Sudah diketahui ramai, Blue Boat House atau rumah biru yang terletak di Perth, Australia menjadi satu lokasi mesti dikunjungi pelancong jika ke bumi kanggaru itu. Di Pulau Pinang juga tidak kurang menariknya kerana ada destinasi tarikan sebegitu rupa iaitu dikenali sebagai Red House.
Daya penarik berupa rumah kecil berwarna merah ini terletak di Jeti Tan, Pengkalan Weld, Georgetown. Setiap hari lokasi ini menjadi tumpuan ramai pelancong dan juga penduduk tempatan untuk mengambil foto berlatarkan Red House ini sebagai gambar kenang-kenangan.
Malah ada menjadikan kawasan itu sebagai lokasi untuk penggambaran drama atau gambar pra perkahwinan.
Untuk maklumat pengunjung, waktu lawatan ke Red House ini hanya dibuka pada jam 8 pagi hingga 10 malam sahaja setiap hari. Ia sebagai langkah menjamin tahap keselamatan penduduk dan pengunjung terutama yang berkunjung pada waktu malam hari dari berlaku kemalangan yang tidak diingini.
Red House ini pada asalnya dikatakan merupakan tokong bagi masyarakat Cina terletak di perkampungan nelayan itu yang sudah wujud sejak 1879. Jeti di lokasi terbabit adalah antara pelabuhan bagi mengangkut dan memunggah hasil dagangan ke kapal.
Berkesempatan ke Georgetown jangan lupa singgah sebentar di lokasi baru tumpuan ramai ini ya. Elakkan datang ke kawasan ini ketika air laut sedang surut agar anda tidak pulang dengan hampa tanpa dapat membidik foto yang menarik.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sesekali nak hibernate dan ‘larikan’ diri dari hiruk pikuk bandar yang sibuk, destinasi alam pasti jadi pilihan. Camping di Glamping at Kongkoi yang terletak di Jelebu, Negeri Sembilan antara lokasi untuk tenangkan diri.
Berada di dalam hutan dan berhadapan dengan sungai, memang syok kalau dapat luangkan masa tenangkan diri di campsite ini. Lagi ‘feeling’ bila bangun pagi dengar kicauan burung dan unggas selain bunyi air sungai yang cukup mendamaikan.
Faiz Lorh berkongsi pengalaman dirinya dan keluarga camping di campsite ini. perlu melalui laluan tanah merah sepanjang 1km kerana berada agak jauh di dalam hutan, perjalanan untuk sampai ternyata berbaloi.
Mempunyai fasiliti yang hampir lengkap untuk para camper, paling penting tandas yang ada bersih dan selesa untuk digunakan. Nak tahu apa lagi menarik di campsite ini, ikuti perkongsian Faiz Lorh:
Camping 2 hari 1 malam di Glamping at Kongkoi
Camping 2 hari 1 malam di Glamping at Kongkoi Jelebu Negeri Sembilan,Suasana campsite berada didalam hutan jauh dari hiruk pikuk bunyi kenderaan serta berhadapan dengan sungai,Punca aliran sungai dari air terjun Lata Kijang
Laluan tanah merah sepanjang 1km sebelum sampai ke campsite,sesuai untuk semua kenderaan.
Link Youtube suasana & aktiviti kami di campsite ini
Campsite ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin menikmati ketenangan dengan suasana alam semulajadi & tidak suke dengan crowd yang terlampau padat,tiada caj dikenakan untuk tambahan flysheet,boleh memuatkan 30 khemah dalam satu masa.
Sungai sangat sesuai untuk anak-anak bermain air,kedalaman hanya paras pingang.
Antara facilities yang disediakan antaranya :
Tandas bersih dan selesa
Plug point disediakan dibawah pondok rehat CO
Lampu disediakan pada waktu malam
Parking kereta dekat dengan tapak perkhemahan
Line Celcom/Umobile/Maxis
Surau tiada
Campsite : Glamping at Kongkoi
FB Page : Glamping at Kongkoi
Lokasi : Jelebu Negeri Sembilan
Tapak Sewa : RM30 / Head (bawah 6 Tahun free)
Deposid Sampah : Rm3 (Tong Sampah Roro di pintu masuk)
Bujang Senang; seekor buaya yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman, Sarawak, Malaysia. Buaya spesies Crocodylus porosus (buaya air masin) berukuran 19 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakang badannya. Bujang Senang dipercayai berumur 51 tahun.
Buaya ini bermaharajalela di sungai ini sejak tahun 1941.Tidak diketahui berapa ramai orang yang telah menjadi mangsa kepada buaya ini, tetapi pada 20 Mei 1992, seorang wanita berbangsa Iban bernama Dayang anak Bayang telah menjadi mangsa Bujang Senang di Sungai Pelaban, anak Sungai Batang Lupar. Sekumpulan penembak tepat polis dan pemburu Iban telah berjaya menembak mati Bujang Senang setelah berusaha selama 4 jam pada 22 Mei 1992.
Bujang Senang adalah buaya ke 4 terbesar di dunia. Tengkorak Bujang Senang kini dipamerkan di ladang buaya Jong, Sarawak.
Namun, penduduk tempatan percaya, Bujang Senang masih berkeliaran. Yang ditembak mati ialah Dayang Fatimah Eneng Emas, isteri Bujang Senang.
Sebenarnya, bukan Bujang Senang sahaja buaya besar di Sarawak. Bujang Belawai, Bujang Selar, malah banyak lagi. Jika ke Sarawak, anda boleh ke Jong Crocodile Farm untuk melihat sejarah buaya dan mangsa buaya. Di sini ada live buaya diberi makan. Buaya mampu melonjak badan ke luar air sehingga 2 meter bagi menyambar makanan dan bunyi kuat ketika rahang buaya terkatup.
Izin buru buaya (The Borneo Post)
10 sungai di Sarawak dibolehkan memburu buaya ialah Batang Sadong, Sungai Tuang, Batang Krian, Sungai Seblak, Sungai Lingga, Sungai Sebuyau, Batang Lupar, Batang Saribas, Batang Baram dan Sungai Bakong.
Pengarah Jabatan Hutan Sarawak (JHS) Sapuan Ahmad berkata, kaji selidik yang dijalankan dari tahun 2012 hingga 2014 menunjukkan bahawa sungai-sungai tersebut mempunyai kepadatan 8 hingga 14 ekor buaya untuk setiap satu kilometer dengan Batang Lupar memiliki rekod terbanyak.
“Kesemua lokasi berkenaan adalah antara 45 sungai dengan jumlah sepanjang 2,108.38 kilometer dan dihuni kira-kira 12,000 ekor buaya atau 5.57 ekor buaya bagi setiap kilometer di sungai-sungai terbabit.
“Sungai-sungai ini juga adalah lokasi di mana kebanyakan serangan buaya ke atas manusia dilaporkan berlaku sejak bertahun-tahun lepas”
Bagaimanapun, menurut Sapuan, walaupun pemburuan dibenarkan namun kuota dan permit memburu, membunuh dan menjual buaya masih belum dimuktamadkan dan perlu dipersetujui oleh agensi-agensi kerajaan dan kementerian berkaitan termasuk Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Buaya dewasa adalah sangat produktif dan setiap ekor boleh menghasilkan 800 biji telur, manakala kadar survival atau jangka hayat adalah sangat tinggi kerana buaya boleh hidup sehingga 100 tahun
Buaya di Sarawak adalah haiwan liar dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar (WPO 1998) dan di bawah peruntukan antarabangsa CITES. Oleh kerana populasi pulih dengan drastik, kini memburu dan membunuh reptilia pemangsa ini dibenarkan apabila ia dianggap boleh mengancam keamanan dan harta, mengikut peraturan-peraturan di bawah Seksyen 41, 42 dan 42A WPO 1998.
Video buru buaya di Sarawak
Top 5 buaya besar dunia
Lolong (6.17 meters/20 feet 3 in) MATI
Dominator (6.1 meters/20 feet) HIDUP
Gustave (~6 meters/19.68 feet) HIDUP
Bujang Senang (5.88 meters/19 feet 3 inches) MATI usia 51 tahun. Jika masih hidup, agak besar mana?
Brutus (5.60 meters/18 feet 4 in) HIDUP
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Wajib datang ke Rock Garden Camping Resort yang terletak di Gopeng, Perak sebab tempatnya sangat menarik dan sesuai untuk bawa keluarga tersayang.
Anda boleh buat pilihan nak duduk resort yang disediakan atau mahu berkhemah, malah tapak khemah luas dan besar.
Ini gambaran di dalam resort itu ya. Cantik juga!
Apa yang menarik, di depan khemah ada sungai dan di belakang pula ada kolam renang. Jadi kalau nak bawa budak-budak memang suka lah kat sini.
Aktiviti pula anda boleh join ATV, memancaing, water rafting, water tubing dan waterfall abseiling.
Jemput tengok kawasan sekitarnya. Untuk 1 malam, satu orang RM10, satu tapak RM35. Pilih sahaja yang mana anda selesa. Power plug ada banyak, jangan risau bab ini.
Lokasi:
Rock Garden Camping Resort, Perak.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!