Lepas ni anda yang dari Langkawi dan Kota Bahru tak perlu lagi bersesak-sesak atas jalanraya kalau ingin melancong ke Melaka kerana Malindo Air dijangka akan membuka laluan baru baharu dari kedua-dua lokasi tersebut ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) pada 1 Mac depan.

Perkara ini telah disahkan oleh Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab dan beliau melihat inisiatif Malindo Air ini akan menggalakkan lagi industri pelancongan Melaka sekaligus menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri bersejarah ini sempena Tahun Melawat Melaka 2019.

IKLAN

Waktu penerbangan dua hala dari Langkawi dan Kota Bahru ke LTAM ini akan beroperasi tiga kali seminggu iaitu pada Rabu, Jumaat dan Ahad. Laluan dari Kota Bharu ke Melaka ialah pada 11.55 pagi dan Melaka ke Kota Bharu ialah pada 1.50 petang manakala dari Langkawi ke Melaka pada 12.05 tengah hari dan Melaka ke Langkawi 2.05 petang.

IKLAN

Penambahan laluan oleh Malindo Air menerusi LTAM dilihat sebagai langkah positif menarik lebih banyak syarikat penerbangan terutama pemain industri pelancongan di Melaka untuk menarik kedatangan pelancong menerusi sektor penerbangan dan kerajaan negeri akan menyediakan pelbagai insentif untuk mereka sebagai galakan dan komitmen yang diberikan.

IKLAN

Sumber: Awani

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI