Oleh kerana kerajaan membenarkan aktiviti berbuka puasa tetapi mengikut prosedur SOP ditetapkan, jadi pasti ramai mengambil kesempatan untuk berbuka di luar.
Inilah masanya untuk bersedekah dengan membelanja ahli keluarga sambil merapatkan silaturrahim antara satu sama lain.
Bagi mereka yang ingin berbuka di luar, Libur ingin cadangkan hotel dan restoran yang menawarkan pelbagai pakej Ramadan menarik di sekitar Lembah Klang.
Kebanyakannya menawarkan harga mampu milik. Namun diingatkan untuk berbuka di sini perlu membuat tempahan dahulu kerana takut penuh lebih-lebih ketika cuti hujung minggu.
Penemuan Tengkorak Manusia dan Lukisan Purba oleh Persatuan Mendaki Perlis baru-baru ini merupakan fakta baharu dan data penting kepada pembinaan kronologi sejarah negara yang menjadi bukti kehadiran masyarakat prasejarah dan protosejarah negeri Perlis.
Satu eksplorasi arkeologi telah dijalankan oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) yang diketuai oleh Pesuruhjaya Warisan, Encik Mohd. Azmi bin Mohd. Yusof bersama-sama Kerajaan Negeri Perlis dan Persatuan Mendaki Perlis.
Eksplorasi ini bertujuan melaksanakan pendokumentasian dan inventori tapak bagi memperoleh data arkeologi terkini tapak di samping menjalankan survei dengan lebih lanjut sebarang kemungkinan jumpaan artifak yang masih belum diterokai oleh penyelidik terdahulu.
Berdasarkan kajian lepas yang telah dibuat di sekitar gua-gua di Perlis, serpihan rangka dan tengkorak yang dijumpai di Bukit Keteri boleh dianggarkan sekitar 10,000 hingga 5,000 tahun lalu.
Gua-gua di Perlis terutamanya di kawasan Bukit Chuping, Bukit Tunku Lembu, Bukit Ngulang, Bukit Kerengga dan Bukit Changkul telah digunakan sebagai tapak penempatan dan pengebumian masyarakat paleolitik dan neolitik berdasarkan jumpaan artifak pelbagai jenis alat batu dan tembikar tanah.
Kawasan ini bukan sahaja didiami oleh masyarakat prasejarah, malah pernah dihuni oleh masyarakat zaman proto-sejarah di mana artifak seperti kalam semah (votive tablet) turut ditemui di kawasan ini.
Eksplorasi di Gua Semadong pula telah menemukan lukisan gua zaman proto sejarah yang mempunyai pengaruh Hindu-Buddha yang dianggarkan sekitar abad kelima hingga abad kesepuluh masihi.
JWN akan menjalankan ekskavasi dan dokumentasi lukisan purba di Gua Semadong serta kerja-kerja penyelamatan tengkorak manusia yang ditemui di Bukit Keteri. JWN juga akan meneruskan eksplorasi secara menyeluruh ke tapak-tapak yang berpotensi sebagai kawasan penyelidikan arkeologi Perlis.
Pesuruhjaya Warisan memohon kepada orang ramai agar mematuhi perundangan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (AWK 2005) (Akta 645) dengan melaporkan segera sebarang jumpaan bersejarah yang dijumpai di Perlis kepada Pegawai Daerah atau Pesuruhjaya Warisan seperti yang termaktub dalam Seksyen 47 AWK 2005.
Pesuruhjaya Warisan memohon kerjasama Pihak Berkuasa Negeri untuk melindungi tapak tersebut agar kawasan tersebut dipelihara dan dilindungi serta untuk tujuan dan kajian lanjut. Sumber : Jabatan Warisan Negara
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jika anda berminat nak jelajah ke negara Gohet Gostan, perlu tahu sedikit selok-belok untuk masuk ke sana. Ini akan memudahkan anda sepanjang perjalanan melihat tempat orang.
Jangan risau, boleh baca perkongsian saudara Mohd Nizam Zambari ini dulu, kemudian kalau nak tip penting boleh catat dulu. Senang nak bergerak dan berhenti di setiap lokasi.
Jelajah Negara Gohet Gostan
Pengembaraan ke negara-negara Gohet Gostan ini telah berlangsung pada
24 Aug – 11 Sept 2023 mengambil masa keseluruhannya 18 hari.
Trip kali ini terdiri seramai 36 orang mengembara ke 4 buah negara dengan jarak perjalanan beribu-ribu kilometer!
Kami mengunakan pelbagai mode pengangkutan seperti:
1. Kapat terbang
2. Keretapi
3. Van
4. Bas
5. Kuda
Sepanjang perjalanan ke 4 buah negara ini juga kami melintasi pelbagai pintu sempadan baik di bandar-bandar utama mahu pun bandar kecil disana.
Spot utama untuk trip kali ini adalah melawat kawah gas di Darvaza, Turkmenistan.
Semua negara kami lawati ini adalah majoritinya adalah orang-orang Islam dan ke semua bandar kecil atau bandar besar ada masjid di sekelilingnya.
UZBEKISTAN
Kami memulakan perjalanan 8 jam dari Kuala Lumpur ke bandar Tashkent, Uzbekistan. Negara ini sememangnya terkenal di kalangan rakyat Malaysia kerana terdapat beberapa Mausoluems yang cantik disini.
Orang-orang Uzbekistan lebih bersifat terbuka kerana mungkin mereka lebih mesra pelancong.
Matawang mereka di kenali sebagai SOM dan harga makanan boleh di katakan agak murah jika di bandingkan dengan 3 negara Stan yang lain.
Cuma anda perlu pandai bermain dengan digit-digit perpuluhan ataupun ratusan ribu SOM mereka.
Spot yang kami sempat terjah:
1. Old City, Khast-Imam Complex, Barak-Khan Madrasah, Tillya Sheykh Mosque
Saint Abu Bakr Kaffal, Shashi Mausoleum.
2. Chimgan Mountains
3. Charwalk Valley
4. Ichan-Qala Fortress (UNESCO World Heritage).
5. Juma Mosque, Allakulikhan Madrasah, Tosh-Khovli Palace, Madrasah of Hodjan Berdi-biya, Shirgazikhan Madrasah, Abdullakhan Madrasah, Kunya-Ark, Sayeed Alauddin Mausoleum, Arab-Mukhamadkhan Madrasah, Oq-Masjid Mosque, Pakhlavan Makhmud Mausoleum, Minaret of Islom-Khoja
6. Chorsu Bazaar
7. Sitorai Mokhi Kosa, Chor-Bakr Necropolis
8. Mausoleum Bakhouddin Naqshbandi
9. Registan Square, Gur Emir Mausoleum Siab Bazaar Ulugbek Observatory
10. Shakhi Zinda Necropolis and Afrasiab Museum, Tomb of Saint Daniel
TURKMENISTAN “NORTH KOREA OF CENTRAL ASIA”
Negara tertutup jajahan Rusia ini memang terkenal dengan keluasan padang pasir. Bahasa utama mereka gunakan adalah Rusia (nyeet-nyeet) dan Turkmen.
Bandar putih mereka dikenali sebagai ASHGABAT dan hanya kenderaan putih, bersih saja dibenarkan untuk memasuki bandar ini. Pelik betul.
Jangan terkejut dengan kadar kelajuan pemanduan maksimun di dalam bandar ini sekitar 50-60km/j!
Kesemua bangunan, kereta, lori dan juga basikal mereka berwarna putih bersih. Disini kami disambut umpama selebriti K-POP kerana ada jer rakyat Turkmenistan
yang ingin bergambar dengan kami.
Mata wang mereka dikenali sebagai MANAT dan harga makanan juga boleh tahan mahal. Tiada akses MEDSOS kami perolehi sepanjang 3 malam disana.
Rakyat Malaysia memerlukan visa untuk masuk ke Turkmenistan dan proses visa adalah sangat rumit. Owh ya, mesej saya untuk bantuan urusan visa Turkmenistan
Mereka amat menghormati kuda dan tidak hairan lah sepanjang kami disana, mereka cukup kagum dengan binatang tersebut.
Antara tempat lawatan yang sempat kami terjah:
1. Darvaza gas crater
2. Mausoleums of Turabek-Khanym, Sultan Tekesh, Sultan Il Arslan, Hazrat Najmuddin-Kubra, Sultan Ali
Kutlug Timur Minaret and Kyrk Molla Hill
3. Old Nisa, Turkmenbashi Mosque-Mausoleum, Monument of Neutrality, Ertugrul Gazi Mosque,
4. Akhalteke horse stables/complex
Anda boleh dikenakan penjara 2 minggu dan di buang keluar negara sekiranya anda berpelesiran dengan wanita Turkmenistan!
KAZAKHSTAN
Satu lagi negara jajahan Soviet ini agak terkenal dengan senibina bangunan lama era pemerintahan Soviet. Matawang mereka dikenali sebagai Tenge, dan harga makanan lebih kurang sama di Uzbekistan.
Negara Kazakhstan ini juga amat terkenal dengan taman negara mereka yang cantik.
Antara tempat lawatan yang sempat kami terjah:
1. Town citadel, 19th-century mosque, 19th-century park, Soviet-architectural buildings.
2. Sayram Ugam Reserve Park
3. Turkestan Azret-Sultan Historical – Architectural Complex – Khoja Ahmad
Yasawi Mausoleum, Turkestan Town Necropolis, Oriental Baths, and Underground Mosque.
4. Almaty, Green Bazaar, Panfilov Park, Zenkov Cathedral, Memorial of Glory and Eternal Flame.
5. Charyn Canyon
6. Kolsai Lake
7. Kandy Lake
KYRGYZSTAN
Sebutan betul ini agak pelik, di mana anda perlu mengeluarkan sedikit kahak untuk mendapatkan tune sebutan yang betul!
Satu lagi negara yang kami wajib sampai kerana terdapat kawasan gunung ganang dan pemandangan superb di sekelilingnya.
Matawang mereka adalah SOM. Tetapi tidak la sama dengan SOM Uzbekistan. Negara yang mempunyai bilangan kuda yang banyak dari manusia ini adalah negara yang cukup cantik secara jujurnya.
Antara tempat lawatan yang sempat kami terjah:
1. Prjevalsky museum
2. Dungan Mosque
3. Issyk–Kul Lake (Second largest alpine lake in the world!)Son Kul is a high alpine lake in Kyrgyzstan
4. Jetty-Oguz the Seven Bulls Gorge and Broken Heart rock.
5. Skazka Canyon (“Fairy Tale”) Canyon
6. Son Kul Lake
7. Burana Tower architectural complex (X-XIII century)
Kami berpeluang bermalam di yurt tasik Son Kul (High alpine lake in Kyrgyzstan!) Dan serius sangat-sangat lawa di sini.
Saya dan group berkesempatan menikmati hidangan kambing biri-biri secara bbq. Super Sedap!
Secara ringkasnya trip 18 hari kali ini sememangnya tidak puas kerana tempat2 lawatan yang berada agak begitu jauh. Percaya atau tidak secara hariannya kami
semua perlu bangun jam 4 pagi untuk bersiap bagi solat subuh dan menyediakan makanan ringkas kemudian bersedia berangkat ke lokasi lawatan yang lain.
Negara-negara ini juga mempunyai banyak monumen Unesco World Heritage Site. Jangan risau kalau anda ter’missed’ trip Gohet Gostan 2023,
Boleh jadikan artikel ini sebagai panduan anda yang ingin travel ke sana di masa akan datang. Selamat menjelajah!
Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang terkini, MASwings merancang untuk mengembalikan semula frekuensi penerbangan termasuk yang digantung, kembali kepada normal dalam empat fasa seperti yang dikehendaki oleh Perjanjian Obligasi Perkhidmatan Awam (PSO), mulai 10 Jun 2020 hingga 27 Mac 2021.
Walaupun pengenaan serta Prosedur Pengendalian Standard (SOP) PKPP adalah lebih longgar, permintaan untuk perjalanan udara di Sabah dan Sarawak masih belum menunjukkan sebarang pertumbuhan yang ketara, dengan itu jadual penerbangan semasa yang dilaksanakan sejak PKP akan kekal sehingga 30 Jun depan.
Bagaimanapun, berdasarkan kepada tempahan sedia ada untuk tempoh enam bulan akan datang termasuk jangkaan trafik penumpang yang lebih besar jika lebih banyak perniagaan dan industri pelancongan dibuka, MASwings memutuskan untuk mengembalikan frekuensi penerbangan secara beransur-ansur melalui empat fasa. Pengembalian jadual operasi semula yang dirancang bagi seluruh Sabah dan Sarawak telah menerima kelulusan dan sokongan daripada Kementerian Pengangkutan.
MASwings juga menambah akan terus komited terhadap peranannya dalam menyediakan perkhidmatan penerbangan untuk rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan di bawah PSO serta bersedia mengkaji semula pelannya dari masa ke semasa, tertakluk kepada permintaan tempatan dan operasi sedia ada.
Untuk maklumat terbaharu dan kemas kini jadual penerbangan serta frekuensi atau pertanyaan lain, pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol MASwing di 1 300 88 3000 termasuk melawat laman web rasmi di www.maswings.com.my