Pelancaran Destinasi  Baharu Scoot di Malaysia

Scoot memulakan jualan tiket secara rasmi hari ini untuk destinasi terbaharunya di Malaysia, iaitu Kuching dan Kuantan. Tambahan kepada rangkaian penerbangan Scoot ini menjadikan syarikat penerbangan tersebut kini beroperasi di enam buah bandar raya di Malaysia termasuk Ipoh, Kuala Lumpur, Langkawi dan Pulau Pinang.

Penerbangan sulung ke Kuching dijadualkan berlepas pada 29 Oktober 2017 manakala penerbangan pertama ke Kuantan pula akan berlepas pada 2 Februari 2018. Scoot akan mengendalikan penerbangan harian dari Singapura ke Kuching dan terbang tiga kali seminggu ke Kuantan.

Destinasi Baharu

Dua destinasi baharu ini adalah di antara lima destinasi baharu yang diumumkan pada 25 Julai bersempena dengan majlis penyempurnaan proses penggabungan Scoot-Tigerair di bawah jenama tunggal, Scoot. Tiga lagi destinasi lain ialah Honolulu, destinasi sulung Scoot di Amerika Syarikat,Harbin di Timur Laut China dan Palembang di Indonesia.

Ketua Pegawai Eksekutif Scoot,  Lik Hsin berkata, “Malaysia ialah pasaran yang sangat penting bagi Scoot. Destinasi baharu kami seperti Kuching dan Kuantan akan melengkapi rangkaian penerbangan kami di Asia Tenggara yang sememangnya kukuh. Sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan syarikat, kami akan terus meneroka peluang untuk membawakan pengalaman kembara unik Scoot, yang dinamakan “Scootitude”kepada lebih ramai penumpang di rantau ini.”

Pakaian Seragam Baharu

Selain daripada destinasi baharu, anak kapal Scoot yang lebih mesra digelar Scootees, mula menggayakan rekaan pakaian seragam serba baharu dengan penampilan lebih menyegarkan,lengkap dengan ciri-ciri Scoot yang tersendiri. Pakaian seragam terbaharu untuk anak kapal wanita menampilkan potongan menarik dengan rekaan baju tidak simetri dan garis pinggang yang lebih tinggi, manakala rekaan untuk anak kapal lelaki pula memaparkan garis sudut yang lebih menonjol bagi menyerlahkan warna kuning pada kemeja polo yang digayakan.

Kedua-dua pakaian seragam anak kapal lelaki dan wanita ini juga menampilkan keceriaan, seperti butang hitam yang disulami dengan benang kuning untuk memberikan sentuhan tersendiri kepada pakaian seragam anak kapal lelaki dan fabrik yang lebih tebal untuk memberikan keselesaan kepada Scootees agar tidak berasa sejuk semasa berkhidmat di dalam kabin. Pakaian seragam baharu ini merupakan permulaan baharu bagi anak kapal kedua-dua syarikat penerbangan ini, manakala kombinasi asas hitam dan kuning dikekalkan sebagai lambang keseronokan dan kespontanan jenama Scoot.

Scoot juga telah menggantikan cogan kata Get Outta Here! dengan slogan baharu, Escape the Ordinary (Nikmati yang Luar Biasa).  “Ia lebih relevan kepada pasaran global masa kini seiring pertumbuhan rangkaian kami yang serasi dengan naluri kami untuk mengembara dan meneroka dunia.” kata Lee.

Scoot juga melancarkan pesawat A320 pertama dengan nama “Conscious Coupling”, yang dahulu dikendalikan oleh Tigerair dan kini dicat semula dengan corak warna Scoot, sebagai tanda peringatan kejayaan penggabungan di antara Scoot dan Tigerair. Angkatan pesawat rangkaian Tigerair sedia ada akan dicat semula secara berperingkat dan perubahan penuh wajah pesawat dijangkakan selesai menjelang pertengahan 2018.

Untuk meraikan kejayaan ini, Scoot menawarkan tambang sehala yang menarik dari Kuching dan Kuantan. Taip kod promosi “MYSCOOT” untuk mendapatkan potongan RM15 daripada tambang FLYBAG dan FLYBAGEAT terpilih. Tambang Scoot bagi Kuching dan Kuantan disenaraikan di bawah. Promosi ini bermula sekarang sehingga 11.59 malam pada 14 Ogos 2017. 

Tambang Penerbangan Dari Kuching dan Kuantan

Dari

Destinasi

Tambang Promosi (RM)

Kuching

Singapura

RM99

IKLAN

Kuantan

Singapura

RM89

Kuching

Hong Kong

RM245

Kuantan

Hong Kong

RM215

Kuching

Guangzhou

RM245

IKLAN

Kuantan

Guangzhou

RM215

Kuching

Taipei

RM395

Kuantan

Taipei

RM365

Kuching

Sydney

IKLAN

MR465

Kuantan

Sydney

RM435

Kuching

Melbourne

MR465

Kuantan

Melbourne

RM435

Kuching

Athens

RM865

Kuching

Jeddah

RM895

 

 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI