Travel style backpack ni kebiasaannya kita akan amal konsep minimalis. Semua benda akan diambil kira secara minima termasuklah dengan penyediaan pakaian untuk travel.
Ada yang mungkin tak biasa untuk travel dengan pakaian yang sedikit tapi percayalah, hakikat pakaian yang sedikit ini akan membantu daripada segi pergerakkan kerana semestinya backpack kita akan lebih kecil dan compact.
Keputusan untuk membawa pakaian yang sedikit ini boleh kita buat berdasarkan kepada guideline Trilogi.
APA ITU TRILOGI?
Trilogi ialah konsep membawa pakaian yang minimum ketika mengembara. Konsep ini sesuai diaplikasikan untuk mereka yang gemar mengembara secara backpacking. Ia berkait rapat dengan jumlah pakaian yang dibawa. Selain membantu meringankan beban yang dibawa anda juga mempunyai ruang yang lebih di dalam beg galas, sekali gus memudahkan pergerakan ketika berada di tempat orang.
TIGA
Tidak perlu bersusah payah memikirkan jumlah pakaian yang hendak dibawa. Cukup sekadar tiga helai baju dan tiga helai seluar. Tidak kisah, apa pun jua jenis baju dan seluar yang hendak dibawa asalkan kesemua jenis pakaian tersebut tidak melebihi daripada tiga helai. Yang penting, pakaian tersebut mestilah diperbuat daripada material nipis, mudah kering jika terkena air dan mempunyai fungsi yang pelbagai.
PRAKTIKAL
Nampak macam tidak praktikal kerana secara matematiknya konsep trilogi ini hanya sesuai untuk pengembaraan tidak lebih daripada dua hari ini. Namun, ia sebenarnya lebih daripada itu. Dengan konsep ini, anda boleh mengembara seberapa lama yang dimahukan asalkan sanggup memakai pakaian yang sama. Bukan menjadi hal kerana anda cuma seorang pengembara bukan penduduk tetap negara yang dikunjungi.
MEMBASUH
Bagaimana hendak memakai baju dalam jumlah yang minimum sewaktu mengembara dalam jangka waktu yang lama? Mudah sahaja, anda cuma perlu rajin membasuh. Contohnya, pakai satu, basuh satu dan jemur satu. Keringkannya di dalam bilik mandi ataupun balkoni hotel yang didiami. Sekarang ini, banyak hotel yang menyediakan perkhidmatan dobi layan diri. Jadi, membasuh bukan lagi satu masalah ketika mengembara.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Layan Camping Hujung Minggu Di Alang Manja, Gombak. Sesuai Nak Camping Musim Hujan, Tak dapat Mandi Sungai Boleh Mandi Kolam!
Musim hujan yang melanda hampir seluruh negara pada masa sekarang menghadkan aktiviti seperti camping dan bercuti. Namun ada sesetengah tempat yang masih boleh dikunjungi dan selamat dari fenomena seperti air pasang dan sebagainya.
Berkunjung ke Alang Manja yang terletak di Gombak, misi utama Cik Puteh Hati Zmj adalah mencari tempat yang selamat untuk perkhemahan sekeluarga. Tiada risiko kepala air dan angin kuat dan paling penting anak-anak seronok sepanjang camping.
Hanya setengah jam perjalanan dari rumah, tempat ini merupakan pilihan terbaik buat keluarga ini. Selain ada sungai yang boleh dikatakan selamat, di sini juga terdapat kolam untuk kanak-kanak, jadi kalau tak dapat bermain di sungai, si kecil yang datang masih boleh enjoy bermain kolam.
Selain orang awam datang camping, tempat ini juga terdapat resort dan juga sesuai untuk berpiknik di hujung minggu.
Nak tahu apa lagi menarik di Alang Manja, ikuti perkongsian Cik Puteh Hati Zmj:
Camping di Alang Manja, Gombak
Trip minggu lepas ye 5-6 Nov (2D1N) tapi baru berkesempatan nak post
Masa nak pergi hari tu kami cuba survey-survey tapi tak banyak review pasal tapak ni. Lepas dah balik ni kami rasa they deserve a credit
- Harga tapak = rm60 (sila berhubung dengan caretaker to confirm. Sebab harga mungkin berubah mengikut kesediaan facility i.e sekarang masih under renovation
- plugpoint = banyak giler. Plugpoint lagi banyak pada tapak khemah kena bayar RM10
- riverside = yes ada
- stream = semua boleh. Untuk budak, mak budak bapak budak abang kakak atuk nenek semua boleh. Janji jaga keselamatan diri
- swimming pool budak-budak= sesuai untuk anak-anak paras lutut budak umur 10/11 tahun. Caretaker kata owner tengah nak buat swimming pool orang dewasa agak-agak paras dada
- line telefon = semua cemerlang cuma tak ade masa nak belek phone je
- parking = RM10 (per entry kut) agak jauh ke tapak. Kena guna wagon. Lecak sikit ye. So kalau yang nak rasmi wagon sangat sesuai baru la berbaloi
- toilet = ada 10. Ada shower, cermin, tempt gantung. Tong air besar. Puas mandi. Tapi take note share dengan orang picnic day trip
- check in 12 check out 12. Kurang lebih cek ngan CO
- Surau ada selesa sangat dan tempat tinggi
- sinki ada
- mesin gedegang ada air/jajan lbh kurang
- pakcik aiskrim
Cuma kami je berkhemah kat situ malam tu. Tapi ini macam resort style ada la guest yang menyewa kat resort/chalet tu hari tu. Malam tak sunyi pun sebab diaorang yang kat resort tu buat bakar-bakar bbq jugak.
Tapak agak limited dan sempit boleh tengok gambar. Yang betul-betul riverside rasanya dalam 3 tapak je
Misi utama kami mencari tempat yang selamat kepala air dan angin kuat tapi anak-anak masih seronok. So kami rasa ini antara pilihan terbaik untuk santai hari minggu. Hanya setengah jam dari rumah kami Sungai dia turun kebawah.
Menurut kata CO kalau air naik pun sampai tangga je. Dan kalau hujan dinasihatkan jangan mandi sungai. Since dia ada kolam untuk anak-anak budak-budak memang biar mandi kolam je pun tak ape. Tak risau sangat.
Weekend ramai orang datang picnic memang meriah. Untuk pengetahuan atas sikit dari tapak ni ada air terjun sungai pisang katanya sangat cantik. Kami tak sempat nak naik atas sana. Sepanjang 2 hari di sini cuaca sangat menyebelahi kami. Tak ada setitik hujan pun. Alhamdulillah
Untuk review penuh campsite ni boleh tgk youtube kami https://youtu.be/oCb8F6hrPFM
Kredit: Cik Puteh Hati Zmj
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mesej Daripada Tony. AirAsia Harap Pelanggan Tidak Tuntut ‘Refund’
AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah negara menyarankan para pelanggan yang terjejas agar penerima tawaran kredit bukannya menuntut bayaran balik bagi penerbangan yang dibatalkan kerana wabak COVID-19.
Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes berkata, sehingga kini lebih 80 peratus pelanggan telah menerima tawaran kredit sebagai alternatif.
“Saya tahu ramai di antara anda telah menyatakan kekecewaan kerana tidak menerima bayaran balik untuk penerbangan anda tetapi saya menyarankan anda untuk menerima kredit sebagai alternatif terbaik. Lebih daripada 80 peratus daripada anda telah menerima tawaran kredit kami dan kami benar-benar menghargai ini. Kredit ini mempunyai masa sah 365 hari dan membolehkan anda mengubah tarikh penerbangan anda untuk beberapa kali tanpa had. Namun, ia mungkin memerlukan proses yang panjang antara 12 hingga 16 minggu kerana banyak permintaan yang kami terima. Kami tidak mempunyai perolehan yang masuk, 96 peratus penerbangan terjejas dan kami masih mempunyai komitmen kewangan berterusan seperti pembekal bahan api dan ejen pajakan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi AirAsia.
“I know many of you have expressed frustration with not receiving a refund for your flights but I encourage you to accept a credit as a good alternative. More than 80 percent of you have accepted our credit offer and we truly appreciate this. Please know that our policy is in line with many operators in the travel industry and reflects our focus on coming out the other side of this difficult period and flying with you again as soon as possible. We have ensured that we adhere to all regulations and requirements of respective governments and consumer authorities and believe this is the best solution. You are among the over 600 million guests who have flown AirAsia and can’t wait to fly with you again once this is over. While we strongly encourage you to accept the credit which is instant and comes with a 365-day validity and allows you to change your flight date for an unlimited number of times, we do accept requests for refund on a case by case basis. However, due to the overwhelming number of requests that we have received, it may take a long process of between 12 to 16 weeks.”
Beliau menambah, walaupun pihaknya amat mengharapkan pelanggan menerima tawaran kredit, AirAsia masih menerima permohonan untuk pembayaran balik mengikut kes. Jelas beliau, apa yang sedang berlaku sekarang ini adalah cabaran terbesar yang dihadapi AirAsia dalam tempoh hampir 20 tahun penubuhannya. Oleh itu, beliau mahu bersikap terbuka dan telus dalam situasi yang tidak menentu ini.
Sebelum ini AirAsia mengambil langkah mengurangkan gaji sementara bagi barisan kakitangan pengurusan kanan sebagai langkah mengurangkan kos syarikat.
Rata-rata pelanggan meninggalkan komen yang tidak bersetuju dengan kaedah tersebut.
Sumber:FB SinarHarian | FB AirAsia
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Trip Suami Isteri Jejak Negara Eropah Untuk 23 Hari. Super Awesome!
Setiap percutian panjang perlukan perancangan rapi. Lagi-lagi kalau percutian tersebut melibatkan banyak negara untuk dilawati. Jika anda ingin melancong ke Eropah dalam tempoh yang panjang, boleh jadikan trip sepasang suami isteri ini sebagai info buat anda.
Pasangan suami isteri ini telah memulakan trip ke Eropah bermula dari Kuala Lumpur, Krabi, Oslo-Norway, Tromso-Norway, Abisko-Sweden, Stockholm-Sweden, Switzerland, Munich-Germany, Salzburg-Austria, Prague-Czech Republic, Berlin-Germany, Singapura dan kembali ke Kuala Lumpur selama 23 hari. Best kan?
Jom baca perkongsian ini:
Saya nak share percutian trip Eropah saya selama 23hari (1-23 nov 2019) bermula dari
KL – KRABI – OSLO (NORWAY) – TROMSO (NORWAY)- ABISKO (SWEDEN) – STOCKHOLM (SWEDEN) – SWITZERLAND – MUNICH(GERMANY) – SALZBURG(AUSTRIA) – PRAGUE (CZECH REPUBLIC) – BERLIN(GERMANY) – SINGAPORE(transit) – KL
KRABI-OSLO-TROMSO
- Tiket murah by Norwegian Airline bulan July. Terus grab sebab memang plan nak ke Norway untuk hunting Aurora and kebetulan tiket tengah murah terus grab.
- kalau naik Norwegian airline makesure bawak earphone yea. Boleh layan movie. Earphone saya tak boleh cucuk.
- Tak lepak Oslo just overnight di airport sebab esoknya flight awal ke Tromso.
- Di airport Oslo ada ruang khas utk solat di aras departure. Cari or tanya pekerja situ kat mana “chaplin”
- Di Tromso pakai apps utk beli ticket bus(sana ada bus sahaja) pekan kecil. Di setiap bus stop ada nama. So kalau nak ke tempat tinggal make sure tahu nama bus stop(berdekatan tempat tinggal) dan letak nama bus stop yg korang berada ketika itu di dlm apps,jadi boleh nampak bus nombor berapa yg perlu naik.
- Airbnb sgt recommended sbb boleh tengok aurora di balkoni. Stay sekali dgn owner(baik siap tunjukkan manual setting utk snap aurora)and ada traveller lain tapi dah check out.
- Hari pertama tak dpt tgk aurora sbb cloudy. Esoknya rezeki tuan rumah tunjuk ada aurora. So tengok di balkoni.
- Dekat pekan ada surau nama “al nor”. Boleh google dekat mana and pintu masuk kena letak password. Pintu depan belah perempuan and belakang utk lelaki;
*Password pintu perempuan: 1969#
*Password pintu lelaki : 1965#
TROMSO-ABISKO
- Naik bus awal pagi dari airbnb. Naik bus #100 dari Tromso pukul 6.25am( bus stop Tromsdalen Bruvegen) ke Narvik(bus sehari ada 3kali. Saya naik bus awal sebab nak kejar train di Narvik),then naik train dari Narvik ke Abisko Ostra.
- Train dari Narvik ke Abisko pukul 3.15pm sampai Abisko Ostra pukul 4.44pm. Sampai pun dah gelap. Mmg sunyi berjalan ke Abiskonet. Mcm pekan zombie pun ada.
- Suhu -17,18 tapi actually feels like -21,22 tertampar rasa muka dgn angin sejuk. Air hidung pon beku.
- Ticket train beli melalui apps.
- Stay di abiskonet. Take note toilet adalah share dan mandi open sesama gender. Para perempuan digalakkan bawa kain batik kalau malu mandi bogel dan juga ada sauna.
- Cadang datang ke Abisko nak tgk aurora. Tapi suhu sejuk gila. Ada satu malam tu terlepas nak tengok. Tapi dah cover di Tromso dpt tgk aurora jadi dah lepas hajat utama.
- Di Abisko hanya ada satu saja kedai utk beli barang makan nama Godis Fabriken supermaket.
ABISKO-STOCKHOLM
- Ambil night train ke Stockholm.
- Tak ramai yg naik train boleh kira berapa orang yg naik. Station pon takde pekerja jadi tunggu aje makesure ticket dah siap beli.
- Ticket beli guna apps yg sama.
- Jalan area old town,pergi masjid central mosque(jalan kaki sepanjang di Stockholm) kecuali nak ke airport.
- Di setiap train station Stockholm ada wall art tapi memandangkan berjalan kaki jadi tak tengok wall art kecuali nak ke airport. Baru nampak. Cool jugak.
- Di airport Arlanda stockholm ada ruang solat(campur-Ccampur agama solat nama chaplin juga)
STOCKHOLM-SWITZERLAND
-Naik Swiss airline dari arlanda airport.
- Dari stockholm central saya naik train kemudian tukar naik bus(ticket valid 2 jam) so cover sekali dgn bus) kalau direct naik train,di airport ada bayaran lain. So naik train dan tukar naik bus lagi jimat.
- Make sure beli ticket train(zurich-airbnb di interlaken OST)ke tempat tinggal awal2 sebab harga berubah mengikut masa. Kalau bukan sebab saver day price boleh cecah rm400++ lagi lewat beli lagi mahal. Masuk toilet menangis
- Cover Lauterbrunnen,Grindelward,Zermatt,lake Briz and beberapa tempat lain.
- Hilang rase penat tengok kawasan tenang di Swiss.
- Tempat stay pun recommended tapi utk family boleh juga cumanya toilet share. Saya amek bilik private utk 2 org. Toilet share and ada dapur.
- Saya beli siap2 dari malaysia SAVER DAY PASS utk 2 orang selama 2hari. Sama mcm STP tapi utk cable car kena bayar full. Itu sahaja perbezaan SDP dgn STP.
SWITZERLAND-MUNICH
- Di station bus Zurich ada kedai kebab halal harga CHF10 incase lapar boleh lah makan(pejam mata dgn amount kena bayar)
- Naik bus ke Munich. Masuk aja sempadan Germany akan berhenti satu tempat nie (mcm tempat parking) and polis akan naik atas bus and minta passport and bawa turun. Nanti dorang akan return semula.
- Bas ada wifi&toilet (flixbus)
- Sana ada kebab halal famous nama Mustafa Gemuse Kebab. Kena beratur.
- Stay dua tempat sbb baru perasan ade terlebih satu hari di munich.
- Di munich(dan mungkin seluruh German setiap hari ahad memang sunyi dah kedai banyak tutup. Mmg ada rules pada hari ahad tak boleh bising-bising).
- Hotel Im Bunker (studio room) tu mmemang best sesuai untuk couple & family. Toilet pun ada sekali. recommended! Actually bangunan tu bunker zaman dulu yg dah di ubah suai. Bersih dan lawa.
- Jalan sekitar marienplatz,newtown hall,odeonplatz,english garden,angel of peace and beberapa tempat(kebetulan sambil jalan kaki)
MUNICH-SALZBURG
- Naik Flixbus and turun kat tepi jalan. Seberang jalan ada bus stop so amek bus tu terus ke hotel.
- Pekan kecil yg best. Ramai juga muslim di situ.
- Sana banyak bus.
- Makanan halal pun senang cari kecuali di Hallstatt.
- Hotel recommended dkt dgn Salzburg HBF(bus&train station)
- Jalan dari hotel ke area Mozart birthplace and jenjalan sekitar situ.
- Ke Hallstatt naik bus direct terus ke kampung Hallstatt so takde naik ferry ke seberang or apa. Rasa lagi mudah. Route bermula dari :1)salzburg HBF #150 – Bad Ischl(tukar bus) / 2)bad Ischl #542 – Gosausee bus stop / 3)Gosausee bus stop #543 – Hallstatt bus stop. (Nak balik ikut nombor bus yg sama.) ticket beli guna apps and boleh tgk schedule bus pergi dan balik. Sgt mudah!
SALZBURG-PRAGUE
- -Beli ticket bus dgn flixbus include ticket train dari Salzburg train ke Linz central train station. Keluar dan jalan kaki cari bus stop flixbus utk ke Prague UAN Florenc.
- Last minute plan ke Prague. So far ke sana ok aje(risau pencopek actually)tapi tak tahu lah sebab satu hari sahaja di sana. Takde naik train ke apa just jenjalan walk in distance dari hostel.
- Trdelník mmg TERBAIK
- Hostel nie tak berapa nak recommended sgt sbb still baru dan dalam proses renovation. Nama hostel pun takde mmg cari tak jumpa. Kebetulan owner tgh hisap rokok dekat luar so dia tegur dan kami pun check in.
- Jalan area oldtown hall,prague astronomical clock and jenjalan di bangunan2 situ sahaja.
PRAGUE-BERLIN
- Ticket balik melalui Berlin naik Scoot. Transit di Singapore.
- Lagi sekali naik bus ke Berlin. Bus berhenti mcm RnR and polis dtg naik atas bus. Kali nie siap geledah bag & badan tapi Alhamdulillah bag saya dan husband tak kena dorg just tgk passport and return balik lepas tgk sambil senyum. Menggelabahlah juga. Yg lain bag kena geledah and check badan.
- Shopping di Primark Alexanderplatz. Get ready duit aje.
- Since saya bermalam di airport sbb flight pagi ke singapore,so segala bag saya letak beg dalam locker di Berlin central station harga €6 besar gak. Lepas 2 packpack besar,1 backpack kecil. Lagi satu saya akan ke airport dari Berlin Central Station jadi senang nak ambil bag dan terus gerak.
- Di Berlin saya beli day pass(guna sehingga jam 3am) include naik bus ke Tegel Airport.
Note:
- Ticket naik train/tram/bus mmg guna apps beli online. Mmg takda org check ticket. Terasa mcm rugi je beli ticket BUT di sana pekerja menyamar jadi orang biasa and akan perhati. So jgn tak beli ticket. Dari beli ticket murah nanti kena denda bayar mahal. Kenapa saya beli guna apps, sbb malas nak pegang ticket takut tercicir & malas nak check in ticket di mesin.
- Duit cash saya cuma bawa 40euro and duit Swiss 30CHF. Still ada balance sebab semua pakai card di sana.
- Banyak pakai bigpay sbb bigpay boleh letak no telefon simcard yg saya beli. So senang OTP boleh dapat direct. Malas nak roaming.
- Saya dan husband jalan santai tourist spot area and berdekatan dengan tempat tinggal sbb kami berjalan kaki(kecuali di Munich dan Berlin) kemudian balik ke tempat tinggal around 4-5pm sbb dah gelap.
- Di Berlin ada yang tegur ‘speak English?’ Tapi kami cakap “No” sebab yang tegur tu macam pegang kertas & pen macam nak minta sign (teringkat kisah orang share di Paris then kena copek (elak sebelum kena)
- Banyak refer apps utk timing train/bus/tram. Dah install siap2 dari malaysia(boleh refer ruang perbelanjaan saya utk tahu apps apa yg saya pakai)
- Mostly gambar baju/tudung yg sama sbb tak bwk banyak baju. Waktu sejuk nak senyum pun keras muka. Yg bwk pun ada yg tak pakai. (yg dah pakai saya basuh kat sana and ada yg pakai berulang kali sbb mmg tak berbau).2set long john,1seluar jalan,3 baju jalan,3helai tudung,1 winter jacket&1 sweater.
- Alhamdulillah setakat nie solat di luar tak ada yg ganggu. Paling senang solat di tempat locker. Di Swiss ade solat di bawah tangga. Sejuk kemain.
Terima kasih pada kawan-kawan yg saye pernah comment dan DM tanya macam-macam and sudi share pengalaman.
Sumber: FB Emily Ishak
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI