Sumber:agoda
Kajian trend tempahan oleh agoda menunjukkan bahawa pelancong Malaysia merancang dan menempah percutian mereka kurang dari sebulan (24.4 hari) sebelum tarikh berlepas; mungkin menyebabkan mereka terpaksa berbelanja lebih untuk percutian.
Berbeza dengan pelancong Hong Kong yang merancang dan menempah percutian mereka dua kali lebih awal (49.4 hari) berbanding pelancong Malaysia.
Pelancong Malaysia merupakan perancang percutian yang paling lambat di dunia dan pelancong Malaysia mungkin tidak berkesempatan untuk meraih tawaran yang terbaik.
TOP 5 FORWARD PLANNERS
Hong Kong 49.4
Russia 46.4
Australia 44.3
Taiwan 43.3
United Kingdom 37.2
BOTTOM 5 FORWARD PLANNERS
Malaysia 24.4
India 21.7
Vietnam 18.7
Indonesia 18.0
Saudi Arabia 16.9
Walaupun budaya popular menggambarkan imej pengembara spontan yang mencabar; namun pada hakikatnya, pelancong di seluruh dunia melabur lebih banyak masa bersiap-sedia untuk percutian mereka bagi memanfaatkan sepenuhnya waktu rehat dan rawat.Satu kaji selidik yang berkaitan juga mendapati 75% pelancong Malaysia berkata mereka lebih suka menghabiskan masa mereka meneroka destinasi percutian tempatan dan bukannya melancong ke luar negara.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Beza Rakyat Korea Selatan & Korea Utara, Dirakam Seorang Jurugambar Buat Netizen Kagum
Selepas sekian lama tidak sehaluan akibat perbezaan ideologi politik, Korea Utara dan Korea Selatan akhirnya berdamai pada tahun lalu.
Dikesempatan itu, membuka peluang seorang jurugambar bernama Ed Jones untuk merakam foto penduduk Korea Selatan dan Korea Utara melalui sisi kehidupan mereka tetapi dalam bidang atau aktiviti yang sama. Kesemua gambar tersebut telah disiarkan untuk tatapan ramai. Rata-rata netizen sangat kagum kerana berpeluang melihat kehidupan rakyat Korea Utara khasnya yang sebelum ini mengamalkan dasar tertutup kepada negara luar.
(Atas) Murid berusia 9 tahun dari Korea Utara merayakan Hari Kanak-kanak di Pyongyang dan (Bawah) seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dari Korea Selatan di Seoul Fashion Week.
(Atas) Jurulatih menembak Korea Utara di tempat kerja beliau di Pyongyang dan (Bawah) jurulatih menembak di Korea Selatan di Seoul.
(Atas) Pengunjung di Taman Air Munsu Pyongyang, Korea Utara dan (bawah) pengunjung dari Korea Utara di Caribbean Bay Water Park, Seoul.
(Atas) Pekerja stesen minyak di Korea Utara dan (Bawah) pekerja stesen minyak Korea Selatan.
(Atas) Seorang pemandu pelancong Korea Utara dan (Bawah) pemandu pelancong Korea Selatan.
(Atas) Seorang pelajar berusia 23 tahun dari Korea Utara di dataran bandar di Pyongyang dan (Bawah) seorang pelajar berusia 24 tahun dari Korea Selatan di daerah Seoul.
(Atas) Pegawai tentera dari Korea Utara dan (Bawah) Pegawai Tentera Selatan Korea yang menjaga Zon Keselamatan
(Atas) Pembeli di pasar raya di Korea Utara (Pyongyang) dan (Bawah) pegunjung pasaraya di Korea Selatan (Seoul)
(Atas) Seorang pemandu bot pelancong Korea Utara (Taedong River di Pyongyang) dan (Bawah) pemandu bot pelancong dari Korea Selatan (Han River di Seoul)
(Atas) Seorang petani dari Korea Utara dengan latar belakang ladang ginseng dan (Bawah) seorang petani dari Korea Selatan di ladang sayur-sayuran.
(Atas) Seorang wanita Korea Utara di lapangan Kim Il-sung di sebuah perarakan tentera dan (Bawah) Laksamana Muda Korea Selatan dalam persiapan menentang senjata nuklear.
(Atas) Seorang pekerja kilang Korea Utara di Wonsan dan (Bawah) pekerja kilang di Korea Selatan.
(Atas) Seorang gadis Korea Utara dalam kelas komputer di Pusat Sains (Pyongyang) dan (Bawah) seorang pelajar Korea Selatan dalam kelas komputer di Yonsei University (Seoul)
(Atas) Seorang pekerja Taman Air Munsu di Pyongyang, Korea Utara dan (Bawah) penyelamat di Taman Air One Mount Water Korea Selatan.
(Atas) Pekerja kilang Korea Utara menghasilkan peralatan pergigian di Pyongyang dan (Bawah) pekerja kilang Korea Selatan yang menghasilkan bahan pembungkusan di Chuncheon.
Sumber: Brightside (Photo by Ed JONES / AFP)
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Taman Tema Air Splash Out Langkawi Kini Dibuka
Sebut sahaja Pulau Langkawi rata-rata pengunjung terbayangkan aktiviti pantai dan sudah tentu barangan bebas cukai termasuklah coklat.
Kini anda boleh menikmati tarikan terbaharu di sini, taman tema air pertama di Langkawi. Splash Out Langkawi dibuka secara rasmi kepada orang ramai! Taman Tema seluas 12 ekar ini bakal menawarkan pengalaman air paling bermakna buat warga Langkawi dan pelancong luar. Terletak di tengah Pekan Kuah, kira-kira 16.4km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Dirasmikan oleh Tan Sri Halim Mohammad selaku Pengerusi Eksekutif, HM Group pada 15 Disember 2019. Dengan tema “Spills & Thrills” , Taman Tema Air Splash Out menjadi tarikan utama buat warga Langkawi serta pelancong luar untuk merasai pengalaman permainan air yang mengujakan.
12 tarikan permainan air terdiri daripada ‘Ragin Racers’, ‘Splash-Tacular’, ‘Shipwreck Falls’, ‘Splash Twister’, ‘Poseidon’s Revenge’, ‘Perfect Storm’, ‘Big Splash Kingdom’, ‘Wild Water’, ‘Rainbow Rider’, ‘Splash Phyton’, ‘Sprinkle Island’ dan ‘River of Life’ yang bakal mencabar pengunjung ke Splash Out Langkawi.
Alamilah pengalaman terbaharu yang mengujakan ini apabila anda menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi. – Badak Berendam
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penginapan Hotel Tak Sama Seperti Di Review, Peguam Ajar Apa Hak Pengguna & Tuntutan Boleh Buat
Bukan suka viral-viral tapi banyak juga kita baca keluhan dan kekecewaan dialami oleh pengunjung tatkala menginap di hotel yang sudah dibuat tempahan. Biasanya ramai memiliha harga yang “boleh tahan”, pemandangan indah, sea view dan lain-lain kriteria bahkan membawa review orang ramai yang sudah datang menginap di situ.
Memang kecewa kalau kita membayar pada harga tinggi tapi bila sampai ke bilik, ia kotor, bilik air air berkerak, tuala mandi agak kusam warnanya, cadar ada tompokan serta lain-lain masalah.
Kalau hadapi masalah begini, apa hak pengguna kena tahu? Dikongsi dari fb peguam terkenal, Nor Zabetha dari Tetuan Nor Zabetha Cinnai & Co, peguam ini mengupas dari segi hak penguna boleh tuntut jika berlaku masalah-masalah ini.
Moga ada manfaat buat kita.
Saya selalu juga terbaca perkongsian di Group Facebook Hotel Review Malaysia. Seronok membaca perkongsian tentang hotel-hotel dan percutian di Malaysia.
Testimoni boleh saya jadikan sebagai rujukan, manalah tahu hendak ke sana nanti. Pengalaman menginap di hotel atau rumah penginapan yang kotor dan tidak terjaga bagaikan mimpi ngeri bagi pengalaman percutian.
Kadang-kadang percutian memang ‘best’ atau ‘perfect’ tetapi disebabkan penginapan. Aduh! Hancur mood.
Pernah sekali dulu terkena, sekitar tahun 2012. Saya pernah menginap di sebuah hotel di negeri Selatan Malaysia.
Masuk ke bilik, saya lihat dinding terkopak. Lantai pula ada helaian rambut. Di atas katil pula ada kesan tompokan. Masuk ke tandas, lubang tandas ada tompokan hitam. Hish!
Saya tidak pernah meninggalkan sebarang komen di Trip Advisor, inilah kali pertama pengalaman saya menulis berjela-jela pada tahun 2012, bagaimana teruknya penginapan dan pengalaman saya di hotel tersebut. Tidak puas hati dan rasa terkena.
Peristiwa ini benar-benar jadi pengajaran kepada saya. Setiap kali sebelum tempah hotel secara online, saya semak dahulu ‘rating’, saya baca testimoni orang ramai dalam platform pesanan atau di media sosial. Supaya tidak terkena lagi pengalaman yang dahulu.
Seminggu lebih yang lepas, viral tentang pengalaman penginapan seorang wanita di Melaka. Saya baca pun naik geram. Aduh! Sikap pengusaha/ wakil rumah penginapan pun.
Dalam zaman orang bersaing-saing untuk memberikan servis yang terbaik, malangnya kalau masih ada pengusaha yang bersikap sebaliknya. Haih!
Ada yang bertanya kepada saya, apa tindakan yang boleh diambil. Sebelum kita teruskan kepada tindakan, saya terangkan dahulu berkenaan rumah penginapan dari konteks undang-undang.
Maksud premis penginapan secara ringkas dalam Seksyen 2 Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) mana-mana bangunan, termasuk asrama, hotel, rumah inapan, rumah tumpangan, rumah rehat, rumah pemalaman, dan struktur lain sama ada kekal atau sementara, yang dikemukakan oleh tuan punya, atau pengurusnya, sama ada keseluruhan atau sebahagiannya.
Sebagai menawarkan tempat penginapan pemalaman atau tempat tidur kepada pelancong untuk disewa atau dengan balasan apa-apa bentuk ganjaran yang lain, sama ada makanan atau minuman juga disediakan atau tidak.
Senang cerita, maksud Seksyen 2 ini memang telah merangkumi semua jenis cara dan gaya ‘homestay’ yang biasa dijadikan untuk penginapan. Walaupun kita sewakan satu bilik dalam rumah kita, sudah cukup merangkumi maksud 2 perenggan di atas.
Seksyen 31A Akta ini pula mensyaratkan bagi premis penginapan didaftarkan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Mana-mana pihak gagal mematuhi peruntukkan bawah Akta ini, jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali bawah Seksyen 37 (Akta 482).
Jadi bermakna pendaftaran adalah wajib seperti mana yang diingatkan oleh Menteri Pelancongan pada 2019 dalam Berita Harian. Linknya ada di bawah.
Sebarang aduan berkenaan masalah penginapan boleh dibuat secara rasmi kepada MOTAC dengan disertakan pembuktian. Rujuk kepada soalan lazim dalam link komen.
Pengadu juga boleh mengadukan hal-hal yang timbul akibat dari rumah penginapan seperti masalah hotel, gigitan serangga, kebersihan, keselamatan bangunan kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Rujuk Link Soalan Lazim SISPAA- MOTAC di ruang komen.
Ini antara kaedah-kaedahnya, selain itu hal melibatkan pelancongan ini, pengguna juga boleh membuat tuntutan di Tribunal Pengguna sekiranya terdapat tuntutan-tuntutan yang ingin dikemukakan bagi penginapan tetapi tertakluk kepada syarat-syarat am tribunal pengguna seperti perkhidmatan yang dibekalkan kepada pengguna.
Cara-cara yang saya cadangkan tidak melibatkan kos yang banyak berbanding tuntutan di mahkamah.
Boleh cuba cara-cara di atas dahulu sekiranya berlaku perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati atau terdapat sebarang aduan/ tuntutan.
Sekiranya tiada hasil atau tidak berpuas hati dengan hasil, kes tuntutan boleh juga dikemukakan di Mahkamah. Dapatkan nasihat peguam anda terlebih dahulu.
Oleh Nor Zabetha
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI