Pulau Jeju merupakan pulau terbesar serta paling selatan di Korea Selatan dan memiliki daya tarikan pelancongan yang pelbagai. Pulau ini sangat popular di kalangan rakyat Korea Selatan sendiri sebagai destinasi percutian.

Beberapa filem serta rancangan popular Korea Selatan seperti Running Man pernah dirakam di Pulau Jeju, sekaligus membawa keindahan Pulau Jeju kepada dunia luar.

DISCOVER NEW JEJU: ANTARA FAKTOR MESTI LAWAT PULAU JEJU!

Pulau Jeju kini semakin mudah dilawati rakyat Malaysia selepas Air Asia mengumumkan penerbangan terus dari KL-Jeju dengan kekerapan empat kali seminggu!

DISCOVER NEW JEJU: ANTARA FAKTOR MESTI LAWAT PULAU JEJU!

IKLAN

Sehubungan dengan itu, Korea Tourism Organization (KTO) Malaysia-Brunei mengambil inisiatif mengadakan seminar Discover New Jeju. Ia bertujuan memberi pendedahan secara terus Pulau Jeju kepada pengunjung dan media semasa.

DISCOVER NEW JEJU: ANTARA FAKTOR MESTI LAWAT PULAU JEJU!
Antara indivdu penting promosi Pulau Jeju di Malaysia


Seminar dirasmi Ketua Pengarah Biro Pelancongan Wilayah Khas Pulau Jeju, Encik Lee Seung Chan. Penerangan seminar Pulau Jeju merangkumi penerbangan, tempat tinggal, pengangkutan di sana, makanan halal serta lokasi menarik untuk dilawati.

DISCOVER NEW JEJU: ANTARA FAKTOR MESTI LAWAT PULAU JEJU!
Ketua Pengarah Biro Pelancongan Wilayah Khas Pulau Jeju, Encik Lee Seung Chan

Tahun lepas sahaja, direkodkan seramai 66,000 pelancong Malaysia berkunjung ke Pulau Jeju dan ramai yang datang gaya backpackers. Dengan adanya penerbangan terus, dijangka semakin ramai pelancong Malaysia ke sana. 

Pulau Jeju beriklim empat musim. Ini sudah tentu antara sebab utama anda mahu ke sana. Pilihan mengikut musim yang anda impikan. Pengalaman ini dapat dirakam dalam bentuk foto dan video kenangan serta dapat dikongsi bersama yang lain.

IKLAN

Pulau Jeju memiliki rangkaian sistem pengangkutan yang efisyen. Ada bas antara bandar, bas pelancong, kereta sewa dengan GPS, atau teksi. Anda boleh pilih dengan harga yang berpatutan. Sistem bas paling murah serta efektif dengan aplikasi kad sentuh dan Wi-Fi percuma.

DISCOVER NEW JEJU: ANTARA FAKTOR MESTI LAWAT PULAU JEJU!

DISCOVER NEW JEJU: ANTARA FAKTOR MESTI LAWAT PULAU JEJU!
Contoh rangkaian perjalanan bas di Pulau Jeju


Luas Pulau Jeju hampir tiga kali keluasan Singapura. Kebiasaannya empat hari diperlukan bagi anda lawati hampir setiap lokasi menarik jika menyewa kereta. Kereta di sana dipandu sebelah kiri. Pemanduan di sana mudah kerana Pulau Jeju tidak sarat dengan trafik. Anda tidak akan sesat selagi berpandukan sistem GPS. Jika menyewa, jangan lupa meminta GPS versi English.

IKLAN

Menariknya, Pulau Jeju ada juga menawarkan kereta sewa elektrik. Terdapat lokasi awam yang anda boleh cas semula bateri secara percuma. Pulau Jeju menyasarkan penggunaan total kereta elektrik menjelang 2030. Ini baik untuk kebersihan persekitaran alam semulajadi.

DISCOVER NEW JEJU: ANTARA FAKTOR MESTI LAWAT PULAU JEJU!
Tawaran penggunaan kereta elektrik di Pulau Jeju semakin meluas


Pulau Jeju memiliki banyak lokasi menarik seperti Gunung Hallasan yang tertinggi di Korea Selatan, Seongsan Ilchulbong; kon tuf arketik yang dibentuk oleh letusan hidrovolkanik di atas laut yang cetek kira-kira 5 ribu tahun yang lalu, Love Land; taman tema erotik sesuai foto kenangan yang mencuit hati, Jeongbang Waterfall; air terjun setinggi 23meter berhampiuran lautan, Manjanggul; pada ketinggian 23m, tinggi 30m dan panjang 8.928km, ia adalah tiub lava yang ke-12 terpanjang di dunia, Teddy Bear Museum,  Seonimgyo Bridgedan banyak lagi menanti anda terutamanya pemandangan indah ketika musim yang berlainan.

DISCOVER NEW JEJU: ANTARA FAKTOR MESTI LAWAT PULAU JEJU!
Gunung Hallasan

DISCOVER NEW JEJU: ANTARA FAKTOR MESTI LAWAT PULAU JEJU!
Seongsan Ilchulbong
DISCOVER NEW JEJU: ANTARA FAKTOR MESTI LAWAT PULAU JEJU!
Love Land
DISCOVER NEW JEJU: ANTARA FAKTOR MESTI LAWAT PULAU JEJU!
Jeongbang Waterfall
DISCOVER NEW JEJU: ANTARA FAKTOR MESTI LAWAT PULAU JEJU!
Manjanggul
DISCOVER NEW JEJU: ANTARA FAKTOR MESTI LAWAT PULAU JEJU!
Seonimgyo Bridge
DISCOVER NEW JEJU: ANTARA FAKTOR MESTI LAWAT PULAU JEJU!
Teddy Bear Museum
DISCOVER NEW JEJU: ANTARA FAKTOR MESTI LAWAT PULAU JEJU!
Ketika musim luruh
DISCOVER NEW JEJU: ANTARA FAKTOR MESTI LAWAT PULAU JEJU!
Ketika musim salji

Untuk maklumat lanjut lawati http://www.visitjeju.net

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI