Sejak beberapa tahun yang lalu, teh Taiwan telah mendapat perhatian meluas di Malaysia. Kini, terdapat pesaing baru yang akan menggantikan tempatnya – Teh Ais Thai, minuman teh segar yang diperkaya dengan rasa teh Thai yang asli dan dibawakan oleh Chill Chill. Jenama ini diilhamkan oleh pemiliknya yang telah memperkenalkan Boat Noodle ke Malaysia.

Utara 5 F&B Sdn Bhd (U5FB) adalah satu jenama tempatan yang sedang berkembang maju dan bercita-cita untuk mewujudkan pelbagai konsep yang boleh dinikmati oleh semua rakyat Malaysia. Dalam tempoh 36 bulan, U5FB telah mengukuhkan lagi kedudukannya di Malaysia dengan pelancaran 55 cawangan di seluruh negara, menerusi jenama milik mereka iaitu Boat Noodle, Chill Chill, MKN dan C&C.

Chill Chill mempunyai sejarahnya tersendiri. Pada mulanya, Chill Chill diperkenalkan sebagai minuman teh Thai yang menjadi sebahagian daripada senarai menu di restoran Boat Noodle. Hasil sokongan kuat daripada peminat Boat Noodle, jenama Chill Chill kini semakin menyerlah dengan lebih lima juta cawan minuman berkenaan dijual. Pada akhir tahun lalu, Chill Chill telah memperkenalkan model kios. Langkah itu diambil bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmati minuman Teh Thai kegemaran mereka di kios-kios, yang sebelum ini hanya boleh didapati di Boat Noodle. Dalam tempoh sembilan bulan sahaja, jenama yang diinspirasikan Thai ini telah beroperasi di lebih 17 lokasi di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang.

IKLAN

“Saya tidak pernah lupa untuk memulakan hari saya dengan secawan teh tarik segar. Ketika beberapa lawatan pertama yang saya buat ke Thailand, saya telah merasa keenakan Teh Ais Thai (Cha Yen). Sejak daripada itu ia telah menjadi minuman pilihan saya jika tiada teh tarik. Keenakan itu membuatkan saya berfikir bahawa saya perlu memperkenalkan rasa nikmat Cha Yen ini kepada rakyat Malaysia.

Justeru itu, saya dan pasukan saya telah bekerja keras bersama-sama dengan sebuah syarikat Teh Thai bagi menghasilkan ramuan Cha Yen yang sempurna, iaitu versi yang lebih ‘kaw’, yang sesuai dengan citarasa peminat teh tempatan,” kata Pengasas Utara 5 F&B Sdn Bhd, Tony Lim.

Chill Chill hanya menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi yang diimport termasuklah campuran teh rahsia yang istimewa, bagi memastikan rakyat Malaysia dapat merasai pengalaman teh Thai yang terbaik. Chill Chill menawarkan lebih daripada 31 perisa minuman yang padat dengan rasa, semuanya diperbuat segar secara individu mengikut pesanan. Rasanya yang sedap, ditambah pula dengan pelbagai pilihan ‘topping’ yang unik, membolehkan semua orang menikmati Chill Chill yang sesuai dengan cita rasa masing-masing.

IKLAN

Cara yang ideal untuk menikmati Chill Chill adalah goncang, minum, kemudian goncang lagi (shake, sip, shake) dan nikmati Chill Chill dalam tempoh 10 minit. Melalui cara ini anda akan dapat merasai pengalaman Chill Chill yang terbaik,” Tony mengesyorkan.

“Chill Chill bukan sekadar jenama, tetapi ianya adalah satu gaya hidup. Berpandukan kepada matlamat untuk membantu orang ramai Malaysia bersantai, kumpulkan semula tenaga dan meraikan kehidupan, kami mahu anda #chillchilllah,” tambah beliau lagi.

Berazam membawakan rasa Teh Thai yang sebenar untuk dinikmati oleh lebih ramai lagi rakyat Malaysia, Chill Chill telah merancang untuk membina 100 kios di seluruh negara menjelang penghujung 2018, dengan 50 kios beroperasi menjelang akhir 2017. Sementara itu, Chill Chill juga telah berjaya menembusi pasaran Indonesia serta Brunei, mengikuti jejak Boat Noodle ke luar negara. Kejayaan ini selari dengan rancangan perniagaan Chill Chill untuk memasuki pasaran Asia Tenggara secara lebih aggresif lagi.

IKLAN

Terdapat pelbagai pilihan minuman yang ditawarkan di Chill Chill pada harga berpatutan antara RM6.90 hingga RM12.90. Anda boleh memilih beraneka jenis ‘topping’ mengikut kegemaran anda seperti – serbuk Oreo, jeli kopi, krim putar, jeli ‘blue pea’ serta susu dan puding mangga. Antara minuman istimewa Chill Chill termasuklah Cha Yen (Teh Thai), Kaffe Yen (Kopi Thai), Cha Keow Yen (Teh Hijau Thai) dan Cha Manao Yen (Teh Lemon Thai).

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI