Lepas ni akan ramailah pemandu pelancong atau tourist guide di negeri Perak Darul Ridzuan kerana kerajaan negeri kini bersedia untuk melatih pemandu pelancong bagi memartabatkan lagi pelancongan eko di negeri ini.
Khidmat pemandu pelancong sangat diperlukan di negeri Perak bagi memastikan setiap pelancong yang datang ke negeri itu memperoleh pemahaman yang mendalam mengenai tempat yang dilawati mereka, ujar Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Perak, Tan Kar Hing.
Tambah beliau, pelancongan eko berbeza dengan pelancongan bandar dan disebabkan itu, negeri Perak memerlukan pemandu pelancong yang terlatih bagi menyampaikan maklumat yang lebih mendalam kepada pelancong.
Kerajaan negeri Perak akan membantu memberikan khidmat team building dan memfokuskan untuk melatih anak-anak muda di negeri Perak. Kerajaan negeri Perak akan berusaha untuk melahirkan pemandu pelancong yang berpengetahuan mengenai alam semula jadi dan beberapa perkara lain termasuk faktor keselamatan.
Sumber: Sinar Harian
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Percutian Ala Mediterranean di Homestay Awan Cactus, Dungun Terengganu. Berkonsepkan Moden & Rustic, Semua Sudut Boleh OOTD!
Ingin bercuti di dalam negara tapi suasana persis di luar negera? Sebenarnya kat Malaysia pun banyak destinasi seperti itu dan salah satunya ada terletak di Dungun, Terengganu. Penginapan yang dinamakan Awan Cactus ini sangat cantik dengan lokasinya yang terletak berdekatan dengan pantai.
Terdapat dua unit dengan dekorasi berkonsepkan moden dan rustic, bercuti di sini bagai berada di luar negara. Ada yang mengatakan seperti berada di Santorini, Greece dan ada pula yang menggambarkan percutian di Phuket, Thailand bila menginap di sini.
Setiap sudut memang cantik dan boleh jadi port OOTD bila menginap di sini. Terdapat 2 unit yang diberi nama Awan dan Cactus, kedua-dua mempunyai private pool. Untuk yang punya keluarga besar bole memilih unit Cactus kerana ia dilengkapkan dengan tiga bilik tidur, manakala unit Awan pula mempunyai dua bilik tidur.
Terletak tidak jauh dengan kawasan pantai, antaranya ialah Pantai Tanjung Jara dan Pantai Teluk Bidara, yang menginap kat sini boleh sambung sesi OOTD di pantai terdekat. Barulah lengkap percutian dengan gambar-gambar cantik dan menarik.
Fasiliti yang disediakan juga lengkap, antaranya peti sejuk, iron, microwave, penapis air dan banyak lagi bagi memastikan keselesaan dan keharmonian pengunjung yang menginap di sini.
Untuk yang dah ada plan nak bercuti ke Dungun, bolehlah usha terus homestay cantik ini dan terus buat booking. Tempat cantik kan selalu menjadi tumpuan. Rugi kalau tak rasa sendiri menginap di sini dan ber-OOTD sampai puas!
Alamat: Awan Cactus, Kampung Kubang Putat, Dungun, Terengganu.
Kredit: Viral Terengganu Kini
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Malaysia Antara Negara Punyai Hubungan Istimewa dengan Kazakhstan Selama 28 Tahun
Malaysia ialah antara rakan dagangan utama Kazakhstan di rantau Asia Tenggara selama hampir 28 Tahun.
Kazakhstan mengakui Malaysia antara negara yang mempunyai kepentingan khusus buat republik itu dalam melaksanakan dasar diplomatik yang mesra terutamanya bagi menjaga dan memperkukuhkan hubungan dua hala dengan semua negara di seluruh dunia.
Duta Kazakhstan ke Malaysia, Bolat Imanbayev berkata, kedua-dua negara telah menjalinkan hubungan dua hala sejak tahun 1992 bermula pada Mei 1996 apabila Presiden Kazakhstan ketika itu, Nursultan Nazarbayev telah melakukan lawatan rasmi pertama ke Malaysia.
“Selama 28 tahun, kami telah mewujudkan dialog yang membina berdasarkan kepercayaan dan faedah bersama. Pada masa kini, Malaysia adalah salah satu rakan politik dan ekonomi Kazakhstan yang paling penting di Asia Tenggara. Oleh kerana sifat kedua-dua etnik dan agama yang berlainan, kedua-dua lokasi penting mereka di persimpangan antarabangsa, serta rentak pembangunan ekonomi kita yang tinggi, Nur-Sultan dan Kuala Lumpur mendapati diri mereka berada dalam situasi yang serupa dalam banyak perkara”.
Kerjasama Kazakhstan & Malaysia Dalam Industri Pelancongan
Menurut Bolat Imanbayev lagi, Kazakhstan dan Malaysia berkongsi kerjasama dan perkongsian dinamik dalam pelbagai sektor termasuk pelancongan dan budaya, dan banyak lagi. Dari segi pelancongan, sejak Oktober 2009, syarikat penerbangan nasional Kazakhstan ‘Air Astana’ memulakan operasi penerbangan berjadual di laluan Almaty – Kuala Lumpur – Almaty yang memberi kesan positif kepada perkembangan pelancongan antara negara.
“Sebagai contoh, hampir 15,000 pelancong dari Kazakhstan mengunjungi Malaysia pada tahun 2019 dan kira-kira 10,000 pelancong dari Malaysia mengunjungi Kazakhstan dalam tempoh yang sama. Ini adalah kesan yang membuahkan hasil daripada pelaksanaan projek Presiden Pertama kami untuk mewujudkan syarikat penerbangan nasional Kazakhstan ‘Air Astana’ dan mengembangkan laluan antarabangsa utama untuk tarikan pelancongan dan perniagaan yang lebih baik ke Kazakhstan, dan dalam hal ini kepada Malaysia juga. Kazakhstan juga mempunyai banyak acara lain dari segi budaya. Contohnya, tahun lalu dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Seni Malaysia, Kazakhstan mengadakan buat pertama kalinya di Asia Tenggara pameran khas “Manusia Emas” di Muzium Nasional Kuala Lumpur. Selama satu bulan, Kazakhstan telah diberi peluang mempamirkan warisan sejarah dan budaya kira-kira 346 barang dari Muzium Nasional Kazakhstan. Pameran ini menarik minat lebih daripada 21,000 orang, yang mengunjungi acara tersebut,” katanya.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalendar Cuti Malaysia 2019! Rancang Percutian Anda Sekarang
Rancang tarikh percutian anda dengan betul kerana perancangan yang tepat boleh memberikan keuntungan kepada anda dari segi perbelanjaan, keselesaan dan yang paling penting masa.
Di sini Libur kongsikan kepada anda tarikh-tarikh cuti umum dan negeri di Malaysia.
Bulan Januari
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
1 Jan | Selasa | Tahun Baru 2019 | Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak |
14 Jan | Isnin | Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan | Negeri Sembilan |
20 Jan | Ahad | Hari Keputeraan Sultan Kedah | Kedah |
21 Jan | Isnin | Hari Thaipusam | Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang |
Bulan Februari
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
1 Feb | Jumaat | Hari Wilayah Persekutuan | Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan |
5 Feb | Selasa | Tahun Baru Cina | Semua Negeri |
6 Feb | Rabu | Tahun Baru Cina (Hari Kedua) | Semua Negeri |
Bulan Mac
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
4 Mac | Isnin | Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu | Terengganu |
23 Mac | Sabtu | Hari Keputeraan Sultan Johor | Johor |
Bulan April
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
3 April | Rabu | Israk dan Mikraj | Negeri Sembilan, Kedah dan Perlis |
15 April | Isnin | Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah | Melaka |
19 April | Jumaat | Good Friday | Sabah dan Sarawak |
26 April | Jumaat | Hari Keputeraan Sultan Terengganu | Terengganu |
Bulan Mei
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
1 Mei | Rabu | Hari Pekerja | Semua Negeri |
6 Mei | Isnin | Awal Ramadhan | Johor, Kedah dan Melaka |
7 Mei | Selasa | Hari Hol Pahang | Pahang |
19 Mei | Ahad | Hari Wesak | Semua Negeri |
22 Mei | Rabu | Hari Nuzul Al-Quran | Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu |
30 Mei | Khamis | Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) | Sabah dan Labuan |
31 Mei | Jumaat | Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) | Sabah dan Labuan |
Bulan Jun
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
1 Jun | Sabtu | Hari Gawai | Sarawak |
2 Jun | Ahad | Hari Gawai | Sarawak |
5 Jun | Rabu | Hari Raya Aidilfitri | Semua Negeri |
6 Jun | Khamis | Hari Raya Aidilfitri (Hari Kedua) | Semua Negeri |
Bulan Julai
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
7 Julai | Ahad | Hari Ulang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan Dunia Pulau Pinang | Pulau Pinang |
13 Julai | Sabtu | Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang | Pulau Pinang |
17 Julai | Rabu | Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis | Perlis |
22 Julai | Isnin | Hari Kemerdekaan Sarawak | Sarawak |
Bulan Ogos
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
11 Ogos | Ahad | Hari Raya Aidiladha | Semua Negeri |
12 Ogos | Isnin | Hari Raya Aidiladha (Hari Kedua) | Semua Negeri |
31 Ogos | Sabtu | Hari Kebangsaan (Merdeka) | Semua Negeri |
Bulan September
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
1 Sept | Ahad | Awal Muharram (Maal Hijrah) | Semua Negeri |
9 Sept | Isnin | Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong | Semua Negeri |
14 Sept | Sabtu | Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sarawak | Sarawak |
16 Sept | Isnin | Hari Malaysia | Semua Negeri |
Bulan Oktober
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
5 Okt | Sabtu | Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sabah | Sabah |
5 Okt | Sabtu | Hari Hol Johor | Johor |
11 Okt | Jumaat | Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Melaka | Melaka |
24 Okt | Khamis | Hari Keputeraan Sultan Pahang | Pahang |
27 Okt | Ahad | Hari Deepavali | Semua Negeri Kecuali Sarawak |
Bulan November
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
3 Nov | Ahad | Hari Keputeraan Sultan Perak | Perak |
9 Nov | Sabtu | Maulidur Rasul | Semua Negeri |
11 Nov | Isnin | Hari Keputeraan Sultan Kelantan | Kelantan |
12 Nov | Selasa | Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Hari Kedua) | Kelantan |
Bulan Disember
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
11 Dis | Rabu | Hari Keputeraan Sultan Selangor | Selangor |
25 Dis | Rabu | Hari Krismas | Semua Negeri |
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI