Negara terapung pertama dunia yang bakal dibangunkan di Lautan Pasifik menjelang 2022 sudah mula menawarkan mata wang kripto yang akan digunakan untuk membeli hartanah di kawasan unik itu.

Negara Terapung Pertama Di Dunia Bakal Dibangunkan Di Lautan Pasifik Negara Terapung Pertama Di Dunia Bakal Dibangunkan Di Lautan Pasifik Negara Terapung Pertama Di Dunia Bakal Dibangunkan Di Lautan Pasifik

Rancangan yang diilhamkan oleh pengasas Paypal, Peter Thiel akan menyaksikan pembinaan bandar dengan 300 buah rumah, hotel, restoran dan pejabat di atas kawasan perairan Lautan Pasifik berhampiran Pulau Tahiti.

IKLAN

Negara Terapung Pertama Di Dunia Bakal Dibangunkan Di Lautan Pasifik

Pelabur kini boleh mengambil bahagian dalam pembelian mata wang kripto Vayron yang akan dikeluarkan oleh Seasteading Institute untuk mendapatkan hartanah di kawasan itu. Mata wang kripto diperlukan untuk proses pembelian dan pemilikan hartanah, rumah dan beberapa lagi aset di kawasan itu daripada syarikat Blue Frontiers.

IKLAN

Dana yang diperoleh daripada pelabur akan dibahagikan kepada beberapa aktiviti pembangunan melibatkan reka bentuk kejuruteraan zon laut dan pentadbiran awam. Kerja-kerja pembinaan bandar utopia itu akan bermula sebaik sahaja majlis tandata­ngan perjanjian dengan kerajaan Polinesia Perancis diadakan.

Presiden Seasteading Institute, Joe Quirk memberitahu portal Business Insider, selain misi utama untuk membebaskan manusia daripada ahli politik, pasukannya turut memberikan tumpuan kepada fenomena perubahan iklim dalam merealisasikan rancangan pembinaan bandar tersebut. Kumpulan itu kini melihat pembinaan bandar berkenaan sebagai cara hidup baharu ekoran fenomena peningkatan paras laut yang dijangka melebihi 1.83 meter menjelang akhir abad ini.

IKLAN

Negara Terapung Pertama Di Dunia Bakal Dibangunkan Di Lautan Pasifik Negara Terapung Pertama Di Dunia Bakal Dibangunkan Di Lautan Pasifik Negara Terapung Pertama Di Dunia Bakal Dibangunkan Di Lautan Pasifik Negara Terapung Pertama Di Dunia Bakal Dibangunkan Di Lautan Pasifik Negara Terapung Pertama Di Dunia Bakal Dibangunkan Di Lautan Pasifik Negara Terapung Pertama Di Dunia Bakal Dibangunkan Di Lautan Pasifik Negara Terapung Pertama Di Dunia Bakal Dibangunkan Di Lautan Pasifik Negara Terapung Pertama Di Dunia Bakal Dibangunkan Di Lautan Pasifik Negara Terapung Pertama Di Dunia Bakal Dibangunkan Di Lautan Pasifik

Sumber: Dailymail

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI