Anda nak ke bercuti ke pantai ?️? Pulau ?️? Naik gunung ⛰️? Join event basikal ?? Nak pergi casting memancing ?? Atau apa sahaja aktiviti yang terlintas semasa cuti, pastikan anda lindungi kulit anda dengan sunblock.

Kenapa Libur kata macam tu? Sebab, keadaan atmosfera bumi sekarang dalam keadaan tidak sihat. Penipisan lapisan ozon menyebabkan sinaran ultra unggu atau ultra violet (UV) yang bahaya dari matahari ☀️ singgah terus ke permukaan kulit anda.

Lindungi Kulit Anda Daripada Kanser, Apply Sunblock Setiap Kali Nak Ke Pantai Atau Pulau

IKLAN

Banyak kajian saintifik dah dilakukan dan hasilnya menunjukkan sinaran UV yang berlebihan mampu mendatang kemudaratan seperti kanser kulit. Bahaya kan? Sebab tu Libur nak educate semua peminat-peminat travel dalam Malaysia ni untuk sentiasa peka dengan perkara – yang bagi sesetengah orang, remeh – macam ni.

IKLAN

Ada empat kelebihan yang ada daripada pemakaian sunblock dan ianya adalah:

IKLAN
  1. Melindungi kulit anda daripada sinaran UV

    Macam yang Libur dah cakapkan tadi, penipisan lapisan ozon menyebabkan anda terdedah dengan pancaran cahaya matahari ☀️ yang terik serta sinaran UV dan itu adalah satu perkara yang tidak baik untuk kulit anda. Dengan mengaplikasikan sunblock pada kulit, setidak-tidaknya anda dapat mengurangkan implikasi sinaran UV dan pancaran matahari ☀️ terik itu tadi.
  2. Mengurangkan risiko kanser kulit

    Sinaran UV yang berlebihan mampu untuk mendatangkan kemudaratan yang lebih besar iaitu kanser. Kes kanser kulit akibat daripada terdedah dengan sinaran matahari ☀️ mungkin tidak popular di Malaysia, but believe me, it’s better prevent than cure.

    Lindungi Kulit Anda Daripada Kanser, Apply Sunblock Setiap Kali Nak Ke Pantai Atau Pulau

  3. Mengurangkan penuaan pada kulit

    Sunblock ni pun macam skincare yang lain juga. Ia dapat membantu melindungi kulit anda daripada garis-garis berkedut yang membuatkan anda kelihatan tua daripada usia akibat berjemur bawah matahari ☀️. Macam mana dia dapat membantu? Dengan menghalang sinaran UV daripada singgah ke kulit anda. Kerosakan akibat sinaran UV menyebabkan kulit kelihatan tebal; perubahan warna; dan pecahan kolagen, yang menyumbang kepada garis, kendur dan kedutan.
  4. Membantu mengekalkan tona warna atau mengelakkan sunburn

    Sunblock 
    membantu untuk menghalang perubahan warna dan bintik-bintik gelap akibat kerosakan sinaran matahari ☀️, membantu anda mengekalkan kulit yang lebih halus dan lebih licin.

Itu antara sebab kenapa anda perlu pakai sunblock setiap kali aktiviti riadah anda terdedah kepada sinaran matahari ☀️ yang terik.

Lindungi Kulit Anda Daripada Kanser, Apply Sunblock Setiap Kali Nak Ke Pantai Atau Pulau

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI