Dekat mana laluan penerbangan antarabangsa yang paling singkat di dunia? Ha mesti ramai yang tak tahu kan? Okay tak apa, Libur kongsikan info menarik ini kepada anda.
Laluan penerbangan yang paling singkat di dunia adalah daripada Anguilla, British ke St. Maarten, Perancis. Masa penerbangan yang memakan masa selama 10 minit kerana dari Anguilla ke St. Maarten hanya sejauh 12 batu sahaja.
Anguilla ini secara tepat terletak di kawasan jajahan luar British di Laut Caribbean, manakala St. Maarten di bawah penguasaan Perancis. Penerbangan daripada St. Maarten ke Anguilla akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Puteri Juliana ke Lapangan Terbang Antarabangsa Clayton J. Lloyd.
Dan untuk info tambahan kepada anda, laluan penerbangan ini hanya dioperasikan sebanyak tiga kali sehari sahaja oleh Anguilla Air Services dan tak semua pesawat komersial digunakan di laluan ini, hanya pesawat Britten – Norman BN-2 Islander sahaja digunakan untuk mengangkut penumpang dan barangan di sini.
Untuk pengetahuan anda, perjalanan dari Anguilla ke St. Maarten ini bukan sahaja boleh menggunakan kapal terbang sahaja. Ada juga pengangkutan lain disediakan seperti feri. Jadi kalau ada siapa-siapa yang gayat nak naik kapal terbang, mereka boleh menggunakan khidmat feri untuk bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
LARANGAN ‘SELFIE’ DI MASJID AL-HARAM & MASJID NABAWI
Arab Saudi melarang pengunjung dari merakam gambar dan video di dua masjid Islam paling suci, Masjid al-Haram di Mekah dan Masjid an-Nabawi di Madinah.
Menurut Jeneral Direktorat Akhbar dan Maklumat Arab Saudi, keputusan melarang rakaman foto dan video di Masjid al-Haram di Mekah dan Masjid an-Nabawi di Madinah telah diambil oleh Kementerian Luar Negeri Arab Saudi pada 12 November 2017 lalu.
Larangan ini, berkuat kuasa tanpa mengira objektif, termasuk kepada wakil-wakil media, telah dikenakan bagi melindungi dan memelihara tapak suci, kata kenyataan itu. Larangan itu juga terpakai kepada kawasan sekitar masjid.
Pihak berkuasa Arab Saudi menyatakan bahawa langkah itu dikenakan bagi melindungi dan memelihara tempat-tempat suci, menghalang gangguan terhadap jemaah lain dan menjamin ketenangan ketika melakukan ibadah.
“Sekiranya berlaku pelanggaran larangan itu, alat yang digunakan untuk mengambil gambar dan video akan dirampas dan tindakan undang-undang akan diambil,” kata kenyataan itu.
Hal ini mungkin ada kaitan dengan gambar seorang lelaki Israel di Masjid Nabawi yang dimuat naik di Twitter dan menyebabkan kemarahan terhadap Arab Saudi.
Sumber dari media Turki www.dailysabah.com
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lima Beranak Hidup Hanya Dengan Berlayar Keliling Dunia
Sepasang suami isteri dari Britain yang meninggalkan negara asal mereka pada tahun 2011 kerana ingin belayar mengelilingi dunia kini telah mempunyai tiga orang cahaya mata dan masih meneruskan pelayaran.
Ramai yang cemburu dengan kehidupan keluarga ini kerana menghabiskan masa hanya dengan belayar selain berpeluang menjejakkan kaki di pelbagai negara di dunia.
Jess Lloyd-Mostyn berusia 36 dan suaminya, James, 48 tahun memulakan pengembaraan mereka setelah mengikuti beberapa kursus pelayaran ringkas. Pasangan itu sebelum ini hanya pasangan kekasih, dalam tempoh ketika misi pelayaran mereka telah berkahwin dan dikurniakan anak sudah melawat hampir 36 buah negara. Mereka sudah belayar sejauh 41,000 kilometer dalam tempoh lapan tahun ini.
Selepas menyeberangi Lautan Atlantik dan berada beberapa bulan di Caribbean dan tiba di Panama, pasangan iniu memutusakan untuk memulakan kehidupan berkeluarga. Dua tahun selepas memulakan pelayaran, Jess melahirkan anak pertamanya, Rocket yang kini berumur 5 tahun di sebuah hospital di Mexico manakala anak kedua, Indigo, 3 tahun, dilahirkan di New Zealand. Manakala cahaya mata ketiga mereka, Autumn lahir di London ketika pasangan suami isteri itu pulang dan berhenti sebentar di Britain pada Oktober tahun lalu.
Jess sebelum ini merupakan seorang artis seni dan James pula bekerja sebagai arkitek. Pasangan itu menyewakan rumah dan sebuah flat milik mereka di London bagi membantu membiayai pelayaran tersebut.
View this post on InstagramA post shared by Water-log (@waterlogsailing) on
View this post on InstagramA post shared by Water-log (@waterlogsailing) on
James dan Jess menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli sebuah kapal layar sepanjang lebih 12 meter pada harga £35,000 (RM190,739).
View this post on InstagramA post shared by Water-log (@waterlogsailing) on
Mereka pada mulanya meletakkan tempoh dua tahun untuk menamatkan pelayaran tersebut. Namun, Jess dan James terpaut pada kehidupan baharu itu dan tidak merancang untuk berhenti belayar. Penulis percaya kehidupan sebegini menjadi impian ramai orang kan? Tujuan hidup hanya dengan mengelilingi dunia dan menggembara melihat ciptaan Ilahi.
Sumber: Dailymail | Sumber Foto: Instgram Waterlogsailling
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
COVID-19 Dah Jejak Indonesia Selepas 2 Bulan Bebas Wabak Tersebut
Setelah lebih dua bulan penularan wabak COVID-19, negara Indonesia yang sebelum ini bebas dari wabak tersebut mengesahkan mereka mencatat dua kes positif terbaru.
Indonesia sebelum ini menjadi antara negara yang tidak mencatakan jangkitan COVID-19 walaupun dikelilingi dengan negara jiran seperti Thailand, Malaysia dan Singapura yang mempunyai angka jangkitan tinggi.
Kes pertama kali di negara jiran kita ini melibatkan rakyatnya. Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) telah mengumumkan dua rakyatnya itu mempunyai kontak rapat dengan warga Jepun yang berkunjung ke negara itu. Perkara itu telah disahkan dan dilaporkan kepada Jokowi oleh Menteri Kesihatan.
Rakyat Jepun itu ke Indonesia untuk bertemu dua mangsa berkenan dan menyebabkan mereka dijangkiti. Dua warga Indonesia yang positif COVID-19 merupakan seorang wanita berusia 64 tahun dan anak perempuannya berusia 31 tahun. Bagaimanapun, tidak dimaklumkan di wilayah mana kes berkenaan berlaku, sebaliknya, hanya diberitahu kedua-dua mangsa kini sedang menerima rawatan di hospital.
Portal Kompas melaporkan, warga Jepun itu dijangkiti COVID-19 di Indonesia sebelum terbang ke Malaysia.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI