Sekiranya anda ingin menginap di hotel yang biliknya luas serta harga yang berpatutan, M Suites Hotel Johor Bahru boleh dipertimbangkan. Terletak di Jalan Skudai, Straits View berdekatan Danga Bay, ialah pilihan hotel terbaik untuk semua pengunjung.

Lokasi hotel yang tidak berapa jauh dari bandar memudahkan pengunjung. Disebabkan kelebihan itulah, hotel yang mempunyai panorama indah menghadap Selat Teberau, M Suites saban minggu sentiasa dikunjungi pengunjung terutama membabitkan tempahan persendirian, agensi kerajaan serta syarikat swasta.

Malah menjadi tarikan pengunjung dari Singapura mungkin kerana harganya serta lokasi yang tidak berapa sibuk. Pendek kata hotel ini sering menjadi tumpuan pengunjung kerana keselesaan yang ditawarkan.

Bilik istimewa untuk pengunjung

Pihak pengurusan hotel sentiasa mementingkan kepuasan layanan terhadap setiap pengunjung setimpal dengan harga yang dilaburkan. Lazimnya pengunjung yang berkunjung ke hotel mahukan ruang bilik yang luas untuk seisi keluarga.

Menyedari hakikat itu, M Suites menawarkan ruang bilik yang sangat selesa berbanding hotel setaraf lain di Johor Baru. Sebagai contoh, The Premier studio  dan  The Premier Executive Suite sangat luas serta menjanjikan keselesaan untuk pengunjung berehat dengan santai.

IKLAN

Pengurusan M Suites sentiasa prihatin dengan pelanggannya, termasuk golongan kurang upaya (OKU). Hotel ini menyediakan biliknya yang bersifat mesra OKU, terutama pemasangan tiang pemegang bagi memudahkan pelanggan istimewa itu bergerak di dalam bilik dan tandas.

Bagi memberi kepuasan kepada pengunjung, M Suites membuat pengubahsuaian dan penambahbaikan bilik penginapan dengan sentuhan urban resort. Ia dilakukan secara berperingkat membabitkan ubah suai perabot, langsir, katil, tandas dan kekemasan bilik secara menyeluruh.

Kemudahan

IKLAN

Keistimewaan hotel itu tidak hanya terletak pada biliknya, malah mempunyai pelbagai tarikan lain. Terkenal dengan keenakan menu makanan di dua restorannya iaitu Myra Bistro dan Ming Court, masing-masing menawarkan masakan tradisional dan barat, serta masakan ala Cina yang dijamin halal bagi pengunjung beragama Islam.

Tidak lengkap jika menginap di hotel itu tanpa mandi di kolam renangnya. Ini kerana, selain mempunyai ruang untuk dewasa dan kanak-kanak, keindahan pemandangan kolam renang itu yang menghadap laut menjadi tarikan.

M Suites juga sesuai sebagai lokasi mengadakan pelbagai majlis. Ini kerana, ia mempunyai tiga dewan besar dengan kelengkapan audio visual termasuk yang terbesar boleh memuatkan kira-kira 350 orang, selain tujuh bilik mesyuarat.

IKLAN

INFO

– M Suites terletak menghadap Selat Teberau ke arah Singapura. Perjalanan ke hotel itu hanya mengambil masa lima minit dari Tambak Johor dan kira-kira 30 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai atau dari Plaza Tol Skudai.

– Mempunyai 133 Suite dan Premier Suites dalam empat kategori

– Kemudahan yang disediakan kolam renang, gimnasium, tempat letak kenderaan percuma, bilik karaoke, restoran, dewan besar dan bilik mesyuarat, perkhidmatan dobi, peti simpanan, katil tambahan dan katil bayi, surau, sejadah dan kerusi roda (bergantung kepada permintaan).

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI