Mungkin sebelum ini jika ke Singapura, kembara anda hanya ke tempat shopping dan makan-makan, apa kata kali ini mencuba ke lokasi yang lebih fresh.

Singapore Botanic Gardens, sebuah taman atau boleh dikatakan sebagai hutan kota yang telah berusia lebih dari 150 tahun. Selain bersantai, anda lebih mendekatkan diri dengan alam semua jadi seperti slogan Singapore Botanic Gardens, iaitu “Find tranquility in the heart of the city”.

Jom Segarkan Mata Di Singapore Botanic Gardens!

Sebaik anda berada di sini , udaranya nyaman dan segar. Taman ini wujud sejak tahun 1859 ini, dibuka setiap hari mulai jam 5 pagi hingga 12 malam. Boleh dibilang, taman ini satu-satunya botanic garden di dunia yang buka dari pagi buta hingga tengah malam dan tidak dikenakan bayaran.

IKLAN

Dengan luas lebih dari 70 hektar, koleksi tanaman yang menghiasi taman ini tentunya sangat pelbagai. Buat pencinta tanaman pastinya taman ini memberi anda kepuasan yang tidak terhingga.

Bukan sekadar melihat keindahan tanaman yang ada, malah anda juga boleh melakukan aktiviti lain seperti jogging, piknik bersama teman dan keluarga atau sekadar berjalan sambil menyedut udara  segar.

Jom Segarkan Mata Di Singapore Botanic Gardens!

Untuk  ke Singapore Botanic Gardens, anda boleh  menggunakan kenderaan umum. Anda boleh memilih teksi, bus awam yang melalui Holland Road atau Bukit Timah Road dan MRT.

IKLAN

Di dalam Singapore Botanic Gardens juga terdapat National Orchid Garden (Taman Anggrek Nasional). National Orchid Garden ini memiliki luas sekitar 3 hektar dengan koleksi tanamannya yang cantik dan menyejukkan mata.

Sekitar 700 jenis anggerik dari pelbagai penjuru dunia dan lebih dari 2.000 jenis anggerik hibrida ada hadir di sini. Tentunya taman ini menjadi syurga tersendiri bagi pencinta anggerik.

IKLAN

Jom Segarkan Mata Di Singapore Botanic Gardens!

Jom Segarkan Mata Di Singapore Botanic Gardens!

National Orchid Garden dibuka dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 7.00 malam. Di depan National Orchid Garden terdapat kedai menjual cenderahati dengan barang-barang yang menarik.

Singgah juga ke Singapore Botanic Gardens Visitor Center yang masih berada di persekitaran taman, terletak di 1 Cluny Road. Di sini terdapat The Botanic Gardens Shop yang menjual buku-buku tentang tanaman dan juga cenderahati unik.

Jom tengok aktiviti terbaru Singapore Botanic Garden di laman sesawang www.nparks.gov.sg atau terus klik sahaja di sini!

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI