Seorang rakyat Malaysia berusia 36 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 15 Mei lalu kerana memiliki bahan lucah berunsur kanak-kanak.

Suspek ditahan atas tuduhan memiliki bahan lucah berunsur eksploitasi kanak-kanak selepas dilakukan pemeriksaan oleh Penguatkuasa Imigresen Australia (ABF).

Memetik sumber daripada CNA, ABF menemui bahan terlarang termasuk rakaman video menjijikkan berupa penderaan seksual terhadap kanak-kanak selepas melakukan pemeriksaan pada telefon bimbit suspek.

IKLAN

Pihak berkuasa Australia merampas telefon bimbit berkenaan dan membatalkan visa lawatan suspek selain dikenakan tuduhan dibawah Akta Kastam Australia kerana membawa masuk bahan larangan.

IKLAN

“Pelancong seharusnya tahu bahawa memiliki bahan lucah mengeksploitasikan kanak-kanak adalah satu perkara yang dipandang serius di bawah undang-undang Australia,” kata Pemangku Komander ABF Wilayah Barat Australia, Emma Newman.

IKLAN

Hukuman maksimum 10 tahun penjara dan denda sehingga AU$525,000 boleh dikenakan bagi kesalahan memiliki bahan lucah terlarang itu di Australia.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI