munich,Frankfurt, Stuttgart, Düsseldorf, Leipzig, Bremen, Dresden, Hannover,Dortmund, Essen dan Nuremberg. Sementara pekan kecil popular dengan rekaan bangunan kayu balak dan suasana romantik yang merupakan tarikan bagi pelancong.

Jerman terkenal dengan istana lama binaan zaman medivel. Binaan dari batuan besar dan pintu berjeriji besi, kebanyakan istana popular berada di Bavaria, dengan istana Neuschwanstein, Nuremberg atau Coburg Fortress. Ada antara istana ini menyediakan ruang untuk bermalam jika anda mahu.

Image result for neuschwanstein castle

Istana Neuschwanstein

 

Kempen pesta makanan Jerman 2018 juga faktor utama tarikan ke sini. Pretzel, potato salad, mashed potato, dan pelbagai jenis roti yang popular antara hidangan utama di sini. Jangan risau soal makanan halal kerana di Jerman terdapat makanan halal seperti seperti kebab, ayam panggang halal dan nasi goreng yang dijual oleh penduduk Jerman berbangsa Turki, Pakistan, India mahupun komuniti Islam lain yang membentuk 5% dari jumlah keseluruhan penduduk.

Kartoffelknoedel (German Potato Dumplings)

Jerman negara empat musim dengan setiap satu musim menjadi pilihan untuk pelancong. “Ada pelancong menggemari suasana sejuk dan salji ketika bulan Disember serta bersama dengan kemeriahan Hari Krismas di sini. Namun waktu terbaik ketika musim panas atau luruh di mana anda boleh akses ke banyak lokasi menarik,” tambah Hoy Yuen.

 

Pusat teknologi
Bagi penggemar teknologi automotif, anda boleh memilih pilihan pakej pelancongan ke pusat Mercedes Benz, BMW, Volkswagon, Audi atau Porsche, atau sewa kenderaan di sana dan memandu tanpa had laju di beberapa bahagian lebuhraya Autobahn yang popular tanpa had laju atau pakej ke beberapa siri perlumbaan di Jerman atau sewa kenderaan dan memandu di litar ternama dunia, Nurburgring.

Tunggu apa lagi? Jom Jerman!

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: