Ini la dia aktiviti yang ditunggu-tunggu! Net jacuzzi! Dia akan bentang net ni tengah laut, dan kita boleh mandi-manda dalam net tu. Jangan risau, semuanya selamat.

Perkongsian Oleh Kesuma Amar

Sambungan daripada artikel ‘Honeymoon’ Bersama Bff? Kenapa Tidak?

Okay kita sambung kembali kisah travel Kesuma. Perkongsian beliau dalam artikel yang lepas mengenai penginapan, kereta sewa dan tempat makan yang menarik di Pulau Langkawi.

Artikel kali ini kita ikuti kisah Kesuma dan sahabat beliau berenang di Laut Selat Melaka pula. Pengalaman sekali seumur hidup tau!

Sunset Diner Cruise

IKLAN

Terdapat pelbagai tarikan dan aktiviti menarik yang baharu di Langkawi ini dan kami memilih untuk menikmati makan malam di atas kapal layar sambil mengabadikan suasana matahari terbenam.

Kami memilih Sea Splash Langkawi yang terletak di Royal Yacht Club Kuah kerana kapal ini satu-satunya kapal yang tidak menghidangkan alkohol. Staff mereka amatlah peramah dan informatif selain sentiasa memberikan servis yang terbaik kepada kami.

Setibanya di atas kapal, mereka memberikan taklimat keselamatan sambil menghidangkan jamuan selamat datang kepada kami dan terus memulakan perjalanan. Acara kemuncaknya apabila tetamu dijemput untuk merasai pengalaman net jacuzzi di tengah-tengah laut. Nak turun tu memang nervous tapi bila dah masuk air terus jatuh cinta……..

IKLAN
Merasai Net Jacuzzi Laut Selat Melaka Di Pulau Langkawi Hanya Peluang Sekali Seumur Hidup!
Ini la kapal yang akan membawa kami – Sea Splash Langkawi.
Merasai Net Jacuzzi Laut Selat Melaka Di Pulau Langkawi Hanya Peluang Sekali Seumur Hidup!
Seronok naik kapal Sea Splash Langkawi ni. Lagi satu yang best, kapal ini tidak menyediakan alkohol kepada penumpangnya, jadi ianya mesra muslim.
Merasai Net Jacuzzi Laut Selat Melaka Di Pulau Langkawi Hanya Peluang Sekali Seumur Hidup!
Sempat la tekong kapal ni, hehehe..
Merasai Net Jacuzzi Laut Selat Melaka Di Pulau Langkawi Hanya Peluang Sekali Seumur Hidup!
Ini la dia aktiviti yang ditunggu-tunggu! Net jacuzzi! Dia akan bentang net ni tengah laut, dan kita boleh mandi-manda dalam net tu. Jangan risau, semuanya selamat.

Facebook dan Instagram : Sea Splash Langkawi
Alamat: Lot 12, Fisherman Whart Royal Langkawi Yacths Club, Jalan Dato Syed Omar, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Smiling Buffalo, bila perut asyik lapar.

Sememangnya hobi kami dua sahabat ini adalah MAKAN. Maka setibanya kami selepas aktiviti net jacuzzi di laut Selat Melaka tadi, kami terus memandu ke Restoran Smiling Buffalo. Ready gais!

IKLAN

Kami cuba Manggo Waffle, salah satu menu unik di Smiling Buffalo ini. Menu fusion di sini mempunyai tarikannya yang tersendiri apabila waffle gebu gebas dihidangkan dengan topping santan dan gula melaka dan sudah tentu dengan potongan dadu mangga segar manis cukup leleh apabila menikmati gabungan ini.

Merasai Net Jacuzzi Laut Selat Melaka Di Pulau Langkawi Hanya Peluang Sekali Seumur Hidup!
Manggo waffle dia, sangat mengiurkan!
Merasai Net Jacuzzi Laut Selat Melaka Di Pulau Langkawi Hanya Peluang Sekali Seumur Hidup!
Ini big breakfast. Siapa nak ambil breakfast dalam kuantiti besar boleh order yang ini.
Merasai Net Jacuzzi Laut Selat Melaka Di Pulau Langkawi Hanya Peluang Sekali Seumur Hidup!
Kawasan Smiling Buffalo ini antik, tenang dan bersih. Boleh juga kalau sesiapa nak buat weding photoshot di sini, cantik!
Merasai Net Jacuzzi Laut Selat Melaka Di Pulau Langkawi Hanya Peluang Sekali Seumur Hidup!
Terdapat beberapa rumah dan villa berkonsepkan moden tradisional untuk penginapan pengunjung di sini.
Merasai Net Jacuzzi Laut Selat Melaka Di Pulau Langkawi Hanya Peluang Sekali Seumur Hidup!
Ada banyak deretan kereta antik yang disimpan di sini.
Merasai Net Jacuzzi Laut Selat Melaka Di Pulau Langkawi Hanya Peluang Sekali Seumur Hidup!
Kereta ni dikalangan penggemar offroad digelar ‘anak babi’, huhuhu.
Merasai Net Jacuzzi Laut Selat Melaka Di Pulau Langkawi Hanya Peluang Sekali Seumur Hidup!
Thank you Uncle Ethan for having us to your place. Next time we meet again ya!

Satu lagi hidangan yang wajib cuba adalah Big Breakfast. Big Breakfast adalah gabungan roti bakar bersama sosej ayam dan daging, telur hancur, salad dan buah-buahan. Sungguh mewah dengan nutrisi dan rasanya.

Facebook dan Instagram : Smiling Buffalo
Waktu Operasi : 8.00am-6.00pm
Alamat : 965 Kuala Chenang, Mukim Kedawang

Sepertinya 3 hari 2 malam tak mencukup untuk kami berdua ini. Banyak lagi tempat-tempat menarik yang baharu di Langkawi yang belum kami terokai. Ombak membiru, warga Langkawi yang peramah seolah-olah memanggil kami untuk kembali ke sana lagi.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI