Kapal laut moden mampu bertahan 25 hingga 30 tahun sebelum hakisan karat, kekuatan logam menjadi lemah dan kekurangan alat ganti menjadikannya tidak ekonomik untuk digunakan.

Kapal yang sudah lama, biasanya dihantar ke Chittagong Ship Breaking Yard di Bangladesh, Alang Ship Breaking Yard di India, atau Gadani Ship Breaking Yard di Pakistan untuk pelupusan. Ini adalah tiga kawasan pelupusan kapal laut terbesar di dunia; dengan hanya menjadikan persisiran pantai sebagai tempat berlabuh kapal gergasi.

 

LOKASI KUBUR KAPAL TERBESAR DUNIA
Sebahagian pandangan satelit persisiran pantai tapak pelupusan kapal Chittagong

 

Bahagian kapal terutama besi keluli, dikitar semula dan dijadikan produk baru. Ini mengurangkan permintaan bijih besi dilombong dan mengurangkan penggunaan tenaga dalam proses pembuatan besi keluli.

2012, sejumlah 1250 kapal laut dilupuskan dengan purata tahun penggunaan ialah 26 tahun. 2013, jumlah tan kapal dilupuskan ialah 29,052,000 tan metrik, dengan 92% dilupuskan di Asia.

IKLAN

Industri ini memberi 20% sumber besi kepada Bangladesh dan 10% kepada India. China, Greece dan Jerman antara negara utama yang menghantar kapal untuk dilupuskan.

 

Mengapa di Bangladesh,India, Pakistan?
Kos pekerja yang murah, tidak perlu kos piawaian pengurusan keselamatan, tidak perlukan kos latihan dan tidak perlukan peralatan canggih mahal yang banyak. Cukup hanya alatan asas. Semuanya koboi.

LOKASI KUBUR KAPAL TERBESAR DUNIA
Antara pemandangan di tapak pelupusan kapal di Chittagong


Pekerjaan ini antara pekerjaan paling bahaya di dunia. Pekerja tidak ada pengalaman, tidak memakai pakaian keselamatan lengkap, terdedah kepada gas beracun, risiko dihempap atau tercucuk besi, risiko letupan kerana tindak balas gas dalam kapal, tiada insuran, tiada jaminan kesihatan, dan masa bekerja yang melampau.

IKLAN

Namun ini antara pekerjaan yang perlu dilakukan untuk keluarga. Kesemuanya dari keluarga miskin.

 

Sejarah kawasan pelupusan kapal Chittagong
pada 1960, kapal Greek, M D Alpine terdampar di pantai Sitakunda, Chittagong selepas dilanda ribut. 1965, Chittagong Steel House membeli kapal tersebut dan melupuskannya. Ini permulaan sejarah di sana.

IKLAN

Semasa Perang Pembebasan Bangladesh, kapal Pakistan, AL Abbas rosak kerana dibom. Pasukan Soviet yang bekerja disana membawa kapal tersebut ke pantai Faujdarhat. Karnafully Metal Works Ltd membeli kapal itu pada 1974 dan melupuskannya. Waktu inilah bermulanya pelupusan kapal secara komersil.

Chittagong Ship Breaking Yard di Bangladesh pernah menjadi pusat tarikan pelancong, namun telah ditutup kerana terlalu banyak laporan terbuka kepada dunia luar. Boleh dikatakan secara purata, seorang pekerja mati seminggu.

Chittagong Ship Breaking Yard juga pernah menjadi lokasi filem Avengers: Age of Ultron. Terbaru, Kanada dan India bekerjasama untuk pelupusan kapal mesra alam.

Lagi gambar di tapak pelupusan kapal:

LOKASI KUBUR KAPAL TERBESAR DUNIALOKASI KUBUR KAPAL TERBESAR DUNIALOKASI KUBUR KAPAL TERBESAR DUNIA
LOKASI KUBUR KAPAL TERBESAR DUNIA
LOKASI KUBUR KAPAL TERBESAR DUNIALOKASI KUBUR KAPAL TERBESAR DUNIALOKASI KUBUR KAPAL TERBESAR DUNIALOKASI KUBUR KAPAL TERBESAR DUNIALOKASI KUBUR KAPAL TERBESAR DUNIALOKASI KUBUR KAPAL TERBESAR DUNIALOKASI KUBUR KAPAL TERBESAR DUNIALOKASI KUBUR KAPAL TERBESAR DUNIALOKASI KUBUR KAPAL TERBESAR DUNIALOKASI KUBUR KAPAL TERBESAR DUNIA

 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI