Sebut sahaja pasal percutian, pasti anda terbayang tempat yang indah-indah kan? Tapi sebab kekangan masa dan kerja, membataskan anda untuk melancong ke serata negeri.

Kepada yang masih bujang, dah tak kira musim cuti sekolah atau tak. Bila-bila masa boleh melancong. Berbeza kepada yang dah berkeluarga dan ada anak. Masa cuti sekolah adalah masa yang sesuai untuk meluangkan masa bersama.

Tapi kepada yang pertama kali nak cuba travel sendiri, pasti anda bingung apa yang perlu disediakan sebelum melancong kerana anda tidak pernah melancong sebelum ni.

Libur ingin kongsikan apa yang perlu anda lakukan sekiranya ini kali pertama anda bergelar seorang pelancong dan tips ini menjadikan percutian anda sebuah percutian yang indah.

1. Tentukan Tempat Percutian

Buat anda yang first time travel perkara pertama yang perlu anda lakukan ada tentukan lokasi percutian yang sesuai dengan bajet anda.

Walaupun destinasi percutian anda hanya dalam Malaysia, anda harus cari info mengenai kawasan tersebut terutamanya maklum balas daripada pelancong lain mengenai tempat percutian anda.

Pencarian info yang banyak akan membantu anda dalam membuat keputusan yang betul untuk anda melancong dengan baik dan tenang.

2. Ongkos Bajet

Bila sudah cari semua maklumat penting mengenai tempat percutian dan penginapan. Anda harus melihat pula dari segi harga yang ditawarkan.

Jika mahu jimat belanja anda haruslah bijak rebut peluang promosi yang ditawarkan. Senang cerita rebut peluang melancong ketika promosi kaw-kaw dijalankan.

Itu sebabnya penting pencarian maklumat dalam talian untuk anda lihat keseluruhan pakej yang ditawarkan.

Pastikan anda mencari pakej bajet yang betul dan cuba untuk buat perbandingan dengan beberapa web lain mengenai kemudahan yang ditawarkan.

3. Pakaian

Ini yang sering terjadi kepada first time traveller. Mana tidaknya apabila mood holiday menguasai diri mulalah semua pakaian nak dibawa dan rasa tidak cukup.

Tapi sebaliknya anda perlu membuat list terlebih dahulu mengenai pakaian mana yang perlu dibawa dan bersesuaian dengan tempat percutian anda. Barulah gambar OOTD anda ada ngam!

Tips ini juga penting untuk mengurangkan kos bagasi anda. Jika anda memilih tempat melancong seperti di sebuah pulau. Tips ini membantu mengelakkan anda dikenakan bayaran bagasi yang berlebihan.

4. Selesaikan Kerja Anda Dahulu 

Menjadi seorang first time traveller ini pastinya perasaan mahu bercuti itu membuak-buak dalam diri anda bukan?

Jika anda tidak mahu percutian anda nanti menjadi sebuah percutian yang tidak menarik, apa kata anda selesaikan terlebih dahulu kerja-kerja anda yang tertangguh.

Yalah jika anda tidak lakukan tips ini, risau nanti sedang asyik bercuti terpaksa balik untuk selesaikan kerja pula.

5. Ada Data Internet Setiap Masa

Nama pun kali pertama bercuti, pasti anda mahu kongsikan percutian anda dengan rakan-rakan kan? Jadi pastikan telefon bimbit anda sentiasa mempunyai data internet.

Bila data anda dalam keadaan baik barulah syok upload gambar percutian di media sosial.

Bukan itu sahaja tau, tips ini juga memudahkan anda untuk mencari maklumat menerusi pencarian dalam talian. Barulah tidak sesat apabila bercuti nanti.

Tinggalkan Komen