• 14
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    14
    Shares

 

Kuala Lumpur telah dipilih menjadi tuan rumah Global Summit on Urban Tourism edisi ke 6 dari 4 hingga 6 Disember 2017.

Kuala Lumpur baru-baru ini diiktiraf dalam laporan Euromonitor International sebagai bandar ke-10 paling kerap dikunjungi di dunia, mengalu-alukan perwakilan tempatan dan antarabangsa pada sidang kemuncak di Majestic Hotel.

Para jemputan termasuk pemimpin dunia pelancongan, pembuat dasar peringkat tinggi, pakar dari sektor awam dan swasta, ahli akademik, pihak berkuasa tempatan, perancang bandar dan arkitek. Mereka berada di sini untuk bertukar idea dan pengalaman serta meningkatkan lagi pembangunan pelancongan.

Kuala Lumpur adalah bandar ke-6 menganjurkan GSUT selepas Luxor, Mesir (2016); Marrakech, Maghribi (2015); Barcelona, ​​Sepanyol (2014); Moscow, Russia (2013); dan Istanbul, Turki (2012).

Tersenarai sebagai destinasi ke-5 beli-belah terbaik dunia pada 2016 oleh Expedia UK, Kuala Lumpur popular di kalangan pelancong antarabangsa bagi destinasi berbaloi serta infrastruktur dan kemesraan rakyatnya.

Kuala Lumpur telah berkembang dari pusat  perlombongan  ke bandar kosmopolitan dengan bangunan pencakar langit yang menjulang tinggi, infrastruktur moden dan perkhidmatan pengangkutan dan komunikasi yang cekap.

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: