Siapa kata wanita hamil tak boleh keluar bercuti? Jangan jadikan alasan hamil untuk terperuk dirumah dan menghalang anda daripada mengendurkan tekanan ya.
Jadi apa caranya untuk wanita hamil keluar bercuti? Libur ada sedikit panduan dan nasihat untuk anda yang hamil tapi mahu keluar bercuti tanpa memudaratkan kesihatan. Jom kita ikuti apa yang perlu anda lakukan.
Bercuti setelah morning sickness reda
Diawal kehamilan, biasanya wanita hamil dihantui dengan gangguan morning sickness. Anda digalakkan untuk tidak melakukan aktiviti yang boleh mendatangkan kemudaratan sebelum kandungan berusia 12 minggu. Saranan waktu yang terbaik untuk anda bercuti adalah sewaktu trimester kedua iaitu antara bulan ke-4 dan ke-6. Waktu yang seharusnya dihindari untuk keluar bercuti terutamanya yang melibatkan penerbangan adalah pada minggu ke-36 hingga minggu ke-38.
IKLAN
Lakukan pemeriksaan kesihatan oleh doktor
Tubuh badan yang sihat akan menjamin kelancaran anda beraktiviti sepanjang masa bercuti. Jadi, sebelum bercuti lebih-lebih lagi jika melibatkan penerbangan, anda perlu lakukan pemeriksaan kesihatan oleh doktor dan jangan lupa untuk membawa rekod kesihatan anda bersama ketika bercuti. Ini kerana, jika berlaku perkara yang tidak diingini terutama berkaitan kehamilan anda, buku berkenaan dapat dijadikan rujukan oleh doktor yang bakal membuat pemeriksaan di tempat kejadian.
Pilih destinasi yang tidak terlalu jauh
IKLAN
Cuba dapatkan tempat percutian yang tidak terlalu jauh dari tempat anda bermastautin ketika sedang hamil. Anda boleh pergi ke luar negara jika mahu tapi tidak digalakkan untuk berada lama di dalam pesawat. Sebaiknya, pilih destinasi domestik sahaja. Bagi yang mahu bercuti di tanah tinggi pula, tidak digalakkan untuk berada di ketinggian yang melebihi 3600 meter dari aras laut kerana ia boleh memudaratkan kesihatan.
Utamakan keselamatan lebih-lebih lagi sewaktu menaiki kenderaan
IKLAN
Safety was made for a reason. Sentiasa pakai tali pinggang keselamatan dengan betul tidak kira anda sedang menaiki kenderaan jenis apa sekalipun. Sama ada kereta, pesawat atau apa sahaja. Dah berlaku banyak kejadian buruk yang boleh kita jadikan tauladan. Jadi, utamakan keselamatan, ingatlah orang yang tersayang.
Dapatkan suntikan vaksin jika pergi ke tempat yang berisiko
Semasa hamil, sebaiknya elakkan daripada melawat negara-negara yang memerlukan vaksinasi. Jika tidak dapat dielakkan dan anda tetap perlu pergi ke sana, dapatkan nasihat daripada doktor yang pakar berkenaan vaksin dan selamat untuk anda dan kandungan. Jika anda sedang berusaha untuk hamil, dapatkan vaksin yang diperlukan sekurang-kurangnya empat minggu sebelum berusaha untuk hamil.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Buat masa Turki menjadi destinasi paling popular menjadi pilihan pelancong yang mahu bercuti ke luar negara.
Namun begitu ada beberapa panduan perlu ambil tahu jika anda berhajat untuk bercuti ke sana ketika musim pandemik ini.
Perkongsian Norhayati di Grup Backpacker Buddies Malaysia memberitahu tip atau persediaan sebelum terbang ke negara yang terkenal dengan sejarah tersendiri dan mempunyai pemandangan cukup menarik ini.
Persediaan Perlu Buat Sebelum Masuk Turki
Trip yang tak di rancang!! Turkey oh Turkey, mai lagi rupanya.
Sebenarnya kemasukan aku ke Turki kali ini bukan satu perancangan rapi pun. Sembang tak sampai 5 minit, terus beli tiket on the spot. Hantu apa yang merasuk pun tak tau lah…
Aku pun sebenarnya dalam dilema nak teruskan trip ini atau tangguh kan dulu. Alhamdulillah, semua dipermudahkan dan di doakan terus dipermudahkan hingga akhir. Ameen…
Sedikit persiapan aku sebelum memasuki negara Turki.
Bagi individu yang ingin travel ke Turki dalam tempoh Pandemik, beberapa bersiapan perlu dibuat agar kemasukan berjalan baik antaranya:
1. HES CODE -HES code sebagai pengenalan diri dan declaration kesihatan di Turkey, macam Mysejahteralah. QR HES code diperlukan untuk kebanyakan situasi dan tujuan. HES perlu di register seawal 72jam sebelum berlepas. So, boleh register di link berikut: https://register.health.gov.tr/
2. Vaccination Cert.
3. PCR test result (bergantung pada airline- Emirates dan Turkish Airline tidak perlu, yang lain aku tak pasti sebab aku tak guna airline lain kecuali dua ni je). Dekat kaunter KLIA or mana-mana kaunter Airport, diorang akan tanya PCR result, aku jawab aku dah completed vaksin so, PCR test result tak perlu, sebab Turki pun tidak Memerlukan PCR test ni.
4. Insurans – Emirates dah cover insurans termasuk kes covid. Tapi, aku ambil etiqa sebagai tambahan (sebenarnya tak perlu pun insurans tambahan)
Hari pelepasan, di kaunter, petugas akan minta tunjukan perkara 1- 4. Untuk PCR test tu, aku cakap tak ada sebab Emirates dan Turkey tidak mewajibkan kalau korang dah completed 2 dose vaksin. Selesai urusan di kaunter, dapat la boarding pass.
Tujuan check in, korang datang la awal sebab semakan di kaunter memang detail.
Seperti mana biasa, guna Emirates maka bersedia untuk transit di Dubai Airport.
Airport memang super besar dan cantik serta canggih, friendly tourist dengan WiFi percuma tanpa had, just register je di link diberikan. Cuma WiFi terhad tidak boleh what’sApp or video call.
Di Dubai tidak perlu apa² dokumen sebab aku just transit. Korang kalau transit lama-lama, boleh je merayap keluar.
Aku?? memang tak keluar airport sebab sampai dah malam dan flight pagi (bunyinya macam sopan je kan). Sebelum covid, pantang ada flight transit, memang tak pernah lepas peluang.
Okay, tiba di Airport Istanbul, Pergerakan traveller seperti biasa, cop passport dan lepas kaunter imigresen ada satu kaunter semakan PCR test result (gayanya macam random je), so… Kat sini Just tunjuk Vaccination Certificate. So, korang akan dilepaskan. Yang tak vaksin, kuarantin 14 hari. Nampak tu, keuntungan orang vaksin.
Saranan aku, cetak semua dokumen untuk memudahkan segala urusan. Tapi yang style paperless tu, ikut lah keselesaan korang. Aku ni jenis traditional sikit lah. Jadi, dua-dua aku buat. mudah dan tenang pada jiwa aku.
Okay, bila dah sampai Airport, macam biasa aku akan cari transport paling murah dan mudah.
Istanbul kini ada tiga Airport, 1. Istanbul Airport (New) 2. Atarturk Airport (tiada penerbangan lepas airport baru beroperasi kecuali kargo) 3. Airport Sabiha Gockchen.
So, dari Istanbul Airport, aku ambil Havaist Bus ke Aksaray Station dengan bayaran 35TL.
So, dari Aksaray korang boleh ambil bus, tramvay or Metro ke Mana² destinasi seterusnya. Havaist Bus ni, akan berhenti Betul-betul di hadapan Grand Havan Hotel.
Kalau tak nak stop di Aksaray, boleh je ke Taksim, Emanonu dan lain-lain.
Aku memang asalnya aku nak turun ke Beyazit Square tapi kebetulan Havaist bus tak ke Beyazit.
Untuk ke Beyazid/Aksaray ambil je bus no 12. di aras dua nanti keluar dari arrival hall, ada tanda arah… Follow je.
Tiket, boleh beli di kiosk. Boleh guna cash atau kredit kad.
Untuk bus ke/dari airport korang tak boleh Istanbulkart. So, ready cash or kredit Kad je.
Okay, dah alang-alang aku sebut pasal Istanbulkat, Istanbulkart sebelum Pandemik, 1 kad boleh share 3 orang tapi tidak lagi sekarang kerana setiap Istanbulkart perlu dilinkkan dengan HES code dan bagi yang dah ada Istanbulkat sebelum ni, korang link kan je ke link berikut (good luck)- hanya boleh buat di Turki je tau: https://kisisellestirme.istanbulkart.istanbul/
Kalau korang yang tiada, boleh beli di mesin Istanbulkart, TL17. so, nanti korang aktif kan dengan HES Code tu.
Ada juga kedai-kedai yang jual Istanbulkart tapi korang sediakan TL25-40 (korang bargain lah). Beli kat kedai, diorang akan tolong aktif kan guna HES Code. Istanbulkart ni apa pula? Kalau kat Malaysia, Macam touch n go la… berbentuk nyawa bagi traveller yang menggunakan pengangkutan awam.
Bagi yang berhasrat nak tinggalkan bagasi ye la mana tau korang terpaksa transit sebelum ke Mana² negeri di Turki, di Istanbul Airport ada 2 tempat, 1 di Gate 8 (International Arrival) dan Gate 1 (Domestic Arrival). satu beg di charge TL40 untuk tempoh 48jam.
Oh ya! bab yang paling best untuk aku kongsi kan ialah bab tukar duit, aku Cadangan kan, kalau nak tukar kat Malaysia, tukar sikit je nanti sampai Airport or Turki korang withdraw la banyak mana yang korang nak melalui Bank Ziraat Bankasi, HSBC, Halkbank dan kuvetturk. Currency aku tukar hari ni, TL1 = RM0.29 berbanding tukar di KL TL1 = RM0. 48. So, pilih la yang berbaloi.
Itu je la perkongsian aku tentang step perjalanan aku dari Malaysia ke Istanbul.
Harap membantu bagi yang merancang ke Turki dalam masa terdekat ni.
Sekiranya anda bercadang melancong ke Turki, rancanglah untuk mengunjung seberapa banyak tempat menarik.
Turki merupakan sebuah negara yang terletak di dua benua. Sebahagian besar negara yang didiami 80 juta penduduk iaitu 97 peratus keluasannya terletak di benua Asia, selebihnya terletak di benua Eropah.
Aktiviti mesti cuba sekali seumur hidup anda ketika di Turki adalah menaiki belon panas. Seawal jam 6 pagi, anda dicadangkan ke tempat dikhaskan untuk aktiviti menerbangkan belon panas yang sangat popular di Cappadocia.
Belon panas ini akan berlepas tepat jam 7 pagi. Mengikut pengusahanya, masa antara pukul 7 hingga 8 pagi paling sesuai untuk menerbangkan belon panas kerana angin tenang. Jika tiupan angin melebihi 17 kilometer sejam, belon panas tidak dibenarkan terbang oleh pihak berkuasa.
Belon panas yang digunakan datang dalam pelbagai saiz dan boleh menampung 8 hingga 28 penumpang dalam gondola atau bakul mengikut saiz tertentu. Pengalaman menaiki belon panas dan berdiri dalam gondola setinggi paras dada pasti amat mengujakan.
Belon panas ini akan berlegar di langit Cappadocia sehingga paras maksimum 610 meter, kemudian turun di beberapa tempat hingga paras terendah 10 meter dari bumi bagi melihat bentuk muka bumi Cappadocia.
3 Benda Perlu Siap Sedia Sebelum Naik Belon Panas. Tip ini sumber daripadaJeju Muslim Travel.
Bangun Awal
Perlu ingat bahawa terdapat ramai lagi pelancong lain yang mempunyai niat yang sama seperti anda iaitu untuk menaiki belon panas. Dan setiap belon boleh membawa beberapa orang sahaja. Jadi sebaiknya sila bangun awal dan tiba di tempat belon panas awal untuk secure tempat anda.
Pakai Shades
Bila belon dah makin tinggi, pancaran mata hari juga semakin tinggi menyebabkan silau, jadi sila prepare bawa shades supaya mata selesa.
Get Ready untuk dikecewakan
Ia bergantung dengan keadaan cuaca juga, sekiranya cuaca tak elok aktiviti ini terpaksa dibatalkan. Jadi sebaiknya lihat weather forecast dahulu sebelum buat keputusan untuk menaiki belon panas.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sesekali nak lari dari kesibukan kota dan nak dekati alam semulajadi, Rumah Kebun yang terletak di Hulu Langat, Selangor adalah tempat yang tepat.
Mempunyai kawasan yang luas dengan fasiliti lengkap tempat ini sesuai untuk berehat dan juga membuat Family gathering.
Dekorasi yang cukup cantik dengan hiasan yang berasaskan kayu, kawasan Rumah Kebun ni merupakan kawasan private di mana orang awam tidak dibenarkan akses sekiranya tidak menginap di sini.
Rumah Kebun ini menyediakan 4 bilik dan 4 bilik air untuk kita beristirehat .. Ada 11 katil dan boleh memuatkan lebih kurang 16 – 20 orang.
Bagi yang nak rasakan kelainan dengan berkhemah, kat sini juga turut disediakan campsite untuk camper.
Antara facilities yang ada di sini adalah :
Kolam depan bilik
Tempat BBQ
Ruang santai
Ruang memasak
Lokasi : Rumah Kebun
Alamat : Kampung Sungai Semungkis, 43100 Hulu Langat, Selangor.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!