Perasan tak setiap kali kawan atau seseorang itu pulang daripada percutian, pasti anda akan terlihat segelintir manusia yang inginkan itinerari perjalanan mereka untuk di jadikan rujukan.

Masalah yang sering terjadi apabila cuba meniru inti pati perjalanan seseorang itu adalah tidak sama dengan bajet yang anda ada ketika itu. Pasti ada yang terlebih ataupun kurang daripadanya. Untuk pengetahuan anda, setiap perjalanan mereka itu tidak semestinya sama dengan apa yang anda ingin pergi ketika itu.

Kadang-kadang terdapat perubahan mata wang atau perubahan harga kos ketika itu membuatkan bajet anda lari daripada bajet kawan anda yang pernah pergi ke tempat yang sama sebelum itu.

Untuk itu, adalah lebih baik jika anda merancang sendiri apa yang anda inginkan, dan bina itinerari anda berdasarkan kehendak, dan keperluan percutian anda. Bagi memberi anda gambaran yang lebih jelas, jom kita ikuti cara daripada saudara Faiz Najmi yang telah sudi untuk berkongsi cara bagaimana untuk anda membina itinerari anda sendiri.

SENI MEMBINA ITENERARI SENDIRI

Saya perasan bila saya travel ramai yg minta itenerari. Bukan dengan saya saja, malah apabila travelers lain pergi berjalan, hatta di halaman travel lain sekalipun ramai yg meminta itenerari.

Setiap pengembara mempunyai itenerari yg berbeza walaupun di destinasi yg sama kerana wujudnya perbezaan dari segi tempoh perjalanan, musim perjalanan, berapa orang ikut sekali, jenis kenderaan, berapa banyak wang yg dibawa, kemampuan pengembara, tahap pengetahuan/pendidikan pengembara, stamina dan kesihatan pengembara, dan preference pengembara itu sendiri.

IKLAN

Ada pengembara yg lebih hebat sikit suka kumpul itenerari sebagai rujukan. Mereka ini buat homework cuma kadangkala mengumpul beberapa itenerari utk sesuatu destinasi sebagai rujukan boleh jadi overwhelming dan misleading. Harga penerbangan dan hotel berbeza, musim dan cuaca pun berbeza, harga mungkin naik, keadaan politik mungkin tidak stabil, dan nilai matawang turun naik tidak menentu.

Yang penting dalam mengembara ialah niat & semangat mengembara itu sendiri, bukan itenerari. Itenerari hanya garis panduan sahaja. Tak ikut itenerari bukan jenayah besar. Saya sendiri seringkali mengubah rancangan daripada itenerari itu sendiri.

Bagi saya, adalah lebih sesuai meminta itenerari daripada agensi pelancongan berbayar, kerana efeknya serupa, tidak payah buat homework biar orang lain buatkan. Bagi mereka yg kesuntukan masa, tiada masalah membayar untuk beri itenerari. Membina itenerari mengambil pelaburan masa untuk menyelidik yg banyak, adalah tidak adil untuk minta traveler lain beri percuma begitu saja. Lagipun, itenerari orang lain tidak menjamin keseronokan mengembara kerana telah hilang elemen “surprise” daripadanya, sehingga hilang semangat “adventure” dan “spontaneity” yang dimahukan daripada pengembaraan itu sendiri.

Di sini saya akan bagi guideline cara paling mudah membuat itenerari yg sesuai (gambarajah sebagai rujukan), dan saya dah rungkaikan dengan lebih jelas dalam buku saya MUSAFIR DUNIAWI.

IKLAN

Pertama sekali, buat NIAT nak mengembara ke mana dahulu? Nak pergi Skandinavia tengok aurora? Nak pergi Peru tengok Machu Picchu? Nak ke New Zealand buat skydiving? Nak pergi Korea layan kimchi dan k-Pop? Finalize nak berjalan ke mana kemudian cari penerbangan.

Cari penerbangan kalau boleh yg paling efisien dan BELOW MARKET PRICE. Selalukan tengok internet berapa harga standard, dan cari below market price. Biasanya nak tiket murah ini ada transit, kalau transit panjang boleh berjalan di negara transit panjang itu (sebagaimana kami pernah buat ke Madagascar, dan transit seharian di Mauritius). Banyak cara boleh dapatkan flight murah, saya banyak tulis dalam buku MUSAFIR DUNIAWI.

Pastikan juga TEMPOH perjalanan realistik. Pergi 14 hari ke Mauritius mungkin lama sangat dan bosan pulak kan? Empat hari di USA pula singkat sangat tak habis jetlag dah kena balik pulak. Dan perlu matching dengan tarikh cuti.

Perlu diingat HARGA bukan segala-galanya. Apa gunanya murah atau percuma kalau banyak benda tak boleh buat, banyak tempat tak dapat pergi? Kalau pergi Cusco, Peru tak melawat Machu Picchu sebab berkira-kira mahal (RM500+) nak ke situ, rugilah pulak kan? Kalau nak murah hiking lah sikit, cuma memerlukan masa 4 hari hiking. Maka, anda perlu ambil masa 7 hari di kawasan itu saja.

IKLAN

Perlu diingat jika anda tiada masa, korbankan wang sikit. Kalau tiada wang, korbankan masa sedikit. Itu ialah cara travel!

Masa buat draf itenerari (pertama, kedua, ketiga dan terakhir), buat empat kolum dalam itenerari untuk TARIKH, PENGANGKUTAN, PENGINAPAN dan AKTIVITI.

Kemudian buat beberapa baris (row) mengikut hari mengembara, kalau 10 hari tambahlah sepuluh baris di bawah kolum empat itu.

Ini tak susah sangat kan? Ok kemudian, kita buat satu per satu.

BERSAMBUNG BAHAGIAN KEDUA, BACA: Panduan Lengkap Untuk Anda Rancang Itinerari Percutian Sendiri – Bab 2

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI