Bandar Lumut di Manjung, Perak meriah dengan penganjuran Lumut Eco Run 2019 yang julung kali diadakan di daerah berkenaan pada Sabtu.

Tiga kategori dipertandingkan iaitu 21 kilometer, 10 kilometer dan 5 kilometer – Fun Run, berjaya menarik lebih 1,200 penyertaan peminat sukan larian tempatan dan antarabangsa. Bertempat di Jeti Lumut Waterfront peserta dilepaskan seawal 6.30 pagi mengikut kategori dengan kategori lima kilometer fun run dilepaskan Ahli Parlimen Lumut, Datuk Dr. Mohd Hatta Md. Ramli.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan turut menyertai kategori 5 kilometer – fun run berkata, acara berkenaan disambut baik penduduk khususnya dari daerah Manjung.

“Majoriti 80% peserta daripada kawasan Manjung. Ertinya penganjur dapat mobilise anak-anak muda untuk menyertai program aktif untuk kesihatan ini dan saya merasakan event sebegini jangan jadikan competition tapi untuk ritual kesihatan rakyat kita di Manjung”, ujar beliau.

IKLAN

Lumut Eco Run 2019 Meriah, Berjaya Tarik 1200 Pelari Tempatan Dan Antarabangsa

Selain itu tambah Hatta, penganjuran larian berkenaan turut mempromosikan nama Lumut sebagai destinasi eko-pelancongan, selaras hasrat Kementerian Pembangunan Usahawan melahirkan 50 ribu usahawan muda daripada golongan B40 dan M40, dengan 200 hingga 300 disasarkan dari Manjung, Pangkor dan Lumut.

Kategori 21 kilometer terbuka diungguli peserta dari Kenya – Lel Kip-Chir-Chir dengan catatan masa 1 jam 4 minit 54 saat, manakala terbuka wanita dimenangi Elizabeth Wanza Maithya juga dari Kenya dengan 1 jam 24 minit 42 saat. Manakala kategori terbuka 10 kilometer lelaki diungguli atlet SUKMA Perak Saran Raj Balakrishnan dengan catatan masa 35 minit 10 saat sementara juara wanita kategori berkenana menjadi milik Tam Bee Peng dengan catatan masa 47 minit 44 saat.

IKLAN

Hadiah disampaikan Datuk Dr. Hatta dan Pengawai Khas Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal.

Sementara itu Pengarah Lumut Eco Run 2019 Mohd Firdaus Mat Azahar berkata pihaknya berhasrat mendaftarkan Lumut Eco Run 2019 dalam kalendar pelancongan negeri Perak, selain berusaha menjadikannya acara antarabangsa.

IKLAN

“Di Lumut ini banyak aset dan warisan disekitarnya paling dekat Pulau Pangkor. Mungkin mereka boleh curi masa sikit ke Pulau Pangkor, atau disebelah kita Teluk Batik atau Marina Island ini juga Lumut Eco Run akan diadakan secara tahunan mulai 2020 seiring dengan penaiktarafan Pulau Pangkor sebagai zon Bebas Cukai”, katanya.

Lumut Eco Run bertemakan Bumi (Bumi2019) yang julung kali diadakan pada tahun ini akan diteruskan penganjurannya pada tahun-tahun akan datang dengan berkonsepkan larian alam sekitar yang seperti Air2020, Api2021, Angin2022.

Lumut Eco Run 2019 Meriah, Berjaya Tarik 1200 Pelari Tempatan Dan Antarabangsa Lumut Eco Run 2019 Meriah, Berjaya Tarik 1200 Pelari Tempatan Dan Antarabangsa Lumut Eco Run 2019 Meriah, Berjaya Tarik 1200 Pelari Tempatan Dan Antarabangsa Lumut Eco Run 2019 Meriah, Berjaya Tarik 1200 Pelari Tempatan Dan Antarabangsa Lumut Eco Run 2019 Meriah, Berjaya Tarik 1200 Pelari Tempatan Dan Antarabangsa Lumut Eco Run 2019 Meriah, Berjaya Tarik 1200 Pelari Tempatan Dan Antarabangsa Lumut Eco Run 2019 Meriah, Berjaya Tarik 1200 Pelari Tempatan Dan Antarabangsa Lumut Eco Run 2019 Meriah, Berjaya Tarik 1200 Pelari Tempatan Dan Antarabangsa Lumut Eco Run 2019 Meriah, Berjaya Tarik 1200 Pelari Tempatan Dan Antarabangsa

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI