Menara ikonik bandaraya kosmopolitan di Kuala Lumpur iaitu Menara KL akan bertukar warna kepada warna pink sempena sambutan ulang tahun Barbie yang ke-60 tahun sehingga 31 Mac ini bermula pukul 7 petang sehingga pukul 12 tengah malam.
Sambutan ulang tahun ini telahpun dimulakan di seluruh dunia sejak awal Mac lalu tetapi di Malaysia, kemeriahan dan keriangan sambutan ulang tahun berlangsung semalam di dataran Menara KL dengan dihadiri oleh orang ternama antaranya ahli astrophysicist pertama negara Professor Dr. Mazlan Othman, dan ahli perniagaan Datin Vivy Yusof.
Beberapa bangunan ikonik di seluruh rantau Asia Tenggara juga turut sama bertukar warna pink dalam meraikan acara sambutan ulangtahun ke-60 Barbie seperti Manila City Hall, Filipina, Muzium Fatahillah, Indonesia, Singapore Flyer, Singapura, dan Emquartier, Thailand.
Barbie turut mengambil kesempatan dalam sambutan ulangtahun ini untuk memperkenalkan slogan ‘You Can Be Anything’ kepada semua remaja perempuan untuk menjadi apa sahaja yang mereka inginkan dalam mencapai cita-cita mereka selama ini.
Sebanyak 60 patung permainan Barbie bertemakan kostum pekerjaan mula dijual secara eksklusif antaranya angkawasan, juruterbang, pembaca berita, ahli politik, ahli astronomy dan pemain bola sepak.
Buat peminat-peminat Barbie diluar sana, ayuh serikan lagi kemeriahan sambutan 60 Barbie dengan berkunjung ke Menara KL, ambil gambar berlatarbelakangkan Menara KL dan hashtag #barbie60 sekarang.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sewa Semalam Tak Sampai RM200, Puas Hati Staycation Di Denai Kabus Gerik Perak. Kemudahan Disediakan Tip Top!
Sekali pandang, pemandangan seperti di New Zéaland, dengan awan berkepuk-kepuk macam gula kapas ditambah dengan cuaca sejuk.
Tetapi rupanya situasi ini boleh dialami juga di negara kita sendiri. Tak jauh pun hanya beberapa jam perjalanan untuk sampai ke sini iaitu di Gerik, Perak.
Ikuti perkongsian Bella Farhana yang turut dikongsi di laman sosial, Facebook Cuti-Cuti Low Bajet.
Staycation Saksi Awak Kepuk Bak Gula Kapas
Bukan New Zealand tapi di Gerik je ni guyss…awan kepuk-kepuk macam gula-gula kapas. Dari tiba sampai lah balik, ada jee atas bukit tu, macam lukisan. Menariknya tempat ni ada kolam mancing tau…
Otw masuk ke tempat ni tu kami buka tingkap kereta, wahhh dah rasa sikit-sikit sejuk dari jauh dah nampak kabus-kabus atas bukit tu. Sebab awal Januari haritu kan hujan je kan, tapi seriuss best camping masa musim hujan di negeri jiran sbb akan dapat tempias mendung. Sejuk je sepanjang camping 4 hari, kalau hujan pon 2-3 pagi cmtu, ok la waktu tido dah kan tu.
Jom tengok ape best kat sini pulak:
– Sewa rumah segitiga tu RM 150 per malam, boleh muat 4 orang berkatil dan ada aircond, hmm murahh, siap dibagi board game (dam, chess)
– Khemah RM 30 per khemah, siap tapak dan khemah siap pasang
– Yg penting ada karoke gaiss hahaha sound system terbaik yee, melalak la ko dalam hutan tu takde orang nak peduli
– Kolam mandi air bukit tauuu, syok je tengok budak2 duk mandi, kebetulan khemah kami dapat depan kolam tu
– Ada 5 kolam pancing (klo xsilap bella) tengok depa duk mancing ikan besar2 ye yg naik
– Ada ATV, ada kayak, lokasi kayaknya lawaaa weii
– Ada unggun api yee
– Tandas banyak dan selesa
– Ada ayam, kambing haha kuda depa kata dah oder tapi tak sampai2, pkp kot kuda xleh rentas negeri
– Ada nasi talam , korang kene cuba ni, cenggini . RM 50 setalam .. lauk banyakk dan pior lauk kenduri di Gerik
– Surau di kayangan, mcm menara pantau dah tp lawa
– Ada sungai juga
– Paling penting staff bagus-bagus, tak berhenti tengok depa buat keje, mintak pinjam tikar, dia bagi mai hantar, mintak meja kerusi, dia mai hantar lagi, bagi pinjam free tauu, sebelum tidur, depa mai tanya ok tak ape semua
– Ada dewan terbuka besar if siap pa system
– Ada banyak ruang blh buat sukaneka if family day
– Ada jual daging perap, if bawak dapur steamboat mcm kami, boleh main grill2
– Oh satu lagi jangan lupa beli rempeyek org asli otw kluar masuk ke tempat ni, org asli tu jual depan rumah dia..
Bangun pagi , wahh sejukkk berkabussss… kami dgn tak mandi merayap main alat senaman yg ada kat situ.. beli aiskrim zaman dulu tu lepak kat pondok sambil tengok orang mancing.. pastu pi main kayak.. santai-santai.. nak main hp tak ada line, so kami kami buat la ape boleh buat kat situ..
Sebelum Bella nak gerak balik ownernya mai jumpa. Terima kasih Cikgu Tarmizi dlm sibuk2 sempat mai sembang sekejap, terkejut kitee, ingt sape la mai cari tgh2 bercuti, ramah orangnya.
Jomlah kita, habis PKP serbu tempat lawa ni, banyak spot bergambar dan aktiviti boleh buat bersama keluarga.
Denai Kabus, Geik, Perak
Kredit: Bella Farhana
Artikel Berkaitan:
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Port Teksi ‘Cekik Darah’ Sekitar KL Yang Korang Kena Elakkan
Kalau bercerita pasal perkhidmatan teksi di sekitar Kuala Lumpur (KL) ni, memang bertimbun-timbun cerita yang boleh kita dengar. Tapi masalahnya, cerita yang kita dengar tu kebanyakkannya bukan cerita yang boleh dibangga-banggakan sangat. Banyaknya cerita sumpah seranah pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan teksi di KL.
Anda tak percaya? Cuba cari cerita berkaitan dengan teksi Malaysia di laman-laman sosial dan baca komen wargamaya yang pernah menggunakan khidmat teksi. Daripada beribu-ribu komen, boleh kata semua menyumpah seranah pemandu teksi. Ada yang kata pernah kena sembelih, ada yang kata suka mencarut, ada yang kata baran, ada kereta berbau dan tak selesa.
Saya boleh bilang pakai jari, daripada 10 komen, mungkin ada satu saja yang memuji sesetengah pemandu teksi yang betul-betul jaga perkhidmatan beliau kepada pelanggan. Untuk pemandu teksi yang jaga kualiti dan imej teksi, saya ucapkan terima kasih dan salam hormat pada anda.
Tapi pemandu teksi yang mencemar imej menjatuhkan maruah ni macam mana? Dah la diorang yang antara menjadi muka depan negara menyambut kedatangan pelancong-pelancong dari luar negara. Sedangkan warganegara sendiri pun dah pangkah naik teksi sebab kene sembelih, anda bayangkan pula dengan pelancong asing, rasa-rasanya macam mana?
Isu ini lah yang menjadi kemarahan kepada saudara Mohd Faiz Hashim dalam satu hantaran di laman sosial Facebook beliau. Melalui daripada pengamatan, saudara Faiz ni pun pemandu teksi tetapi beliau kecewa dengan sikap segelintir kawan-kawan teksi yang lain hingga mencemar dan memberi persepektif buruk kepada perkhidmatan teksi di negara kita.
Menurut saudara Faiz, sikap tidak jujur dengan tidak menggunakan meter dan berlagak samseng membuatkan pelanggan lari dari terus menggunakan khidmat teksi dan beralih kepada menggunakan khidmat e-hailing.
Faiz turut berkata bahawa baru-baru ini beliau ada membawa sekumpulan pelancong asing yang di’sembelih’ oleh pemandu teksi di KL dengan harga yang tidak masuk akal. Cerita daripada pelancong asing tersebut, dek kerana salah seorang dalam kumpulan mereka OKU, mereka terpaksa mengambil teksi berkenaan sekalipun ditawarkan harga yang merepek dan tidak menggunakan meter.
Sikap semacam ini lah yang membuatkan penumpang lebih suka naik Grab berbanding teksi. Tapi bila orang awam pilih Grab, ada pemandu teksi yang marah.
Antara lokasi hotspot pemandu teksi ‘kaki sembelih’ penumpang yang perlu anda berjaga-jaga selepas ini;
Depan Petaling Street
Teksi yang bersidai luar Klcc
Segelintir yang bersidai luar pavilion.
Depan arab street
Depan Time Square.
Sepanjang jalan Bukit Bintang depan KFC hingga Federal hotel.
Saudara Faiz juga sempat menyampaikan kepada semua bahawa cara mudah untuk anda mendapatkan teksi bermeter adalah dengan menggunakan aplikasi GrabTaxi. Anda ada pilihan untuk menggunakan teksi bajet atau eksklusif bergantung kepada selera anda yang mana. Lebih menyakinkan adalah pemandu teksi yang menggunakan aplikasi ini akan mematuhi standard yang ditetapkan kalau tak mahu disenaraihitamkan kerana tidak mengikut undang-undang.
Akhir kata, kepada pemandu teksi, sebelum anda harapkan bantuan daripada sesiapa, apa kata anda bantu perniagaan anda dahulu dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Dengan izin tuhan, anda boleh mengubahnya.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
2 Kucing Peliharaan Kes Pertama Di Amerika Positif COVID-19
Wabak koronavirus tidak hanya dijangkiti manusia, tetapi juga haiwan.
Di sebuah zoo di New York, beberapa ekor harimau dan singa turut dijangkiti pandemik ini. Terbaharu, 2 ekor kucing juga di New York menjadi haiwan peliharaan pertama di Amerika Syarikat yang disahkan positif COVID-19.
Kedua-dua kucing itu pada awalnya mengalami simptom penyakit pernafasan, namun pemeriksaan lanjut kemudian mendapati haiwan terbabit dijangkiti COVID-19. Dua kucing yang berada di lokasi berbeza itu disyaki telah dijangkiti COVID-19 daripada pemilik atau individu di sekelilingnya.
Kedua-dua haiwan itu mempunyai peluang besar untuk pulih selepas diberi rawatan lanjut.
Pegawai Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, Dr. Casey Barton Behravesh yang mengesahkan kes itu dan meminta semua pemilik haiwan supaya tidak bimbang.
“Kita merekodkan kes pertama haiwan peliharaan dijangkiti COVID-19 di Amerika Syarikat. Adalah penting untuk dimaklumkan bahawa haiwan ini berkemungkinan besar dijangkiti daripada manusia. Sehingga kini belum ada bukti haiwan peliharaan boleh menyebarkan virus ini kepada manusia,” katanya.
Pakar penyakit berjangkit AS, Dr Anthony Fauci, berkongsi pendapat sama dan menegaskan tiada bukti menunjukkan virus itu boleh disebar dari haiwan peliharaan kepada manusia.
Sumber: astroawani
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI