Perkongsian oleh Shukri & Khairulniza

Sering sibuk dengan karier masing-masing sehingga tiada masa buat diri sendiri, akhirnya kami suami isteri berpakat untuk meninggalkan sebentar hal pekerjaan di Kuala Lumpur dan merancang percutian bersama ahli keluarga yang lain. Beberapa tempat menarik telah disenaraikan termasuklah New Zealand, London, Amsterdam dan Switzerland dan akhirnya setelah berbincang dan membuat sedikit kajian, kami mengambil keputusan untuk menikmatii musim sejuk di New Zealand.

Percutian Musim Sejuk Terindah Di New Zealand

NewZealand dipilih sebagai lokasi percutian kerana ia terkenal dengan pemandangannya yang sangat indah, sesuai dengan tujuan percutian kali ini yang lebih kepada merehatkan minda dan lari sebentar dari kesibukan kerja. Kami mengambil keputusan untuk memeriahkan percutian ini dengan membawa ahli keluarga yang lain iaitu ibu serta anak saudara.

Percutian Musim Sejuk Terindah Di New Zealand

Memilih syarikat penerbangan Malaysia Airline, kami telah menempah tiket seminggu sebelum percutian dengan harga Rm2600.00 seorang untuk perjalanan pergi balik Malaysia dan Auckland, New Zealand. Pada hari Selasa, 10 Julai 2017 kami berangkat dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada jam 11.20 malam.

Perjalanan mengambil masa selama 10 jam dan kami selamat tiba di Auckland Airport, New Zealand pada jam 12.00 tengahari. Dengan menaiki Super Shuttle atau van yang telah ditempah dari Malaysia melalui atas talian, kami bergerak ke rumah apartment di tengah bandar Auckland bersebelahan dengan Sky Tower. Harga perkhidmatan Super Shuttle adalah NZ$55 sedikit murah berbanding teksi, NZ$70.

Percutian Musim Sejuk Terindah Di New Zealand

Misson Bay

Dengan mengikut itinerari yang disusun, kami pergi ke Mission Bay pada hari kedua dengan menaiki Uber berharga NZ$16. Perjalanan dari Auckland ke Misson Bay mengambil masa 15 minit sahaja.

Ini merupakan salah satu tempat yang disyorkan sekiranya anda bercuti di New Zealand. Pantai yang cantik, dengan pasir putih dan rumput yang kehijauan semestinya dapat memberi ketenangan kepada jiwa.

Percutian Musim Sejuk Terindah Di New Zealand

Disini terdapat banyak pilihan kafe dan outlet makanan, kami juga tidak melepaskan peluang untuk menjamu selera di kedai Fish & Chips serta menikmati pencuci mulut, kek dan aiskrim. Setelah hampir seharian berada di sana, kami pulang semula ke Auckland untuk berehat.

Chrischurch

Dari Auckland, kami berangkat ke Chrischurch dengan menaiki penerbangan Jetstar, dengan harga tiket lebih kurang RM400 seorang dan mengambil masa 1 jam 40 minit. Setibanya di Chrischurch, kami menguruskan hal pengangkutan dengan menyewa campervan dari syarikat Juicy dan terus bergerak ke Timaru yang mengambil masa 2 jam 30 minit.

Percutian Musim Sejuk Terindah Di New Zealand

Kami merancang untuk melakukan roadtrip dengan menggunakan campervan kerana berdasarkan kajian dan nasihat daripada orang yang berpengalaman, penggunaan campervan merupakan cara yang paling efektif. Campervan adalah sebuah van yang di ubahsuai dengan katil, meja makan serta dapur masak.

IKLAN

Percutian Musim Sejuk Terindah Di New Zealand

Di Malaysia biasanya disebut sebagai caravan di mana ia adalah seperti kontena yang diubahsuai menjadi seperti mini rumah tetapi bezanya ia perlu ditarik mengggunakan kenderaan.

Timaru

Kami memilih campsite Timaru Top 10 Holiday Park sebagai lokasi penginapan dan kami berasa seperti berada di rumah sendiri kerana kemudahan yang lengkap termasuklah bilik mandi, dapur, serta dobi. Jika anda datang ke sini, anda pasti akan jumpa dan berkenalan ramai pengunjung dari pebagai negara.

Percutian Musim Sejuk Terindah Di New Zealand

Suhu pada malam pertama berada di sana mencecah -3 Darjah Celsius. Masing-masing tidak dapat melelapkan mata kerana cuaca yang terlampau sejuk.

Queenstown

Dari Timaru, kami meneruskan perjalanan ke Queenstown dan perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 4 jam dengan menaiki van dan yang paling menarik ialah kami melalui kawasan berbukit bukau yang sangat indah, tasik serta ladang biri-biri dan lembu yang terbentang luas. Lokasi penginapan jenis standard cabin dipilih di Queenstown Top 10 Holiday Park, dimana penghuni di kabin ini harus berkongsi dapur serta tandas bersama pengunjung-pengunjung lain.

Percutian Musim Sejuk Terindah Di New Zealand

Bagi sesiapa yang ingin memasak, anda tidak perlu risau kerana ruangan dapur yang disediakan sangat luas dan bersih. Penghuni hanya perlu membawa peralatan memasak seperti kuali dan lain-lain.

IKLAN

Skyline Gondola

Queenstown adalah sebuah bandar yang dikelilingi tasik dan banjaran gunung yang indah dan antara tempat menarik yang wajib dikunjungi ialah Skyline Gondola. Ia boleh dikatakan seperti kereta kable yang membawa pengunjung ke puncak bukit untuk melihat keindahan bandar Queenstown.

Percutian Musim Sejuk Terindah Di New Zealand

Harga Skyline Gondola adalah NZ$39 untuk seorang dewasa. Pemandangan yang kami lihat sepanjang menaiki gondola tidak akan kami lupakan kerana ia sungguh indah tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata.

Seperti mana yang kita tahu, bandar Queenstown terletak dipinggir Tasik Wakatipu dan kami tidak melepaskan peluang untuk melawat tasik tersebut sebelum pulang. Suasananya sangat tenang dan nyaman.

Lake Tekapo

Keesokan harinya, kami bergerak ke Lake Tekapo dan perjalanan mengambil selama 3 jam. Lake Tekapo merupakan tasik kedua terbesar di New Zealand dan ia merupakan destinasi pelancongan yang popular kerana pemandangannya yang sangat indah dan luar biasa dengan air tasik yang berwarna seperti cahaya kebiruan, tanah rumput yang cantik, serta kelihatan dari jauh gunung yang disaluti salji.

Percutian Musim Sejuk Terindah Di New Zealand

Kami sekeluarga meluangkan masa bersantai di tepi tasik sambil menikmati keindahan suasana. Selepas hampir dua jam berada di sana, kami pulang semula ke Chrischurch.

Geraldine

IKLAN

Dalam perjalanan dari Lake Tekapo ke Chrischurch, kami singgah di Geraldine yang merupakan sebuah perkampungan kecil terletak jauh dari kawasan bandar. Setibanya di pekan Geraldine, kami terus ke The Barker’s Shop iaitu kedai yang menjual pelbagai jenis jem, chutney, sos dan bermacam-macam lagi.

Percutian Musim Sejuk Terindah Di New Zealand

Sesuai lah untuk dijadikan sebagai buah tangan atau ole-ole bila pulang ke Malaysia nanti. Setelah selesai membeli-belah, kami terus bergerak ke Chrischurch untuk menetap di sana semalaman sebelum pulang ke tanah air.

Auckland

Sejak dari awal pagi lagi, kami telah bergerak ke Auckland dengan menaiki Jetstar dan setibanya di Auckland Airport, kami menunggu beberapa jam lagi untuk menaiki penerbangan ke Malaysia.

Percutian Musim Sejuk Terindah Di New Zealand

Berat hati mahu meninggalkan negara sejuk ini, walaubagaimanapun kami berazam untuk kembali lagi ke sini dengan membawa lebih ramai lagi ahli keluarga yang lain. Selamat tinggal New Zealand, terima kasih untuk segala kenangan manis dan memori indah.

Percutian Musim Sejuk Terindah Di New Zealand

Percutian Musim Sejuk Terindah Di New Zealand

Percutian Musim Sejuk Terindah Di New Zealand

Percutian Musim Sejuk Terindah Di New Zealand

Percutian Musim Sejuk Terindah Di New Zealand

Percutian Musim Sejuk Terindah Di New Zealand

Percutian Musim Sejuk Terindah Di New Zealand

Percutian Musim Sejuk Terindah Di New Zealand

Percutian Musim Sejuk Terindah Di New Zealand

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI