Sebut saja KLCC, ramai yang membayangkan bangunan tertinggi di dunia bermula tahun 1998 hingga 2004 ini terdiri daripada lokasi untuk membeli-belah dan port lepak manusia urban. Jika ada yang bertanyakan tentang keistimewaan menara kebanggaan rakyat Malaysia ini, entri ini mungkin boleh membantu.

Taman KLCC

KLCC Mercu Malaysia Di Mata Dunia

Berkeluasan 50 ekar dan menjadi lokasi sesuai utnuk beriadah seisi keluarga ini membolehkan pelawat melihat sendiri menara secara dekat. Anda boleh melihat menara yang sentiasa berkilat ini.

Tasik Simfoni

KLCC Mercu Malaysia Di Mata Dunia

Dikenali sebagai The Symphony Lake yang terletak di belakang Taman KLCC, anda boleh melihat sendiri pancutan air menari yang berlangsung selama 20 minit pada waktu tengahari dan petang.

Masjid As Syakirin

KLCC Mercu Malaysia Di Mata Dunia

IKLAN

Reka bentuk Asia Timur ini merupakan idea rekaan seorang juru ukir Uzbekistan. Kemudahan masjid ini memberi peluang pelawat tidak terlepas menunaikan kewajipan.

Skybridge

KLCC Mercu Malaysia Di Mata Dunia

Jangan lupa singgah ke jambatan langit yang menghubungkan dua menara Petronas ini di tingkat 41 dan 42. Kemasukan percuma dan dikatakan hampir 1000 tiket masuk diberikan setiap hari. Meskipun anda hanya boleh berada di situ selama 10 minit tetapi ianya pengalaman yang berbaloi untuk melihat persekitaran.

Petrosains

KLCC Mercu Malaysia Di Mata Dunia

IKLAN

Jika anda tercari-cari lokasi sains interaktif untuk anak-anak, Petrosains adalah lokasi sesuai untuk kanak-kanak yang ingin mempelajari tentang lukisan cahaya, nanoteknologi dan banyak lagi.

Galeri Seni Petronas

KLCC Mercu Malaysia Di Mata Dunia

Anda tidak akan pernah rugi jika berkunjung ke galeri seni yang banyak menempatkan pameran-[ameran menarik dan popular seluruh dunia.

Suria KLCC

IKLAN

KLCC Mercu Malaysia Di Mata Dunia

Merupakan satu-satunya destinasi buat si kaki ‘shopping’ barangan mewah dan berjenama di Kuala Lumpur. Suria KLCC mempunyai keluasan 1.5 juta kaki persegi mungkin membuatkan anda tidak cukup masa untuk masuk setiap butik pada satu hari!

FUN FACTS!

Fakta Menarik Menara Berkembar Petronas

  • Menara Berkembar Petronas ini asalnya bangunan tertinggi di dunia namun gelaran ini ‘dirampas’ semenjak pembinaan Taipei 101.

KLCC Mercu Malaysia Di Mata Dunia

  • Terdapat 88 tingkat.
  • Direka oleh seorang arkitek bernama Cesar Pelli iaitu berasal dari Argentina-Amerika.

KLCC Mercu Malaysia Di Mata Dunia

  • Bahan utama yang digunakan untuk pembinaan menara ini adalah konkrit tetulang manakala kaca adalah direka bentuk menyerupai motif seni Islam.
  • Ketinggian menara ini adalah 451.9m sama dengan 1438 kaki.

KLCC Mercu Malaysia Di Mata Dunia

  • Menara ini mempunyai 32,000 tingkap.
  • Syarikat utama yang terdapat di menara ini adalah syarikat minyak nasional Malaysia.
  • Accenture, Al Jazeera English, Carigali Hess Bloomberg, Boeing, IBM, Khazanah Nasional Berhad, McKinsey & Co, TCS, Krawler Networks, Microsoft dan Reuters adalah antara syarikat yang pernah menyewa di ruang pejabat menara ini.

KLCC Mercu Malaysia Di Mata Dunia

  • Pelawat hanya dibenarkan masuk sehingga ke tingkat 41 sahaja.

Ini mungkin hanya sedikit fakta yang diberikan tetapi kami percaya lawatan anda ke Menara berkembar Petronas ini membolehkan anda melihat sendiri untuk memperoleh banyak maklumat. Sekurang-kurangnya, jika pelancong bertanyakan sesuatu, anda mempunyai maklumat menarik untuk disampaikan!

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI