Sêrtar County @ Serthar County ialah daerah Wilayah Sichuan, China. Ia antara 18 daerah di bawah pentadbiran Wilayah Autonomi Garzê Tibetan, yang meliputi keluasa 9340 kilometer persegi. Sêrtar bermaksud ‘kuda emas’ dalam bahasa Tibet, mengunjur ke selatan Tibetan Plateau dan dirangkumi dalam sejarah rantau Kham. Populasi majoriti ialah penduduk Tibet, dan selebihnya Cina Han.
Sêrtar terdiri daripada 17 pekan dan 66 kampung. Ia merupakan pusat Institusi Buddha Larung Gar, institusi Buddha Tibet terbesar di dunia. Institusi ini diasaskan oleh Lama Jigme Phuntsok pada 1980. Bermula hanya beberapa sami, kini menempatkan lebih sepuluh ribu sami dan pengikut dari serata dunia. Kebanyakan sami menghabiskan enam ke tiga belas tahun latihan di sini. Institusi ini, terbahagi kepada dua segmen dan terbentang beberapa kilometer, terletak dalam lembah sekitar 15 kilometer dari pekan Sêrtar. Permit kadang kala diperlukan bagi pelancong untuk memasuki institusi ini.
Kedudukan Sêrtar amat terpencil, dan anda memerlukan setengah hari memandu dari Chengdu melalui Maerkang. Boleh juga melalui Xining, pusat Qinghai. Sêrtar terletak pada altitud 4,100 meter dari paras laut. Suhu sekitar 30 darjah celcius pada musim panas dan -25 darjah celcius ketika musim sejuk.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Egang-Egang Resort, Destinasi Waterhouse Yang Kurang Dipopularkan Tapi Memang Best Di Semporna
Ramai antara kita biasa membuat tempahan di resort yang telah dipopularkan di media sosial. Hingga kawasan percutian ini biasanya agak penuh dan sukar diperoleh. Tapi sebenarnya ada banyak resort dan waterhouse yang cantik di Semporna tapi kurang diberi pendedahan.
Antara yang menarik ialah Egang-Egang Resort, waterhouse di Semporna yang kurang dipopularkan tapi viewnya yang ohsem. Lebih best, ownernya sangat peramah dan masakan juga sangat sedap. Bacalah perkongsian dari Joehan Latif yang berkongsi kenangan ini fbnya.
Hai saja nak share Trip 4D3N ke Semporna 6-9 September 2019. Percutian ni cover 8 Pulau sekitar Semporna.
Ramai yang dah tahu Semporna salah satu tempat percutian indah bagi pencinta laut dan pantai kan? So hari ni aku saja nak kongsi Water-house yang kurang dipopularkan di Semporna ni. Just incase korang berminat untuk percutian korang akan datangkan?
Selalu kalau orang datang Semporna akan terus menuju dekat Lato2 Resort / Seahorse & etc kan? *bukan tujuan nak membandingkan mana-mana waterhouse ya ni.
Tapi sebenarnya agak banyak water-house lain yang korang boleh cuba. Contohnya Egang-Egang Resort yang aku cuba kongsikan ni.
Antara pengalaman yang aku boleh kongsikan di Egang-Egang Resort ni:-
- Pemandangan superb weyh. Berhadapan dengan Bohey Dulang & kau boleh mandi depan & belakang waterhouse. Jangan risau waterhouse ni dilengkapi toilet yang ada sistem piping. Jadi tak adalah kau mandi tiba-tiba terjumpa “emas” ke apa.
- Ketenangan & sunyi – sebab tak ramai time aku menginap dekat waterhouse ni. Jadi yang ada beberapa guest & anak-anak owner (rasa macam family). Keluarga owner ni peramah.
- Bilik dilengkapi katil & tilam yang selesa. Tapi bagi bilik dua orang agak kecil dan kalau tak ramai tetamu boleh bincang dengan makcik iaitu owner waterhouse ni untuk tukar ke bilik yang besar sikit (makcik ni sangat tolerable la pada aku). Hah lagi satu bilik dekat sini basic amenities yer. So jangan expect macam hotel.
- Ok yang ni paling best. Part makan. Makcik ni mmg masak banyak gila & if kalau korang rasa tak cukup makcik tu akan masak lagi (tapi takkan tak cukup kot banyak makcik tu masak).
Tiap kali lepas masak & masuk waktu makan makcik ni akan panggil kau, “Dik dah boleh makan. Rindu arwah mak plak tetiba.
Menu ketam, sotong tu macam makanan ruji dah. Pada tekak aku sedaplah. Petang-petang waktu lapang ada pisang goreng makan sambil tengok laut terbentang.Boleh imagine tak? Lepas tu ada guests yang masih lapar nak maggie pun makcik tu sediakan.
So itu adalah benda yang menarik la dekat waterhouse ni. Aku tak mampu nak buat perbandingan sebab aku tak tahu macam mana dekat waterhouse lain kan? So yang aku mampu buat, sekadar berkongsi benda yang menarik.
Kesimpulannya Egang-Egang Resort ni merupakan Waterhouse yang kurang di popularkan tapi berbaloi untuk di nginapi.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pulau Cebu Lokasi Percutian ‘Nature’ Pilihan Ramai Pelancong Ke Filipina
Filipina negara yang terkenal dengan panorama alam semula jadi yang indah. Antara lokasi yang menjadi tumpuan ramai ialah Pulau Cebu.
Keindahan lautan dan panorama pulaunya begitu menawan. Kunjungan ke Pulau Cebu pasti tidak mengecewakan boleh disifatkan satu percutian lasak buat penggemar aktiviti luar.
Lakukan Aktiviti Lasak Di Alegria
Alegria terletak di selatan Cebu dengan keluasan kira-kira 89.5 kilometer persegi dan mempunyai sembilan daerah pentadbiran kecil dipanggil Barangay. Menarik mengenai destinasi ini ialah kisah keindahan pemandangan ngarainya (canyoneering) terutama sekali air terjun yang sering dikongsi dalam media sosial.
Di Alegria, air terjun menjadi kawasan paling popular dan sering menerima kunjungan pelancong. Melihat air yang mengalir kebiru-biruan menjadi satu kepuasan sesiapa yang dapat menjejakkan kaki di sini.
Melihat Matahari Terbit Puncak Osmena
Jangan lupa singgah di puncak Osmena untuk merakam pemandangan matahari terbit. Lokasi ini cukup ideal buat peminat berswafoto apabila boleh merakam pemandangan sekitar kawasan.
Matahari Terbenam Di Tops Lookout
Tops Lookout membolehkan pengunjung melihat pemandangan indah terutama panorama Bandar Cebu yang memukau ketika matahari terbenam. Terdapat kemudahan teropong untuk melihat keseluruhan kawasan, dan kafe kecil untuk bersantai bersama yang tersayang.
Berenang Bersama Whale Shark Di Oslob
Oslob adalah lokasi tumpuan ramai pengunjung untuk melihat whale shark selain itu boleh juga lakukan aktiviti snorkel, berenang dan juga island hoping ke Pulau Sumilon.
Elak datang pada cuti hujung minggu, kerana ramai pelancong akan berasak-asak menunggu giliran untuk menaiki bot.
Pengusaha bot atau operator pusat pelancongan akan mengumpan mamalia terbabit dengan memberi makan agar ikan paus itu timbul menonjolkan diri. Operasi ini hanya berjalan pada waktu pagi sahaja dan berakhir sebelum 10 pagi. Anda perlu merancang jadual perjalanan anda dengan baik jika ingin melihat whale shark di Oslob.
Selam Skuba Di Pulau Pescador
Ia lokasi wajib untuk aktiviti ‘diving’ kerana keindahan taman laut yang mampu menggamit penyelam dari seluruh dunia untuk datang serta meneroka khazanah alamnya. Antara aktiviti lain boleh pengunjung lakukan ialah snokerling atau berkayak.
Sumber Foto: Google Image
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perasaan Sayu Menyelubungi, Tatkala Menoraka ‘Landasan Keretapi Maut’ Kanchanaburi
Kanchanaburi yang bermaksud batu permata terletak kira-kira tiga jam perjalanan dari Bangkok merupakan destinasi pelancongan di Thailand yang perlu dikunjungi.
Jika cuaca baik dan hari cerah, anda boleh melihat ramai pelancong sedang menyeberangi jambatan kereta api di Sungai Kwai, di wilayah Kanchanaburi, Thailand yang berlatar belakangkan landskap yang begitu indah. Jambatan itu begitu popular apabila sebuah filem Hollywood mengenainya diterbitkan pada tahun 1957 iaitu The Bridge Over the River Kwai.
Namun, bukan kerana filem itu sahaja ia begitu terkenal dalam kalangan pelancong tetapi kisah hitam yang pernah terpalit ditanah tersebut. Jambatan keretapi Sungai Kwai adalah sebahagian daripada Landasan Keretapi Maut yang menghubungkan Thailand dan Burma. Kanchanaburi bersempadan dengan Burma (Myanmar) dan pernah mempunyai laluan keretapi yang menjadi penghubung antara negara Thailand dan Myanmar.
Dahulunya ia digunakan untuk laluan askar Jepun dalam usaha melawan tentera British dan sekutu-sekutunya. Selepas perang tamat pada tahun 1945, landasan tersebut menjadi hutan belantara. Namun kini, ia menjadi tumpuan dunia untuk melawat.
Penindasan Kejam
Landasan kereta api Thailand- Burma yang digelar sebagai Landasan Maut ini, dibina dalam tempoh masa yang agak singkat oleh hampir 100,000 tahanan Perang Dunia Kedua serta buruh kasar. Pembinaan landasan sepanjang 415 kilometer itu dimulakan pada Oktober 1942 dan berakhir di Konkoita, utara Thailand pada Oktober 1943. Ia digunakan dalam rancangan serangan Jepun terhadap tentera Britain di India serta menguasai jalan dan ruang udara yang digunakan tentera bersekutu.
Rakyat Thailand juga pernah menjadi buruh landasan pada awal pembinaannya, namun ketegangan berlaku antara mereka dan tentera Jepun selepas pasukan keselamatan itu bertindak mengambil alih rumah-rumah ibadat sebagai tempat penginapan selain tidak menghormati sami Buddha tempatan. Semua pihak maklum bahawa tahanan perang serta buruh yang dipaksa menyiapkan landasan tersebut turut berdepan layanan buruk oleh tentera Jepun yang menyeksa mereka tanpa belas kasihan.
Mangsa sering dipukul dan tidak diberi bekalan makanan yang cukup, rawatan perubatan yang diperlukan atau masa rehat sewajarnya ketika pembinaan dilakukan. Sikap serta perbuatan ganas tentera Jepun itu menyebabkan ramai warga Thailand benci terhadap mereka lalu bertindak membantu tahanan perang yang terlibat dalam pembinaan landasan neraka itu.
Untuk pembinaan Jambatan Kereta api di atas Sungai Kwai saja dikatakan telah mengorbankan ribuan tawanan perang dan buruh paksa semasa mereka menjalankan kerja-kerja pembinaan jambatan dan landasan disekitarnya. Sepanjang tempoh tersebut seramai 16,000 orang tawanan perang dan lebih 100,000 orang buruh dari Asia meninggal dunia dan hilang. Angka sebenar orang-orang Asia terkorban tidak dapat dikesan dengan tepat kerana rekaod-rekod yang mengandungi maklumat ini telah dimusnahkan oleh pihak pentadbiran Tentera Jepun pada akhir Perang Kedua. Secara puratanya setiap kilometer landasan yang dibina itu menelan 38 nyawa manusia atau seorang meninggal dunia pada setiap ela jalan kereta api itu disiapkan.
Antara pekerjaan berat yang perlu dilakukan tahanan perang seperti menebang pokok-pokok besar, membersih kawasan laluan, meneres lereng-lereng bukit, menimbus kawasan-kawasan rendah, menyusun landas(sleeper), mengangkut rel kereta api, mengangkut batu-batu dan membina jambatan. Bayangkan betapa sukar dan tersiksanya mereka menjalankan kerja-kerja tanpa bantuan alat teknologi canggih dan hanya berbekalkan kudrat yang ada seperti mengangkat batu menggunakan tangan sahaja. Mereka hanya diberi makan sekali sehari iantu hanya menu nasi semangkuk. Buruh-buruh ditempatkan di rumah panjang iaitu bangsal buluh yang beratapkan daun sagu atau nipah dan berlantaikan buluh.
Setiap bangsal dimuatkan lebih kurang 100 orang. Mereka diarahkan membuat pelbagai kerja. Mereka dikawal oleh tentera Jepun dengan keras. Jika mereka melakukan kesalahan, lambat atau letih mereka akan dipukul dengan buluh, rotan atau di tampar. Selain daripada makan minum yang tidak mencukupi mereka juga menghidap pelbagai penyakit seperti demam malaria dan cirit birit. Ubat-ubatan tidak mencukupi dan kematian berlaku bila-bila masa. Buruh yang mati diisi ke dalam guni dan ditanam dimerata-rata tempat. Ada yang ditanam, dibakar atau dihanyutkan ke sungai.
Memperingati Mangsa Tahanan Perang
Terdapat sebuah tanah perkuburan berhampiran jambatan yang dibina pada era Perang Dunia Kedua itu iaitu Kanchanaburi War Cemetery. Ia merupakan tempat persemadian ribuan tawanan perang yang mati ketika bekerja membina landasan kereta api maut. Ia menempatkan 3,000 tentera bersekutu yang gugur di antara sempadan Myanmar dan Thailand itu. Banyak tugu yang mengandungi tulisan di tanah perkuburan itu dibiayai oleh Suruhanjaya Komanwel Tanah Perkuburan Perang yang beribu pejabat di Britain.
Tulisan tersebut berbentuk lirik lagu dan sajak merupakan bukti yang menyayat hati tentang peperangan yang pernah berlaku di sana.
Keperitan & Kesengsaraan
Pengunjung juga boleh ke Hellfire Pass untuk melihat sendiri kesan tinggalan peristiwa hitam yang berlaku ketika zaman penjajahan lalu. Terdapat slot tayangan video mengenai pembinaan landasan maut yang meruntun jiwa di Muzium Hellfire Pass. Bayangkan jika mereka itu sebahagian daripada ahli keluarga kita. Perit dan sangat sadis nasib yang menimpa mereka. Suasana pilu pasti terasa tatkala kaki menjejak laluan Konyu Cutting. Trek jalan kaki ini merupakan tapak asal sebahagian laluan landasan keretapi maut. Pelbagai kesan tinggalan tawanan perang boleh kelihatan. Kebanyakkan pengujung dan pelancong yang datang ke sini adalah warga Australia yang merupakan kenalan atau keluarga terdekat mangsa tahanan perang.
Pakej Keretapi
Boleh dikatakan kesan daripada peristiwa pembikinan landasan keretapi maut ini telah membawa ribuan pelancong berkungjung ke Kanchanaburi sekaligus ia tersenarai dalam destinasi yang perlu dikunjungi. Bentuk muka buminya yang indah dan diwarnai dengan pelbagai landskap menarik membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta kepada Kanchanaburi. Jangan lupa untuk mengalami sendiri perjalanan menaiki keretapi menyusuri landasan yang dibina oleh mangsa tahanan perang ini.
Kemudahan keretapinya kelihatan agak usang tetapi masih mempunyai kudrat yang diselenggara dengan baik untuk membawa pelancong mahupun penduduk tempatan merasai perkhidmatan kesan sejarah yang ditinggalkan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI