Hadiah-hadiah wang tunai sumbangan Menawar Resources Sdn Bhd menanti pemenang Pertandingan Mengail Tradisional Joran Buluh yang akan berlangsung pada hari Sabtu, 2 Disember 2017 di Kolam Taman Warisan Pertanian (TWP) Putrajaya.

Pemenang pertama akan menerima RM2000/-, pemenang kedua RM1000/- dan pemenang ketiga RM500/- manakala hadiah-hadiah cabutan bertuah bernilai RM2000/- juga sedia menanti peserta-peserta Pertandingan Mengail Tradisional anjuran Putrajaya Floria Sdn Bhd (PFSB).

IKLAN

Memandangkan penyertaan bagi pertandingan tersebut hanya dibuka kepada 150 orang yang terawal sahaja, peserta boleh mendaftarkan diri dengan yuran pendaftaran RM30/joran di kaunter informasi TWP yang dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi sehingga 5.30 petang. Walaupun pertandingan adalah berkonsepkan Pancing-Timbang-Lepas, ikan yang ditangkap boleh dibawa pulang sekiranya beratnya di bawah 2kg manakala ikan yang beratnya melebihi 2kg hendaklah dilepaskan ke dalam kolam semula. Kaedah memancing adalah secara tradisional, sama ada teknik umpan dasar atau pelampung adalah dibenarkan dan pemenang akan dipilih berdasarkan ikan paling berat.

Bazar Warisan Mega yang berlangsung selama 6 hari bermula dari 28 Disember 2017 hingga 3 Disember 2017 dari jam 10 pagi hingga 10 malam bersempena edisi kedua Program Bijak Hijau juga menawarkan pesta jualan pelbagai jenis buah durian, pokok buah dan herba, pokok bunga, tanah dan kompos, produk IKS, buah-buahan, cendol durian, pulut durian dan banyak lagi.

Pelbagai aktiviti menarik juga menanti pengunjung ke edisi kedua Program Bijak Hijau. Antaranya adalah demonstrasi dan jualan produk hijau, demonstrasi masakan tradisional, permainan rakyat dan program zumba. Program zumba aerobic yang diketuai oleh Hanim Joufry akan bermula jam 8.30 pagi pada hari Sabtu, 2 Disember 2017.

IKLAN

Program Bijak Hijau atau Green Genius Program telah diilhamkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PFSB, Puan Haslinda Khalid sebagai menyokong usaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Putrajaya untuk mendidik, memupuk dan menggalakkan amalan berkitar semula serta penggunaan produk-produk bio-degradasi di Putrajaya selaras dengan Putrajaya yang merupakan Perintis Bandar Hijau.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian telefon 03-8888 2722 pada waktu pejabat atau emel: tamanwarisanpertanian@gmail.com

IKLAN

Untuk maklumat lanjut, layari: http://facebook.com/tamanwarisanpertanian

 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI