Kompresor Kompak VAGO: Gadget Travel Yang Boleh Berikan Ruang Bagasi Lebih Besar Kepada Anda

Aktiviti percutian menjadi semakin popular pada hari ini dan pelancong gemar untuk menikmati budaya yang berbeza di pelbagai tempat dan mereka berhadapan pelbagai situasi semasa perjalanan. Selain dari bandar ke luar bandar untuk menikmati pemandangan yang indah, apa yang setiap pelancong mahukan adalah membawa pulang kenangan manis serta cenderahati yang banyak untuk rakan taulan.

Lebih ruang untuk cenderahati

Berikutan had saiz bagasi, bagaimana cara untuk membawa lebih banyak cenderahati balik ke tanah air? VAGO adalah satu peranti kecil yang boleh dibawa sepanjang perjalanan dan percutian dengan mudah. Ia boleh memampatkan pakaian secara automatik. Justeru, mewujudkan ruang tambahan dalam bagasi anda.

IKLAN

Kompresor Kompak VAGO: Gadget Travel Yang Boleh Berikan Ruang Bagasi Lebih Besar Kepada Anda Kompresor Kompak VAGO: Gadget Travel Yang Boleh Berikan Ruang Bagasi Lebih Besar Kepada Anda Kompresor Kompak VAGO: Gadget Travel Yang Boleh Berikan Ruang Bagasi Lebih Besar Kepada Anda Kompresor Kompak VAGO: Gadget Travel Yang Boleh Berikan Ruang Bagasi Lebih Besar Kepada Anda

Lebih ruang lebih kompak

IKLAN

Untuk pengetahuan anda, pakaian, beg dan bahan-bahan lembut menggunakan sebahagian besar ruang dalam bagasi, kerana kebanyakan bahan-bahan ini terisi oleh angin. VAGO ini menyedut angin yang ada dalam bagasi anda dan menggunakan pemampat vakum untuk mengeluarkan angin daripada pakaian, untuk mendapatkan lebih banyak ruang dalam bagasi.

IKLAN

Alat kecil berkuasa tinggi

Dengan satu alat yang kecil, anda boleh mengecilkan barang-barang yang lembut seperti pakaian dan tuala ke dalam bekas vakum, sama ada untuk mengasingkan yang bersih daripada yang kotoratau untuk memberikan ruang yang lebih luas dalam bagasi anda ketika benar-benar diperlukan. VAGO ini cukup mudah digunakan; hanya dikuasakan mengguna pot mikro USB dan mampu membantu untuk masukkan pakaian anda ke dalam beg yang lebih kecil. Sensor pintar VAGO secara automatik berhenti apabila proses memvakum selesai dilakukan.

Kompresor Kompak VAGO: Gadget Travel Yang Boleh Berikan Ruang Bagasi Lebih Besar Kepada Anda Kompresor Kompak VAGO: Gadget Travel Yang Boleh Berikan Ruang Bagasi Lebih Besar Kepada Anda Kompresor Kompak VAGO: Gadget Travel Yang Boleh Berikan Ruang Bagasi Lebih Besar Kepada Anda Kompresor Kompak VAGO: Gadget Travel Yang Boleh Berikan Ruang Bagasi Lebih Besar Kepada Anda Kompresor Kompak VAGO: Gadget Travel Yang Boleh Berikan Ruang Bagasi Lebih Besar Kepada Anda

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI