Semua orang tahu Bali adalah satu destinasi pelancongan yang popular di dunia tak kira untuk bersiar-siar bersama keluarga atau sahabat handai ataupun untuk berbulan madu. Saban tahun, Bali mencatatkan kehadiran pelancong yang tinggi dan industri pelancongan adalah satu daripada industri yang menjana ekonomi di sana.
Tapi disebabkan kehadiran pelancong yang tinggi, pihak berkuasa tempatan akan mengenakan cukai sebanyak USD10 atau RM41 kepada setiap pelancong yang datang ke pulau itu untuk membiayai kos pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dan budaya masyarakat Bali.
Lapor The Straits Times, kepulauan itu menerima kunjungan pelancong seramai 5.7 juta pada 2017 dan 6 juta pada 2018 selain menjadi tuan rumah kepada beberapa acara besar antarabangsa seperti Mesyuarat Agung Tahunan IMF-World Bank.
Ketika ini, kepulauan Bali sedang berusaha untuk mengurangkan pencemaran plastik di pantai dan perairan berkenaan. Dianggarkan sebanyak 3,500 tan sampah dihasilkan setiap hari dan hanya 60% sahaja yang dilupuskan di kawasan pelupusan sampah.
Pihak berkuasa Bali mengharapkan sasaran penurunan penggunaan plastik sampah sebanyak 70% dapat dilaksanakan dalam tempoh setahun ini dan akan datang malah Bali turut mengharamkan penggunaan plastik dan penyedut minuman sejak Januari lalu.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Malaysia Masih Selamat! Kita Tak Perlu Halang Pelancong Dari Wuhan Datang!’- Perdana Menteri
Keadaan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) di Malaysia belum lagi sampai di peringkat kritikal, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Setakat ini, empat disahkan kes Koronavirus yang dikesan di negara kita.
“Buat masa sekarang ia belum lagi kritikal hingga perlu menghalang pelancong, contohnya. Kita perlu menilai bila peringkatnya kritikal. Namun kita akan terus melakukan pemeriksaan ke atas pelancong, apabila terdapat beberapa petunjuk yang mungkin telah dijangkiti,” katanya kepada Bernama.
Kebanyakan negara sudah mengambil beberapa langkah kerana ia sesuatu yang amat serius memandangkan kita tidak mengenali penyakit ini sebelum ini.
"Bagaimanapun, manifestasi penyakit ini agak sukar dikesan. Ini persoalannya apabila orang ramai boleh bergerak dan pergi ke mana-mana dengan amat pantas. Sebelum anda boleh mengesan seseorang itu sakit, dia telahpun sampai ke destinasinya, jadi kita terpaksa menerima bahawa satu kawalan sepenuhnya adalah suatu yang mustahil,” katanya.
Tun Dr Mahathir berkata, setakad ini kerajaan belum ada rancangan untuk menghalang pelancong dari Wuhan, China daripada memasuki negara ini.
Ditanya sama ada kerajaan berhasrat untuk kuarantin semua pelancong China dan negara lain yang dijangkiti sejurus memasuki negara ini, Dr Mahathir berkata tindakan itu tidak sesuai dilaksanakan memandangkan jumlah pelancong negara berkenaan yang memasuki negara ini meningkat sehingga dua juta orang.
“Pelancong dari China kadang-kadang meningkat sehingga dua juta. Kita nak simpan dia di mana? Jadi yang mana ada simptom, ada sikit sign pun kita kuarantin mereka. Anda boleh hantar pulang mereka ke China tetapi dalam proses menghantar mereka pulang, mereka akan bersentuhan dengan orang lain. Adalah lebih baik mereka dikuarantin terlebih dahulu sehingga mereka menunjukkan tiada tanda, barulah kita hantar mereka pulang,” katanya.Tun Dr Mahathir Mohamad
Dr Mahathir berkata, adalah lebih mudah jika seseorang yang telahpun mempunyai penyakit lain untuk dijangkiti dengan virus baharu ini, itulah sebabnya kerajaan perlu bekerja di luar sistem yang mana kita boleh mengasingkan mereka dengan cepat pada masa hadapan.
“Kita juga tidak pasti mengenai rawatan. Jadi buat masa sekarang ia melibatkan pencegahan dan bukan rawatan… dan pencegahan melibatkan memakai topeng mulut dan hidung dan jauhi tempat ramai orang, yang disyaki mempunyai penyakit itu,” katanya lagi.
Beliau turut menasihati rakyat Malaysia yang berada di China dan negara yang turut dijangkiti virus berkenaan untuk mengambil langkah sewajarnya dengan menggunakan topeng mulut dan hidung bagi mengelakkan jangkitan.
"Kerajaan China mengambil tindakan tegas dengan mengasingkan mereka yang dijangkiti oleh penyakit itu yang bermula di Wuhan dan menghalang mereka daripada bergerak keluar. Kerajaan China juga telah mengenakan kuarantin kepada seluruh 11 juta penduduk (di Wuhan), ini satu tindakan drastik dan ia menunjukkan ketegasan kerajaan China bagi mengawal penyakit itu,” katanya.
Malaysia Ada Pengalaman Tangani Kes Virus
Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Dato’ Dr. Wan Ismail pula memaklumkan Malaysia mempunyai kapasiti untuk menangani kes virus 2019 novel koronavirus dengan sejarah kejayaan cemerlang mengawal penyakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), Virus Ebola dan Virus Nipah yang pernah terjadi sebelum ini.
“Ia menunjukkan bahawa kita mempunyai keupayaan untuk menjaga diri kita, tetapi kita memerlukan kerjasama semua rakyat Malaysia. Jangan tular berita palsu, menakutkan dengan memberi gambaran kita dalam keadaan panik, adalah penting untuk menjaga satu sama lain," nasihat beliau selepas mempengerusikan mesyuarat koordinasi kluster 2019 novel koronavirus.
Malah katanya kepada status virus koronavirus di negara ini masih dalam keadaan terkawal tanpa perlu mencetuskan suasana panik. Di China ia dikategorikan sebagai wabak tapi di negara ini ia disifatkan sebagai satu kluster.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Zoo Negara ‘Offer’ Rakyat Malaysia Jadikan Singa, Harimau, Penguin Sebagai Haiwan Angkat Dengan Segera
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikeluarkan kerajaan sejak 14 Oktober 2020 lalu sehingga hari ini di Kuala Lumpur tidak hanya memberi kesan kepada orang persendirian sahaja, tetapi juga organisasi bukan kerajaan (NGO).
Antara organisasi yang turut menerima tempias ialah Zoo Negara, kerana sebahagian daripada pendapatan mereka datang daripada hasil jualan tiket. Zoo Negara memerlukan lebih banyak sumbangan bahan mentah dalam bentuk daging, sayur-sayuran dan buah-buahan bagi menampung keperluan bekalan makanan di taman haiwan itu. Makanan utama iaitu daging, sayur dan buah amat diperlukan dengan jumlah yang banyak untuk bekalan makanan haiwan jenis herbivor dan karnivor di zoo ini. Zoo Negara sangat mengalu-alukan sumbangan pihak luar pada ketika ini.
Entah makan entah tidak la haiwan-haiwan ini sekarang di zoo. Mungkin juga makanan mereka perlu dicatu ketika ini. Untuk menjamin kelangsungan hidup haiwan di situ, Zoo Negara masih meneruskan kempen haiwan angkat atau adoption sebagai salah satu usaha untuk memastikan bekalan makanan, perubatan dan pengurusan haiwan-haiwan akan berterusan. Kempen ini mula dilakukan ketika PKP pada bulan Mac 2020 dan diteruskan sehingga hari ini.
Antara haiwan yang boleh dipilih untuk dijadikan haiwan angkat ialah Kayla (harimau Malaya), Sibol (gajah) , Flash (cheetah) dan banyak lagi.
Menerusi kempen ini, orang ramai boleh memilih sama ada mahu memberi sumbangan secara one off atau secara bulanan, mengikut pakej yang tersedia. Mereka yang memberi sumbangan akan dihadiahkan e-sijil yang akan turut dicatitkan dengan nama haiwan yang dipilih, malah nama mereka juga akan dipamerkan di laman web Zoo Negara.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Zoo Negara di talian 03-4108 3422 atau menerusi emel di pr@zoonegaramalaysia.my.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Awesome Travel Pillow Yang Anda Kena Ada Untuk Trip 2019!
Setiap orang memerlukan tidur yang lena lebih-lebih lagi kalau sedang menempuhi satu perjalanan jauh sewaktu travel. Jadi, Libur ingin berkongsikan gear yang berguna kepada anda semua dan fokus kali ini ialah bantal compact untuk travel, mudah untuk dibawa dan disimpan. Sesuai untuk semua traveller especially kaki backpack. Walau pun backpacking, takkan nak berbantalkan lengan pula kan?
Kesemua gear yang Libur senaraikan ini adalah daripada Indiegogo. For those who didn’t know yet, Indiegogo adalah satu website yang menjadi platform kepada para inventor untuk mencipta dan memasarkan produk atau idea baru ciptaan mereka.
Jadi tanpa melengahkan masa, jom kita tengok apa bantal yang anda boleh gunakan untuk travel trip next year nanti.
- Voyage Pillow
Voyage pillow daripada Sondre ini menggunakan rekaan dua dalam satu yang menggabungkan bantal dan juga penutup mata. Ianya sangat selesa untuk digunakan ketika dalam perjalanan tidak kira di dalam kapal terbang, kereta api mahupun di dalam kereta.
Bantal Voyage ini juga menggunakan jenis kain poly/spandex dan bantal microbead, membolehkan ianya di ubah bentuk bagi memberikan keselesaan kepada si pemakai.
Website: The Voyage Pillow
Harga: RM104
- Blossom Ergonomic Neck Pillow & Eye Mask Travel Kit
Bantal Blossom mempunyai memory foam yang premium dan ergonomik, reka bentuk yang draping serta menawarkan tekanan sifar ke leher dan mata anda. Blossom juga bantal leher pertama yang dibina daripada material memory foam yang mudah dan selesa untuk diletakkan ke leher dan mata anda bagi memberikan sokongan dan menyerap tekanan tanpa mendatangkan kedudukan dan ketidakselesaan yang janggal kepada lehar dan mata. Rekaan Blossom juga membolehkan ianya digulung seterusnya memudahkan proses penyimpanan di dalam bagasi dan menjimatkan ruang.
Website: Blossom Ergonomic Neck Pillow & Eye Mask Travel Kit
Harga: RM254
- BullRest Travel Pillow
Mempunyai design yang unik, bantal ini direka bentuk 80 peratus lebih kecil daripada bantal travel tradisional dengan reka bentuk yang lebih ergonomik dengan memory foam untuk keselesaan leher yang lebih baik. BullRest ini juga datang dengan beg dan carabiner untuk setiap pembelian bagi memudahkan penyimpanan di dalam bagasi.
BullRest bukan sahaja kecil tetapi sangat selesa. Memory foam yang digunakan memuatkan keseluruhan pangkal leher setiap pengguna untuk memberikan sokongan dan keselesaan yang unggul. Jurutera produk BullRest ini berjaya membangunkan bentuk ergonomik pertama dunia yang betul menjajarkan tulang vertebra C1-C7 dan BullRest direka untuk lelaki dan wanita. Jadi tidak perlu risau, keselesaan yang diberikan akan dapat dinikmati oleh sesiapa sahaja.
Website: BullRest Travel Pillow
Harga: RM250
- Hooded Travel Pillow
Reka bentuk hud yang boleh menutup mata anda untuk memberikan rasa gelap dengan segera. Ia dibuat dengan jenis micro–fleece yang selesa, memory foam yang memberikan keselesaan ergonomik, dan beg yang boleh ditanggalkan dengan penutup tali untuk mengikat bantal anda untuk memudahkan proses penyimpanan.
Antara ciri-ciri lain bagi produk selain menggunakan micro–fleece adalah saiz hud yang cukup besar, memory foam yang ergonomik, dimensi produk bersaiz 11 “x 11″ x 4 ” dan hanya seberat 368 gram.
Website: Hooded Travel Pillow
Harga: RM121
- Fully Adjustable Travel Pillow
Trtl Pillow Plus adalah bantal travel yang boleh dilaraskan, ergonomik dan mudah untuk kita bernafas. Produk ini masih dalam tempoh mendapatkan funding dan setiap pembelian adalah melalui pre–order. Jadi jika anda terasa ingin melabur dalam produk ini, anda boleh lakukan demikian dengan membeli dengan harga serendah RM184.
Lihat video produk di atas, anda pasti jatuh hati dengan features yang ditawarkan oleh Trtl Pillow Plus ini!
Website: Trtl Pillow Plus Fully Adjustable Travel Pillow
Harga: Bermula RM184
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI