Waktu yang sesuai untuk mengunjungi pulau ini ialah antara bulan Mac hingga Oktober kerana cuacanya yang panas. Ketika ini air laut tenang dan jernih membolehkan anda menikmati keindahan pulau ini. Maka wujudnya pelbagai resort dan chalet yang menawarkan pelbagai pakej dari pakej santai sehinggalah pakej selam skuba.

Kebanyakan pakej yang disediakan telah termasuk penginapan, makan, bot untuk perjalanan pergi dan balik ke jeti serta aktiviti seperti tertera di dalam itinerari.

Menyedari akan tarikan di Pulau Perhentian Kecil, Ombak Dive Resort menjadi pusat sehenti yang menyediakan pelbagai kemudahan khas untuk pelancong. Menurut pemiliknya, Dato’ Zulkifli Mohd Sharif  serta isteri, Datin Nur Salinda Sabar,  Ombak Lodge, Ombak Cafe dan Ombak Divers tercetus sejak 2012 bagi memenuhi keperluan pelancong yang ingin bercuti di Pulau Perhentian Kecil.

Jelas Siti Balqish Sabar selaku Pengurus di resort itu, Ombak Dive Resort menerusi Ombak Lodge menyediakan pelbagai jenis bilik mengikut keselesaan dan keinginan tetamu. “Mengekalkan konsep sederhana dan selesa, antara bilik yang ditawarkan ialah single, twin, triple, dan quadruple sharing rooms. Pengunjung boleh memilih bilik dilengkapi kipas ataupun berhawa dingin mengikut keselesaan masing-masing.

Bagi sesetengah bilik di sini dilengkapi dengan balkoni. Istimewanya di sini, disediakan juga exclusive suites yang lebih privasi selesa buat pasangan yang ingin berbulan madu. Ke semua bilik di Ombak Lodge dilengkapi dengan tilam yang empuk serba baharu, kemudahan bilik air, siling yang tinggi untuk tujuan pengudaraan yang baik. Malahan Ombak Dive Resort disalurkan bekalan elektrik selama 24 jam bagi menjamin keselesaan tetamu yang menginap di sini.

Menjamu selera sambil menghadap pantai

Tiada yang lebih indah dapat menikmati hidangan dalam suasana tenang sambil ditemani bayu laut yang nyaman. Anda dapat merasai suasana ini sebaik ke Ombak Cafe. Pelbagai sajian antarabangsa seperti masakan Cina, Itali dan sajian barbeku disediakan oleh Chef Azizul Hakim Mohamed Mokhtar , berpengalaman luas dalam bidang kulinari.

Di sebelah malam pengunjung yang menginap di resort ini boleh menikmati menu pilihan sambil menonton filem yang ditayangkan dan ditemani cahaya bulan . Kesemua menu disediakansecara A’la Carte. Bagi mereka yang hadir dengan jumlah yang ramai, bufet akan dihidangkan dengan minimum 20 pax setiap hidangan.

“ Kami memberi kelainan buat tetamu dengan menyediakan roti secara segar pada setiap hari. Atas permintaan ramai, turut disediakan variasi kek untuk tetamu yang berhasrat merai majlis tertentu di pulau ini,” ujar Chef Azizul.

Tarikan aktiviti

Ombak Divers juga diktiraf sebagai pusat latihan skuba oleh PADI Dive yang disahkan dan diajar oleh tenaga pengajar yang berkelayakan dan berpengalaman. Buat peminat selam skuba , jangan lepaskan peluang menyelam di sini. Ombak Divers turut menyediakan kelengkapan yang sewajarnya bagi mereka yang ingin merakamkan pemandangan indah di dasar laut.

Pakej snorkeling dengan harga istimewa turut ditawarkan. Jenama Aqualung menjadi pilihan untuk kegunaan snorkeling dan menyelam di dasar laut kerana percaya akan kualitinya. Pengguna yang menginap di sini boleh menyewa peralatan ini dengan harga yang berpatutan.

Secara kesimpulannya, menginap di Ombak Dive Resort menyempurnakan percutian anda.

Tinggalkan Komen