Tiada yang lebih tepat untuk menggambarkan keunikan kita sebagai rakyat Malaysia selain kegemaran kita apabila tiba saatnya untuk makan durian.

Bagi merayakan Hari Kebangsaan yang ke60 tahun ini, rangkaian restoran tempatan, Sepiring, menampilkan tiga hidangan istimewa berasaskan durian iaitu Laksa Durian, Kopi Durian dan Cendol Dodol Durian.

Sepiring sentiasa berusaha untuk menawarkan pelbagai resipi asli yang menarik dari segenap pelusuk rantau Malaysia bagi memperlihatkan pelbagai perisa dan cita rasa yang menjadikan kita semua warga Malaysia yang unik. Maka dengan itu, Sepiring  menobatkan durian sempena perayaan Hari Kebangsaanke60 kerana tahap kegemaran rakyat Malaysia terhadap buah durian ini tiada batasan. Inilah yang menjadikan kita benar-benar unik, tanpa mengira kaum, agama atau warisan.

Sajian utama daripada tiga hidangan baru ini ialah Laksa Durian, yang menggabungkan campuran rasa herba dan rempah ratus dengan perisa dan aroma durian yang tersendiri. Dengan Laksa Durian, Sepiring berjaya mengadunkan dua makanan tradisional kegemaran rakyat Malaysia dalam satu sajian yang pasti menambat selera.

IKLAN

Untuk melengkapi Laksa Durian, Sepiring turut mencipta mengilhamkan Kopi Durian, yang boleh didapati dalam bentuk panas atau sejuk. Perisa kopi kaya, yang diekstrak daripada biji-biji kopi terpilih dan bermutu tinggi, digabungkan dengan perisa durian bagi menambah nikmat rasa yang berkekalan dan membuat anda sentiasa mahu lagi.

Tidak ketinggalan bagi sajian pencuci mulut, Sepiring menggabungkan cendol, manisan kegemaran rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat, dengan dodol, makanan tradisional musim perayaan yang sangat popular, dalam hidangan Cendol Dodol Durian. Dihidangkan dengan ais parut dan pelbagai bahan cendol biasa dan dodol durian, sajian pencuci mulut ini disajikan dengan satu senduk isi durian segar di atasnya. Rasanya sungguh nikmat.

IKLAN

Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Operasi TCRS Restaurants Sdn Bhd berkata, “Sungguhpun tiga sajian baru sempena Hari Kebangsaan ke60 berasaskan durian, pasukan kami telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan resipi yang digunakan adalah benar-benar asli dan perisanya digabungkan dengan cara yang menyerlahkan sajian, bagi membawakan pengalaman dan citarasa makanan kegemaran rakyat Malaysia ini ke tahap yang berbeza. Kami ingin terus menjadikan warisan dan identiti kita ini sebagai satu kebanggaan,” tambahnya.

Promosi buat pengunjung

Sempena perayaan ulang tahun kemerdekaan negara kali ini, Sepiring ‘menghadiahkan’ sajian pencuci mulut kepada pelanggan yang memuat naik sebarang gambar sajian durian yang sedang dipromosikan ini. Pelanggan hanya perlu memuat naik gambar Laksa Durian, Kopi Durian atau Cendol Dodol Durian ke laman Facebook atau Instagram mereka beserta hashtag #SepiringOhMyDurian untuk layak mendapat satu sajian pencuci mulut percuma.

IKLAN

Sajian durian istimewa Sepiring sempena Hari Kebangsaan yang ke60 ini telah diperkenalkan dalam suasana meriah lengkap dengan paparan warna-warna bendera Malaysia. Tiga sajian baru ini boleh didapati untuk tempoh yang terhad, iaitu pada harga ala carte RM20.90 untuk Laksa Durian,Cendol Dodol DurianRM13.90 dan Kopi Durian RM12 (panas) atau RM13.90 (sejuk). Promosi ini ditawarkan di semua cawangan Sepiring, kecuali cawangan di Mid Valley Megamall.

Menurut Wong, Sepiring semakin dikunjungi ramai sebagai destinasi pilihan khususnya mereka yang mencari sajian asli dan tradisional yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Fokus Sepiring dalam bidang ini telah mendapat perhatian rakyat Malaysia sendiri dan juga pelancong dari seluruh dunia.

Restoran Sepiring kini terletak di Mid Valley Megamall, The Mines, IOI City Mall dan Sunway Putra Mall. Tiada yang perlu anda gusar menikmati sajian di Sepiring kerana restoran ini mendapat pengesahan Halal daripada JAKIM.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI