Wah, nampaknya bahang perayaan Tahun Baharu Cina masih lagi terasa dan Ahad, 17 Februari 2019 akan berlangsungnya Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina 2019 bertempat di Dataran Centrio, Seremban 2, Negeri Sembilan.

Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina 2019 Akan Menggegarkan Seremban 2 Ahad Ini!

Pelbagai acara dan makanan menanti anda!

Kepada yang berada di Negeri Sembilan boleh datang beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat handai seawal pukul 7.30 pagi. Ada banyak acara dan pertandingan yang akan diadakan seperti Pertandingan CNY Idol, Peragaan Cheongsam, Pertandingan Line Dance dan Senam Seni Zumba & FitnJoy. Hadiah johan yang dipertandingkan sebanyak RM800!

Bukan itu sahaja, fiesta food truck, jualan rakyat, perkhidmatan kaunter bergerak pelbagai agensi kerajaan, aktiviti mesra rakyat, persembahan kesenian, pameran agensi kerajaan dan jualan makanan tradisional & tempatan turut ada menanti anda di sini.

IKLAN

Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina 2019 Akan Menggegarkan Seremban 2 Ahad Ini!

IKLAN

Persembahan artis terkenal tanah air

Sambutan Tahun Baharu Cina ini turut akan menampilkan selebriti terkenal seperti Angelina Tan, Hael Husaini, Suki, Syafeek Ikhwan, dan Naqinasri. Lebih menyerikan majlis adalah persembahan istimewa daripada World Champion Lion Dance Group, Kun Seng Keng Lion Muar, yang didatangkan khas sempena sambutan kali ini.

IKLAN

Majlis yang gilang gemilang ini akan bermula pada pukul 8.30 malam hingga 10.30 malam dan lebih meriah lagi apabila ia akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina 2019 Akan Menggegarkan Seremban 2 Ahad Ini!

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI