Kolam Larangan Rahsia Blue Lagoon, Puchong

Kolam ni KAWASAN LARANGAN. Tapi ramai je langgar arahan ini. Video ni nak tunjuk cantik kolam ni. LIBUR tak galakkan pencerobohan di sini.Baca lanjut >>>> http://wp.me/p8Mjjj-uFVideo: Kimn Chan#libur #bluelagoon

Posted by Majalah Libur on Tuesday, 6 June 2017

Inilah kolam larangan BLUE LAGOON yang dalam di Puchong. Tak boleh mandi, risiko sendiri.

KOLAM LARANGAN BLUE LAGOON PUCHONGLokasi Hutan Simpan Ayer Hitam hanya sekangknag kera kerana pembangunan melampau

Puchong; bandar padat, sesak pesat dengan penduduk serta bangunan yang bermacam bentuk. Tersepit di tengah penusuran arus pembangunan dan penduduk, terpeliharanya Hutan Simpan Ayer Hitam.

Sedikit mengenai hutan ini: Juga dikenali sebagai Sultan Idris Shah Forestry Education Center (SISFEC) merupakan Hutan Simpanan Kekal yang diwartakan pada 1906. Ia diamanah kepada UPM selama 99 tahun bermula tahun 1996 sehingga 2095. Hutan ini dibawah tanggungjawab UPM bagi mengendalikan aktiviti berkaitan  pendidikan, penyelidikan, dan pengembangan.

IKLAN
KOLAM LARANGAN BLUE LAGOON PUCHONG
Daun pokok begerlapan pabila dillimpahi cahaya matahari      Foto: Jungleboy

 

Hutan Simpan Ayer Hitam berkeluasan asal 4,270.7hektar namun kini mengecil kepada 1182.07hektar akibat kepesatan pembangunan. Ia merupakan satu-satunya hutan pamah dipterokarp jenis kelat-kedondong yang masih wujud dalam keadaan sempurna di kawasan Lembah Klang. Ia mempunyai ekosistem unik dan kompleks.

KOLAM LARANGAN BLUE LAGOON PUCHONG
Batang pokok bergalur Ixonanthes Reticulata atau Inggir burong. Foto: Jungleboy

 

IKLAN

Dalam ketebalan hutan ini, wujud punca awal aliran Sungai Rasau. Di antara laluan punca air ini, terbentuk sebuah kolam sederhana besar yang popular dengan nama BLUE LAGOON. Sesuai dengan namanya, air biru kehijauan terhasil oleh pantulan langit dan hutan pada musim hujan manakala air kekuningan zamrud terjadi apabila musim kering . Kolam ini kelihatan cetek di penghujung, namun beransur gelap dan dalam di punca air terjun. Mengikut pegawai UPM, dikatakan paras dasar kolam ialah 13 meter serta dipenuhi batang dan dahan pokok.

 

KOLAM LARANGAN BLUE LAGOON PUCHONG

IKLAN
KOLAM LARANGAN BLUE LAGOON PUCHONG
Antara kolam BLUE LAGOON yang lebih kecil      Foto:Jungleboy
KOLAM LARANGAN BLUE LAGOON PUCHONG
Kepala air yang dirakam oleh Ariff Ammar

 

Air biru kehijauan ketika musim hujan.   Video:Jeff Lai


Orang Asli Temuan
yang telah menghuni kawasan hutan ini selama 400 tahun memiliki kisah tersendiri – Dikatakan dahulu terdapat seorang lelaki menyelam ke dasar kolam, namun tak timbul semula. Yang timbul hanyalah ususnya.

Apa yang pasti, kolam ini adalah DILARANG SAMA SEKALI untuk bermandi-manda. Ada pengawal UPM yang bertugas dan anda perlu KEBENARAN untuk melawati kolam ini. Namun masih ramai pengunjung yang ingkar pada arahan ini.

Meskipun begitu, hutan ini boleh dilawati dan aktiviti trekking boleh dilakukan orang awam.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI