• 14
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    14
    Shares

Seorang pelajar Malaysia, Muhammad Amirul Ashraf Abdullah, 21, dilaporkan lemas ketika berkelah di Sungai Arakawa, Saitama, Jepun, petang semalam.

Mangsa, pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan mekanikal informatiks di Universiti Meiji, Tokyo adalah pelajar tajaan Yayasan Pelajaran Mara (YPM).

Pengurus Unit Koordinasi YPM, Khairul Amri Masrakin berkata, ketika kejadian mangsa bersama 10 rakannya mengadakan perkelahan di sungai berkenaan selepas tamat peperiksaan.

“Mangsa bersama rakannya tiba di kawasan perkelahan itu kira-kira 4 petang (waktu tempatan) …ketika lapan daripada rakannya menyiapkan bahan untuk memasak barbeku, mangsa bersama dua lagi rakannya pergi menyeberang sungai.
 

“Mangsa dikatakan tiba-tiba tenggelam dan lemas apabila tiba di kawasan tengah sungai, seorang rakannya telah sampai ke seberang manakala seorang lagi tidak jadi untuk menyeberangi sungai berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, mangsa cuba meminta bantuan, namun pelajar lain tidak dapat berbuat apa-apa.

Khairul Amri berkata, orang awam yang berada berhampiran segera membuat panggilan kecemasan dan anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian mengambil masa 40 minit bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Red Cross Fukaya dan ketika dalam perjalanan, pasukan perubatan cuba melakukan pernafasan mulut ke mulut (CPR).

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada jam 6.30 petang waktu tempatan,” katanya.

Beliau berkata, pihak kedutaan dan keluarga telah dimaklumkan oleh wakil YPM di Jepun dan setakat jam 8 malam tadi, jenazah masih berada di hospital berkenaan.

Khairul Amri berkata  berkemungkinan keluarga mangsa akan berlepas ke Jepun hari ini, bagi  menguruskan proses membawa pulang jenazah ke tanah air. 

Anggota keluarga Muhammad Amirul Ashraf Abdullah yang lemas ketika berkelah di Sungai Arakawa, Saitama, Jepun, semalam akan berangkat ke negara itu malam ini untuk urusan menuntut dan membawa pulang jenazah.

Pengarah Projek Malaysia-Japan Higher Education, Yayasan Pelajaran Mara (YPM) Mat Zailani Mat Nawawi berkata ibu Muhammad Amirul Ashraf, 21 tahun, iaitu Junaidah Mat Ali dan bapa saudaranya serta seorang pegawai YPM akan berlepas ke Jepun pada 11.30 malam ini.

Mat Zailani berkata jenazah dijangka dibawa pulang ke Malaysia pada Rabu atau Khamis bergantung kepada jadual penerbangan serta prosedur sedia ada yang ditetapkan negara itu.

Semalam, Muhammad Amirul Ashraf yang menyertai perkelahan bersama 10 rakan selepas tamat peperiksaan kira-kira 4 petang di Sungai Arakawa, Saitama, Jepun lemas selepas terjatuh ke dalam sungai berkenaan.

Allahyarham merupakan pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan mekanikal informatiks di Universiti Meiji, Tokyo tajaan YPM

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: